Author: safwanrazali
-

Definisi Kadar Diskaun (Discount Rate) Dalam Pasaran Kewangan
Kadar diskaun (discount rate) merupakan kadar faedah yang dikenakan kepada institusi pendeposit yang layak untuk membuat pinjaman dana jangka pendek secara lansung dari Bank Rizab Persekutuan. Namun begitu, jenis pinjaman daripada Persekutuan ini adalah terhad. Kebanyakan institusi selalunya mencari cara lain untuk memernuhi keperluan kecairan jangka pendek. Kadar diskaun dana Persekutuan adalah satu daripada dua kadar…
-

Apakah Maksudkan Susut Nilai (Depreciation)?
Susut nilai adalah satu kaedah perakaunan untuk memperuntukkan kos aset nyata atau fizikal ke atas tempoh penggunaannya (useful life) atau jangkaan tempoh penggunaannya. Susut nilai mewakili berapa banyak nilai aset yang telah digunakan. Aset yang susut nilai membantu syarikat mendapatkan hasil daripada aset sementara membelanjakan sebahagian daripada kos aset tersebut pada setiap tahun aset tersebut digunakan. Sekiranya…
-

Fahami Maksud Deflasi (Deflation)
Deflasi merujuk kepada penurunan umum harga yang selalunya disebabkan oleh pengurangan dalam penawaran wang atau kredit. Deflasi juga mungkin disebabkan oleh penurunan perbelanjaan kerajaan, individu atau pelaburan. Deflasi yang berlawanan dengan inflasi, mempunyai kesan sampingan iaitu peningkatan pengangguran oleh kerana tahap permintaan yang rendah dalam ekonomi, yang mana boleh menyebabkan kemelesetan ekonomi. Di samping itu,…
-

Ketahui 8 Asnaf Zakat Di Sini (Orang Layak Terima Zakat)
Jom ketahui siapa asnaf zakat yang layak yang terima. Zakat sebagai salah satu rukun Islam memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan umat Islam sepanjang sejarah kewujudannya. Ia merupakan satu perkara ibadat dari segi kewangan dan ekonomi di mana antara matlamatnya ialah untuk membersihkan jiwa manusia serta hartanya kerana kemungkinan terdapat hak orang lain dalam…
-

Apakah Maksud Dasar Fiskal (Fiscal Policy)?
Dasar fiskal atau dalam bahasa Inggerisnya, “fiscal policy”, merujuk kepada penggunaan perbelanjaan kerajaan dan dasar-dasar cukai untuk mempengaruhi keadaan ekonomi, termasuk permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan, pekerjaan, inflasi dan pertumbuhan ekonomi. Sebahagian besar Dasar Fiskal adalah berdasarkan kepada idea-idea daripada pakar ekonomi British, John Maynard Keynes (1883-1946), yang berpendapat bahawa pemerintah dapat menstabilkan kitaran perniagaan (business cycle)…
-

Istilah FIFO Masuk Dulu, Keluar Dulu (First In, First Out)
Istilah “masuk dulu, keluar dulu” yang diambil secara lansung daripada istilah bahasa Inggeris, “First In, First Out (FIFO)” merupakan satu kaedah pengurusan aset dan penilaian perakaunan di mana aset dihasilkan atau diperolehi dulu akan dijual, diguna, atau dibuang dulu. FIFO boleh digunakan oleh individu mahupun perbadanan. Di dalam proses percukaian, FIFO menganggap bahawa aset yang tinggal…
-

Apa Itu Nilai Muka (Face Value)?
Nilai muka, istilah yang diterjemah secara lansung daripada istilah bahasa Inggeris, “face value” merupakan nilai nominal atau nilai dolar untuk sesuatu sekuriti pada ketika sekuriti itu diterbitkan. Bagi sebuah saham pula, nilai muka merujuk kepada kos asal saham yang dinyatakan di dalam sijil. Manakala bagi bon pula, nilai muka adalah jumlah yang dibayar kepada pemegang bon…
-

Ketahui Maksud Istilah Nisbah Semasa (Current Ratio)
Nisbah semasa yang juga dikenali sebagai nisbah kecairan, nisbah aset tunai atau nisbah tunai. Nisbah semasa merupakan nisbah kecairan yang mengukur keupayaan sesebuah syarikat untuk membayar kewajipan-kewajipan kewangan jangka pendek. Nisbah semasa dikira dengan membahagikan aset semasa dengan liabiliti semasa. Fungsi utama nisbah semasa adalah untuk menentukan keupayaan sesebuah syarikat untuk membayar semula liabiliti-liabiliti jangka…
-

