Nama anda telah berada dalam senarai hitam bank semasa membuat pinjaman wang daripada bank dan akaun kewangan lain? Tentunya kita akan kecewa dengan rekod kewangan kita jika telah disenarai hitam oleh bank.

Hal ini disebabkan oleh hutang piutang yang tidak kita jelaskan atau mungkin juga akibat daripada kita menjamin saudara mara yang tidak membayar hutang mereka.

Sabar, jangan panik sekiranya nama anda telah termasuk dalam senarai hitam bank. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan membuat semakan segera mengenai nama anda yang termasuk dalam senarai hitam bank tersebut.

Wajib untuk kita semak dalam data senarai hitam Bank Negara. Di negara kita, terdapat platform yang menguruskan dan merekod segala aktiviti pinjaman dan pembayaran. Platform tersebut dikenali dengan nama CTOS dan CCRIS. 

Sebelum kita mengetahui cara semak senarai hitam bank, apa kata kita mengetahui terlebih dahulu mengenai CTOS dan CCRIS ini.

senarai hitam bank
Imej via [smifunding]

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan CCRIS?

CCRIS merupakan singkatan daripada Central Credit Reference Information System atau maksud dalam Bahasa Melayu ia merupakan Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit.

Sistem ini telah dipilih oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mensintesiskan maklumat kredit. Maklumat tersebut adalah mengenai data peminjam atau peminjam yang berpotensi ke dalam laporan kredit yang seragam.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan CTOS?

CTOS pula merupakan sebuah syarikat swasta yang telah menyediakan laporan kredit mengenai data pemohon pinjaman. Syarikat tersebut mengumpulkan maklumat dalam laporan yang disediakan melalui sumber-sumber awam seperti:

  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM).
  • Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  • Penerbitan prosiding undang-undang, maklumat di akhbar dan juga warta kerajaan.

Data dalam sistem CTOS boleh digunakan secara meluas oleh institut-institut kewangan bagi menentukan kelayakan kredit pemohon, selain menggunakan laporan data daripada sistem CCRIS tersebut.

Selain itu, institusi ini akan menggunakan lebih daripada satu laporan kredit untuk mendapatkan pandangan sebenar mengenai keadaan kredit pemohon. Antara data yang masuk ke dalam sistem CTOS adalah tindakan undang-undang, pemilikan perniagaan, individu muflis, status kes dan sebagainya.

senarai hitam bank
Imej via [directlending]

CCRIS dan CTOS mencatatkan maklumat mengenai pembayaran kredit oleh pemohon. Jadi, sila ambil perhatian bahawa CCRIS dan CTOS adalah sistem yang mempunyai maklumat penghutang dan kemudahan kredit untuk ditukar dengan akaun kewangan lain.

Ia akan menyimpan data identiti penghutang, pemilik dan pengurusan, penyediaan dana atau pembiayaan yang diterima, cagaran, penjamin, dan sebagainya. Semua maklumat daripada CCRIS dan CTOS boleh diakses oleh kewangan, bank dan bukan bank selama 24 jam sehari.

Cara Semak Nama Senarai Hitam Bank Secara Atas Talian

Jika anda ingin menyemak nama senarai hitam bank secara atas talian, anda boleh menggunakan laman eCCRIS. Ia mudah sahaja asalkan anda mempunyai akses internet!

