Akhir-akhir ini projek DIY semakin mendapat tempat dihati para rakyat Malaysia. Salah satu daripada projek DIY yang semakin popular ialah DIY katil kayu pallet. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info tentang diy katil kayu pallet menarik hias rumah cantik dan jimat yang mungkin anda berminat untuk cuba buat.

Sumber: Lancareno

Apa yang dimaksudkan dengan kayu pallet?

Kayu pallet adalah kayu yang dileraikan daripada pallet kayu. Selain kayu pallet terdapat pallet jenis lain yang dibuat daripada plastik atau besi.

Kebanyakan pallet kayu yang dijual di Malaysia dari luar negara adalah jenis kayu pallet daripada kayu pine iaitu pokok yang banyak tumbuh di negara beriklim sejuk. Oleh kerana pokok ini tumbuh dengan banyak di sana, maka ia ditebang untuk dijadikan kayu pallet dan dieksport ke seluruh dunia termasuk Malaysia. Terdapat pelbagai jenis kayu pallet dan ia mempunyai pelbagai warna.

Berikut adalah senarai kayu pallet dan anggaran harga untuk satu block kayu yang dijual di Malaysia:

  • Kayu Pallet Getah: RM15.00 sehingga RM25.00
  • Kayu Pallet Pine : RM30.00
  • Kayu Pallet Epal : RM40.00
  • Kayu Pallet Adik Epal : RM35.00
  • Kayu Pallet Stick : RM35.00
  • Kayu Pallet Plywood : RM40.00 untuk saiz besar dan RM25.00 untuk saiz kecil
  • Kayu Pallet Plastik : RM50.00
  • Kayu Pallet Keping : RM15.00
  • Kayu Pallet Lerai : RM2.50 untuk sekaki

Selain mempunyai pelbagai jenis, kayu pallet juga mempunyai pelbagai warna seperti putih , merah , hitam , kelabu & sebagainya. Kayu pallet yang paling digemari ramai di Malaysia ialah kayu pallet pine dengan warna putih dan ira yang cantik. Ia juga disukai ramai kerana ia sangat ringan. Kayu pallet menjadi pilihan ramai untuk membuat perabot kerana harganya yang murah berbanding material lain. Malah semasa pembuatan kayu pallet , kayu ni akan diproses secara kimia atau organic dengan tujuan untuk bunuh kuman pada kayu . Oleh itu ia akan tahan dengan lama.

Cara ringkas membuat diy katil kayu pallet

Secara amnya, untuk membuat katil diy kayu pallet, anda memerlukan bahan-bahan yang berikut:

  • 2 keping Papan dengan dimensi 250×30 cm untuk digunakan sebagai dinding sisi katil
  • 3 keping papan bersaiz 200×30 cm untuk digunakan pada bahagian depan, belakang katil dan kepala katil
  • 5 keping bar berukuran 4x4c dengan  kepanjang 200 sm untuk digunakan sebagai struktur sokongan katil dan kakinya
  • 27 keping selak bersaiz 150x4x2 cm
  • Skru dan aksesori lain bergantung kepada keperluan;
  • Varnish atau spray
  • Kayu

Selain itu, anda juga memerlukan alatan berikut untuk membina katil diy kayu pallet:

  • Pemutar skru
  • Jigsaw elektrik
  • Gergaji besi
  • Grinder
  • Kertas pasir
  • Pita pengukur

Setelah membeli kayu pallet pilihan hati dan mempunyai semua bahan dan alatan yang diperlukan, anda bolehlah mula membina katil idaman anda. Berikut adalah cara-caranya:

  • Licinkan kayu pallet. Anda boleh gunakan kertas pasir atau grinder. Tujuan melicinkan ialah untuk memastikan tiada bahagian yang tajam pada katil anda, terutamanya pada bahagian bucu. Selain itu ia juga untuk mengelakkan anda tercucuk selumbar semasa tidur di atas katil nanti. Langkah ini mungkin mengambil masa yang agak lama dan memerlukan ketelitian yang tinggi. Banyakkan bersabar. Hasilnya pasti membuatkan anda terlupa dengan kepenatan yang terpaksa dilalui.
  • Susun pallet mengikut saiz katil anda. Untuk kilang bersaiz queen, 3 pallet sudah mencukupi. Ukur tilam anda sebelum membuat frame katil. Anda boleh ukur secukupnya saiz tilam atau anda juga boleh lebihkan saiz frame jika anda mahukan katil yang lebih besar daripada tilam.
  • Spray atau varnish kayu pallet. Tujuan langkah ini ialah untuk mencantikkan lagi kayu pallet. Anda boleh pilih sama ada mahukan spray yang clear di mana akan memberikan warna kayu pallet yang asal, atau anda juga boleh pilih spray berwarna sama ada gelap atau terang. Bergantung kepada pilihan anda.
  • Setelah spray kering, anda boleh potong kayu pallet kepada dua bahagian dan susun mengikut design katil yang anda ingin bina. Setelah sesuai menyusun, anda boleh pasang bracket untuk membentuk katil anda.
  • Pastikan setiap sudut katil anda adalah 90 darjah. Pastikan anda sentiasa mengukur bagi memastikan setiap sudut adalah 90 darjah dan berhati-hati semasa memasang katil. Jika sudut katil bukan 90 darjah, katil anda tidak akan kukuh dan tidak mampu untuk menampung beban berat anda semasa tidur di atasnya. Katil anda akan cepat bergoyang dan cepat patah.
  • Lekatkan kayu dengan menggunakan paku, skru dan gam kayu. Gam kayu adalah sangat penting bagi memastikan bahagian katil melekat dengan kukun sesame sendiri.
  • Apabila katil anda siap, bolehlah letakkan tilam, bantal, dan pasangkan cadar.
  • Siap!

10 idea diy katil kayu palet yang boleh anda cuba

Sumber: Hias
Sumber: Sini
Sumber: Pinterest
Sumber: Pinterest
Sumber: Pagarrumahunik
Sumber: Pinterest
Sumber: Homeesthetechics
Sumber: Osuki
Sumber: Carousel
Sumber: Aprogroup

Itulah dia info tentang 10 diy katil kayu pallet menarik hias rumah cantik dan jimat yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang deco bilik tidur dan tips renovate bilik air.

Rujukan:

1. Kayu Pallet

2. Facebook

3. Decorexpro

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.