Nak tahu cara beli tiket bas online?

Pengangkutan awam seperti bas masih menjadi pilihan utama warga kota untuk pulang ke kampung, terutamanya bagi mereka yang bergelar pelajar atau mereka yang masih bujang dan tidak berkeluarga.

Malah ada keluarga yang memilih untuk pulang ke kampung dengan menaiki bas terutamanya waktu musim perayaan agar tidak perlu kepenatan menempuh kesesakan di sepanjang lebuh raya. Jom lihat akan cara beli tiket bas online sebagai panduan buat anda.

Sumber: Hasliayob

Membuat carian laluan bas

Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah kenal pasti laluan untuk tiket yang anda perlukan. Sebagai contoh, jika anda dari Kuala Lumpur mahu pulang ke Raub, Pahang. Apa yang anda perlu lakukan ialah mengisi tempat bertolak iaitu Kuala Lumpur dan tempat ketibaan iaitu Raub. Selain itu anda juga perlu mengisi info berikut:

  • Tarikh
  • Masa
  • Jumlah penumpang

Kemudian anda klik carian. Skrin akan memaparkan pilihan bas yang ada untuk laluan, tarikh dan masa yang anda masukkan. Pilih bas yang anda inginkan kemudian pergi ke langkah kedua.

Memilih tempat duduk dalam bas

Dah pilih bas, kini sampai masa untuk anda pilih tempat duduk. Pilih saja mana-mana tempat duduk yang anda berkenan dan klik pada nombor tempat duduk pilihan anda. Kemudian tekan teruskan.

Mengisi butiran penumpang

Tiba masa untuk anda masukkan butiran penumpang yang akan menaiki bas tersebut. Pastikan anda mengisi butiran dengan tepat. Sekali lagi periksa semula tarikh dan masa bas bagi memastikan anda tidak tersilap membeli tiket. Periksa juga tempat duduk yang dipilih. Kemudian anda boleh pergi kepada cara bayaran.

Memilih cara bayaran

 Anda boleh pilih sama ada ingin membayar dengan menggunakan:

  • Kad debit atau kredit atau boleh juga membuat bayaran secara online banking
  • Paypal
  • secara GrabPay e-wallet
  • Alipay

Setelah memilih cara bayaran, anda perlu klik setuju pada polisi website berkenaan dan seterusnya klik “Bayar Sekarang atau Proceed to Payment”

Sumber: Fantasticko

Membuat bayaran

Sekarang anda sampai ke langkah untuk membuat bayaran. Masukkan maklumat yang dipinta kemudian akan muncul laman pengesahan dari pihak Bank. Masukkan maklumat seperti yang diminta. Apabila bayaran anda diterima dan berjaya, satu email “Order Summary” akan dihantar ke alamat email anda. Pastikan and abaca email tersebut dan pastikan semua maklumat adalah betul. Email tersebut juga akan memberitahu anda langkah seterusnya semasa anda ingin menaiki bas.

Soalan yang selalu diutarakan berkenaan membeli tiket bas secara online

1. Perlukah saya mendaftar untuk pembelian tiket bas secara online di laman web?

Jika anda selalu membeli tiket bas secara online, kami cadangkan anda untuk mendaftar sebagai pengguna. Jika anda membeli secara sekali-sekala, anda tidak perlu mendaftar.

2. Adakah saya perlu mencetak tiket yang saya beli secara online?

Jawapannya ialah ya. Anda perlu mencetak tiket yang anda beli secara online namun bergantung kepada syarikat bas yang anda pilih.  Sesetengah syarikat bas tidak memerlukan tiket yang dicetak, cukup anda tunjukkan booking reference number (BOT No.). Ianya ada dinyatakan dalam email yang anda dapat selepas membeli tiket secara online.

3. Bilakan syarikat bas membuka untuk tempahan awal tiket bas?

Kebanyakan syarikat bas membuka tiket bas seawal 30 hari dari tarikh perjalanan.

4. Ada harga tiket bas untuk dewasa dan kanak-kanak sama?

Ianya bergantung kepada syarikat bas. Ada yang sama dan ada yang berbeza.

5. Adakah semua syarikat bas menjual tiket secara online?

Berikut adalah senarai penuh syarikat bas express yang boleh dibeli secara online:

  • 707 Inc
  • 99 Coachland Express
  • Adam Express
  • Adik Beradik Express
  • Aerobus
  • Airport Coach
  • Alisan Golden Coach
  • Alya Express
  • Antar Holiday
  • Arwana Express
  • Beh Travel & Tours Sdn Bhd
  • Biaramas Express
  • Billion Stars
  • Bintan Resort Ferry
  • Bintang Jaya Express
  • Bundhaya Speed Boat
  • C.S Travel & Tours
  • Causeway Link Express
  • Cepat Express
  • Cepat Sedia (Klang/ShahAlam)
  • Citra Indomas
  • City Holidays Express
  • Cosmic Express
  • CTTS Holidays
  • D Amour Enterprise
  • Darul Iman Express
  • Delima Express (MY)
  • Discovery Tours
  • E-Mutiara
  • Economy Express
  • Edaran Express
  • Ekspres Musafir
  • Eltabina Jaya Express
  • Etika Express
  • First Coach
  • Five Stars Express
  • GJG Express
  • Golden Coach Express
  • Grassland Express
  • Han Travel
  • Inter Top Express
  • Hatyai Intertop Office (near to Tune Hotel)
  • Intercity Coach
  • Jadam Express
  • Jasa Pelangi Ekspres
  • Jasmine Express
  • JB Transliner
  • Jengka Liner
  • Jet Bus
  • Joo Seng Travel
  • Kejora Express
  • Kesatuan Express
  • KKKL Express (Terus Nanti)
  • KKKL Travel & Tours Pte Ltd
  • Konsortium Express
  • KPB Express
  • KPB Seremban Enterprise
  • Kwok Ping Express JB
  • LA Holidays
  • Lapan Lapan Travel
  • Lienadia Express
  • LPMS Express
  • Luxury Coach
  • Maharani Express
  • Maju Express
  • Manis Liner Express
  • Maraliner
  • Mayang Sari Express
  • Meridian Holidays
  • Naik Selalu Express
  • Neoliner Express
  • New Asian Travel
  • NICE
  • NKS Hotel and Travel
  • Orkid Malaysia Express
  • Perak Transit
  • Perdana Express
  • Persada Travel and Tours
  • Plusliner
  • Prisma Express
  • Queen Express
  • S&S International
  • Sanwa Tours (M) Sdn Bhd
  • SE Super Express
  • Seasons Express
  • Sepakat Liner Express
  • Shanhua Travel and Tours Sdn Bhd
  • Sin Yong Express
  • Sipitang Express
  • Sri Maju Express (Kangar)
  • Sri Theven Travel & Tours Sdn Bhd
  • Star Coach Express
  • Star Shuttle Express
  • Starmart Express
  • Suasana Edaran
  • Super Coach Holiday
  • Super Fast Ferry
  • Superior Tour
  • Supernice Grassland
  • Swiftliner Express Sdn Bhd (Arwana Express)
  • The One Travel
  • Trans MVS Express
  • Transnasional
  • Transtar Travel
  • Unititi Express
  • Urban Bus
  • Utama Express
  • WTS Travel & Tours
  • YoYo Express
Sumber: CyberRT

Itulah dia info tentang cara beli tiket bas online yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang cara semak senarai hitam bank dan cara memulakan perniagaan makanan.

Rujukan:

1. Beli Tiket Bas

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.