senarai hitam bank
Imej via [pinjamanperibadibank]
  1. Anda perlu melayari laman sesawang eCCRIS di https://eccris.bnm.gov.my .
  2. Kemudian, masukkan ID pengguna dan kata laluan anda. Bagi yang belum mempunyai akaun eCCRIS bolehlah mendaftarnya dengan menekan ruang ‘First Time Login’ dan ikuti langkah-langkah seterusnya.
  3. Selepas anda berjaya masuk ke dalam sistem CCRIS, klik pada ruang ‘Carian’ dan kemudiannya anda harus memilih atau klik pada ‘Carian Sendiri – Individu’.
  4. Sekiranya anda telah bersetuju dengan segala terma dan syarat yang diberikan oleh pihak CCRIS, sila tekan pada penanda kotak yang mempunyai ayat ‘Saya Setuju’. Kemudian, anda boleh teruskan dengan klik pada ruangan ‘Carian Laporan’.
  5. Jika anda mahu memuat turun laporan anda, sila klik pada ruangan ‘Muat Turun’ dan klik ‘Save’ atau ‘Simpan’ untuk menyimpan salinan laporan daripada CCRIS tersebut.
  6. Biasanya laporan yang berjaya di muat turun oleh pengguna akan dilindungi oleh kata laluan. Jadi, masukkan kata laluan anda untuk membuka laporan tersebut.
  7. Anda disarankan untuk memasang perisian seperti Adobe Reader dan sebagainya untuk membuka laporan tersebut.

Cara Daftar eCCRIS Secara Online

senarai hitam bank
Imej via [semakanonline]

Bagi anda yang belum mempunyai akaun eCCRIS untuk membuat semakan senarai hitam bank, anda boleh mengikuti langkah ini.

  1. Buka laman sesawang eCCRIS di https://eccris.bnm.gov.my/ dan klik ‘Log Masuk Kali Pertama’ atau ‘First Time Login’.
  2. Pilih kewarganeraan anda. Sebagai contoh Malaysia. Masukkan Nombor ID dan PIN dan klik pada ruangan ‘hantar’.
  3. Selepas itu, tetapkan ‘ID Pengguna’ dan juga ‘Kata Laluan’ anda. Kemudian, masukkan emel dan sekali lagi klik pada ruangan ‘hantar’.
  4. Akhir sekali, anda harus memilih imej keselamatan, masukkan kata keselamatan, pilih soalan keselamatan dan juga jawapan. Apabila selesai, akaun eCCRIS anda telah berjaya dibuat.
senarai hitam bank
Imej via [azzunapedia]

Cara Dapatkan Laporan CTOS

Bagi anda yang ingin mendapatkan laporan CTOS dengan mudah, jom ikuti langkah di bawah.

  1. Layari laman sesawang CTOS HOLDING SDN BHD di https://ctoscredit.com.my/ . Selepas itu, anda boleh mendaftar sebagai pengguna dengan menekan butang ‘Sign Up’ pada ruangan sebelah kanan atas sekali di laman sesawang tersebut.
  2. Kemudian anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan dan anda perlulah memuat naik salinan kad pengenalan anda semasa pendaftaran ni. Jadi, anda hendaklah bersiap sedia dengan salinan kad pengenalan anda.
  3. Setelah ID CTOS anda berjaya di aktifkan, anda dapat memperoleh laporan pada bila-bila masa dan waktu melalui komputer anda.
  4. Untuk mendapatkan laporan CTOS melalui telefon pintar, sila muat turun aplikasi tersebut melalui ‘Play Store’ pada telefon pintar anda.

Kesimpulannya, cara semak senarai hitam bank melalui laporan CCRIS dan CTOS sangat mudah sebenarnya. Ia tidak mengambil masa yang lama malah cara semakan laporannya juga amat pantas.

Jom baca juga kegunaan lain ubat gigi, Azizul Hasni Awang, cara memulakan perniagaan makanan dan deco dapur kecil.

Rujukan

  1. Semak Nama Blacklist Bank Negara Online https://akaunbank.xyz/semak-nama-blacklist-bank-negara-online/
  2. Cara semakan nama peminjam blacklist CTOS dan CCRIS https://www.mysumber.com/ctos-ccris.html
  3. Cara paling mudah nak check nama kita blacklist CTOS atau CCRIS http://ibiayaonline.blogspot.com/2017/07/cara-paling-mudah-nak-check-nama-kita.html
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.