Margin keuntungan kasar merupakan satu metrik kewangan yang digunakan untuk menilai keadaan kewangan sesebuah syarikat dengan mendedahkan bahagian perolehan yang terbaki selepas pengiraan untuk kos barangan yang dijual atau dalam bahasa Inggerisnya, “cost of goods sold (COGS)”. Margin keuntungan kasar berfungsi sebagai sumber untuk membayar perbelanjaan tambahan dan simpanan masa akan datang. Margin keuntungan kasar juga turut dikenali sebagai margin kasar. Ianya dikira menggukan formula berikut;

Margin Keuntungan Kasar = (Hasil − COGS) ÷ Hasil

Sebagai contoh, andaikan syarikat A memperoleh RM20 juta  untuk hasil daripada penghasilan barangan dan menanggung RM10 juta untuk kos barangan yang dijual dan juga perbelanjaan berkaitan. Margin keuntungan kasar syarikat A adalah 50%. Ini bermakna, untuk setiap ringgit yang diperolehi oleh syarikat A, syarikat A mendapat untung sebanyak RM0.50 pada akhirnya. Metrik ini berguna dalam membandingkan syarikat-syarikat yang sama, dan syarikat yang beroperasi dengan lebih cekap biasanya menunjukkan margin keuntungan kasar yang lebih tinggi.

Jemput juga baca tentang syarikat GLC Malaysia

Rujukan

Penulis: safwanrazali

safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.