Liabiliti Semasa (Current Liabilities), Satu Lagi Asas Dalam Perakaunan
Liabiliti semasa merupakan kewajipan kewangan jangka pendek syarikat yang perlu dibayar dalam tempoh satu tahun atau dalam kitaran operasi yang biasa. Kitaran operasi yang juga dikenali sebagai kitaran penukaran tunai, merupakan masa yang diperlukan oleh sesebuah syarikat untuk membeli inventori dan menukarnya kepada wang tunai daripada jualan. Antara contoh liabiliti semasa adalah hutang kepada pembekal…
-

Dapatkan Info Tentang Peratusan Hasil Tahunan (Annual Percentage Yield)
Peratusan hasil tahunan atau lebih dikenali sebagai “Annual Percentage Yield (APY)” merupakan kadar pulangan tahunan yang tepat selepas mengambil kira kesan ke atas faedah penggabungan “compounding”. Dalam erti kata lain, APY atau peratusan hasil tahunan menganggap bahawa dana akan kekal dalam instrumen pelaburan selama 365 hari atau setahun penuh dan dikira berdasarkan formula berikut; [(1 + kadar berkala)#piawai…
-

Apa Itu Alpha Dalam Ekonomi?
“Alpha” merupakan huruf pertama di dalam perkataan Greek boleh didefinisikan kepada dua perkara. Yang pertama “alpha” merupakan ukuran prestasi berdasarkan dasar risiko yang disesuaikan atau “risk-adjusted basis”. Alpha mengambil kemeruapan pada risiko harga dana bersama dan membandingkan prestasi dengan risiko yang disesuaikan menggunakan indeks penanda aras. Pulangan lebihan dana berbanding pulangan indeks penanda aras merupakan dana alpha. Selain itu, alpha juga boleh…
-

Apa Itu Faedah Terakru (Accrued Interest)? (Wajib Baca!)
Faedah terakru atau sebutan bahasa Inggerisnya, “accrued interest” boleh didefinisikan kepada dua definisi. Pertamanya, faedah terakru merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan kaedah perakaunan akruan apabila faedah daripada pemiutang atupun penghutang telah diiktiraf tetapi belum lagi dibayar atau diterima. Faedah terakru berlaku disebabkan oleh perbezaan tempoh masa aliran tunai dan pengukuran aliran tunai tersebut. Yang kedua,…
-

Ketahui Apa Itu Akaun Pemiutang (Accounts Payable / AP)
Accounts Payable (AP) atau dalam bahasa melayu boleh diterjemahkan sebagai Akaun Pemiutang merupakan satu butiran perakaunan yang menunjukkan kewajipan sesuatu entiti untuk membayar hutang jangka pendek kepada pemiutangnya. AP boleh dilihat atau dijumpai pada lejar perakaunan atau kunci kira-kira di bawah liabiliti semasa di mana AP disebut atau dicatatkan sebagai “pemiutang”. AP juga boleh dirujuk sebagai…
-

Fahami Maksud Garis Pasaran Modal (Capital Market Line / CML)
Garis pasaran modal atau istilah bahasa Inggerisnya, “Capital Market Line (CML)” merujuk kepada satu garis yang digunakan di dalam model penentuan harga aset modal atau “Capital Asset Pricing Model (CAPM)” yang menunjukkan kadar-kadar pulangan untuk portfolio-portfolio yang baik, bergantung kepada kadar bebas risiko untuk pulangan tahap risiko iaitu sisihan piawai untuk portfolio tertentu. Garis pasaran modal atau CML dibuat…
-

Istilah Laba Modal (Capital Gain) Dalam Ekonomi
Istilah laba modal (capital gain) merupakan satu peningkatan dalam modal aset iaitu pelaburan atau hartanah melebihi harga beli modal aset tersebut. Laba tersebut tidak kelihatan (unrealized) sehinggalah aset tersebut dijual. Laba modal boleh jadi jangka pendek iaitu setahun atau kurang dari setahun atau jangka panjang iaitu melebihi satu tahun dan perlu dilaporkan untuk tujuan pencukaian. Sementara kerugian…