Bagi pelajar di menara gading, pengalaman latihan industri adalah di antara perkara wajib yang perlu dilakukan sebelum berjaya memegang segulung ijazah atau diploma.

Pastinya anda berasa gemuruh dan gementar untuk melakukan latihan industri memandangkan ianya adalah sangat berbeza berbanding belajar di dalam dewan kuliah. Jom kami akan kongsikan 20 tips dan pengalaman latihan industri yang pastinya bermanfaat buat anda.

1. Jadi seorang yang berdisiplin

Latihan industry adalah persediaan untuk anda memasuki alam pekerjaan. Oleh itu pastikan anda jadi seorang yang berdisiplin sepanjang latihan industry. Apa yang dimaksudkan dengan disiplin? Ia termasuklah:

  • Jangan masuk lewat ke tempat kerja
  • Jangan ponteng
  • Lakukan semua tugasan dengan baik mengikut masa yang diberikan
Sumber: Adtecsa

2. Pakai pakaian yang sesuai dan sopan

Pakaian adalah cerminan personaliti kita. Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dan sopan. Elakkan pakaian yang seksi dan menjolok mata terutamanya bagi golongan wanita. Elakkan juga memakai solekan yang terlalu tebal dan perhiasan yang berlebihan. Pastikan juga pakaian yang dikenakan adalah sesuai dengan persekitaran anda bekerja. Sekiranya anda diberikan uniform, pastikan anda memakai unuiform tersebut pada setiap masa dan jaga uniform tersebut supaya berada dalam keadaan baik semasa anda memulangkan ia semula setelah tamat latihan industry.

3. Lakukan setiap tugasan dengan sebaiknya

Jangan sesekali merungut sekiranya anda merasakan anda disuruh untuk melakukan tugasan remeh sepanjang anda menjalani latihan industry. Apa sahaja tugasan yang diberikan, pastikan anda lakukan dengan baik. Maniskan muka dan jangan mengelak apabila diberikan tugasan. Keperibadian anda dan cara bergaul juga akan diberikan markah untuk dinilai.

4. Pilih syarikat yang sesuai

Jangan ambil ringan tentang syarikat yang anda pilih untuk menjalani latihan industry. Di antara criteria syarikat yang perlu anda pilih adalah seperti berikut:

  • Bidang yang anda pelajari
  • Memberikan elaun yang berpatutan
  • Mempunyai potensi untuk mengambil anda sebagai pekerja

5. Buku log yang lengkap

Buku log yang diberikan bukanlah sekadar perhiasan. Pastikan buku log anda dicatat dengan baik pada setiap hari. Catat juga ilmu baru yang anda pelajari. Ianya sangat berharga untuk anda.

6. Ambil peluang untuk belajar

Sepanjang latihan industry anda akan didedahkan dengan pelbagai pengalaman yang tidak akan anda perolehi semasa belajar di dalam dewan kuliah. Maka jangan lepaskan peluang untuk belajar perkara baru. Jangan segan untuk bertanya dan mengorek ilmu dari mereka yang berada dalam industry.

7. Jangan tunjukkan sikap negatif

Pastikan anda tonjolkan sisi positif sepanjang anda menjalankan latihan industry. Ini kerana markah akan diberikan sepanjang anda menjalani latihan malah kemungkinan besar jika anda menunjukkan prestasi yang baik, anda akan diserap sebagai pekerja sebaik sahaja tamat latihan anda.

8. Bertenang semasa lawatan pensyarah

Jangan terlalu gemuruh semasa penyarah anda datang melakukan lawatan ke tempat anda melakukan latihan industry.  Jawab soalan yang ditanya dengan baik dan tunjukkan bahawa anda mahir dengan kerja yang sedang dilakukan.

9. Kekalkan prestasi baik selepas lawatan pensyarah

Walau pun pensyarah sudah melakukan lawatan dan memberikan anda markah, pastikan anda terus mengekalkan prestasi yang baik sehingga tamat latihan anda di sana.

10. Lakukan lebih daripada yang disuruh

Ada pelatih industry yang Cuma duduk dan tunggu disuap atau diberikan kerja. Pastikan anda bersikap pro aktif. Minta kerja atau sibukkan diri untuk belajar perkara baru.

Sumber: KBS

11. Jangan beralasan

Perkara terakhir yang ingin didengar oleh majikan ialah alasa dari anda. Di antara alasan yang paling popular di kalangan pelatih industry ialah:

  • Saya tidak tahu
  • Saya tidak belajar
  • Saya tidak pandai

12. Pandai membawa diri

Persekitaran latihan industry berbeza-beza. Ada yang melakukan latihan di tempat kerja yang terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk berehat dan ada yang memilih syarikat yang tidak mempunyai banyak kerja sehingga anda mempunyai banyak masa lapang. Pandai-pandailah bawa diri dan sesuaikan diri dengan keadaan persekitaran.

13. Bina hubungan baik dengan pegawai penyelia dan staf

Selain pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran latihan, anda juga perlu pandai membina hubungan baik dengan pegawai penyelia dan staff di tempat anda melakukan latihan industry. Pendek kata biarla anda tinggalkan syarikat tersebut dengan nama yang baik.

14. Siapkan laporan latihan dan selalu update progress dengan coordinator

Sentiasa berhubung dengan coordinator anda. Laporkan setiap latihan yang anda lakukan.

15. Jaga nama baik universiti

Anda membawa nama university, bukan nama sendiri sahaja. Oleh itu pastikan anda sentiasa menjaga nama baik university. Jangan cemarkan dengan melakukan perkara negatif sepanjang menjalani latihan.

16. Tunjukkan peningkatan hard-skills dan soft-skills

Perkembangan hard-skills dan soft-skills adalah di antara perkara yang akan diperhatikan sepanjang anda menjalani latihan. Oleh itu tunjukkan bahawa anda belajar sesuatu dan menjadi seorang yang lebih baik.

17. Personaliti akan diperhati

Selain kemahiran anda dalam bekerja, personality anda juga akan diperhatikan. Di antara aspek yang selalu dilihat ialah dari segi:

  • Leadership
  • Teamwork

18. Hubungan yang baik dengan penyelia

Jangan terlalu takut dengan penyelia. Jika tak faham, silakan bertanya. Jika anda berasa keliru, anda juga boleh bertanya dengan penyelia. Itulah sebabnya anda perlu menjaga hubungan yang baik dengan penyelia.

19. Tunjukkan minat dengan tugasan

Jangan tunjukkan muka bosan atau tidak berminat semasa menjalankan tugas. Maniskan wajah sentiasa.

20. Jauhi telefon bimbit

Telefon bimbit perlu disimpan dalam poket semasa anda menjalani latihan. Jangan sampai anda tertangkap aktif di media sosial semasa waktu bekerja.

Sumber: Ilpipoh

Itulah dia info tentang 20 tips dan pengalaman latihan industri yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang kerjaya pensyarah dan kerjaya bidang seni.

Rujukan:

1. Thevocket

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.