Giuseppe Morchio merupakan seorang eksekutif permotoran Itali yang memulakan kerjaya beliau di Manuli Group sebagai jurutera kabel sebelum menempa nama di Pirelli dan Fiat. Di Manuli Group, Morchio belajar tentang industri kabel dan mendapat pengalaman sebagai seorang pengurus di tempat kerja lama beliau untuk membantu pengembalian syarikat Pirelli Tire.

Selepas persaraan rasmi namun sekejap daripada Pirelli pada tahun 2000, Morchio menyertai Fiat sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat tersebut dan membuat satu tindakan drastik yang mengeluarkan Fiat daripada hutang dan memacu syarikat tersebut ke arah keuntungan. Namun begitu, beliau meletakkan jawatan secara tiba-tiba pada tahun 2004 apabila beliau dinaikkan pangkat kepada pengerusi lembaga.

Latar Belakang

Giuseppe Morchio memperoleh ijazah di dalam kejuruteraan mekanikal daripada Universiti Politeknikal Genoa dan pada tahun 1974, beliau mula bekerja untuk Manuli Group sebagai jurutera kabel. Pada tahun 1980, beliau menyertai Pirelli, sebuah pengeluar tayar yang dikenali dengan tayar-tayar berkualiti tinggi untuk kenderaan.

Jawatan pertama beliau di Pirelli adalah pengarah logistik, namun prestasi beliau sebagai pengurus menyebabkan beliau dinaikkan pangkat sebagai naib presiden operasi untuk divisyen tayar Pirelli.

Selepas itu, Morchio mendapat pengalaman dalam isu-isu pengeluaran untuk sesebuah syarikat antarabangsa, kerana reputasi tayar kenderaan berkualiti tinggi Pirelli memberikan syarikat tersebut pangkalan jualan antarabangsa dan pejabat-pejabat di sekitar Eropah dan Amerika Utara. Pada tahun 1989, Morchio sekali lagi dinaikkan pangkat sebagai CEO dan pengerusi lembaga untuk divisyen syarikat tersebut di Sepanyol, dan pada tahun 1992, beliau sekali lagi dinaikkan pangkat sebagai CEO dan pengerusi Pirelli Tire Amerika Utara.

Imej via Corriere

Pengaruh Industri Kabel

Pengalaman beliau bersama industri kabel memberikan kebaikan kepada beliau di Pirelli. Di Manuli Group, beliau mendapati bahawa kabel bukan sahaja saluran untuk kuasa, malah kabel juga merupakan penyalur maklumat, terutamanya dalam kabel gentian optik. Di Pirelli, beliau memberikan tumpuan dalam menambah divisyen pengeluaran kabel untuk menambah kepada senarai saham dan divisyen Pirelli.

Menjelang tahun 1995 dan kemunculan internet, saham-saham tambahan akan meningkatkan nilai bersih syarikat kepada bilion dolar, yang mana digunakan selepas itu untuk membangunkan rizab modal selepas jualan daripada bahagian-bahagian daripada divisyen kabel dijual kepada Cisco and Corning.

Operasi yang dikemudi oleh Morchio ini menaikkan nilai saham Pirelli dengan ketara, dan pada tahun 2000, beliau membeli saham opsyen $150 juta sebelum bersara sebulan selepas itu, dengan menyatakan bahawa beliau ingin melancong dan menikmati kehidupan.

Namun demikian, pada tahun 2003 beliau kembali ke dalam perniagaan sebagai CEO Fiat. Setelah menjadi kuasa industri automobil Eropah, Fiat telah mencatatkan kerugian yang ketara bermula tahun 2000 dan seterusnya, selepas perlantikan beliau, tugas beliau adalah untuk mengawasi operasi syarikat dan menstruktur semula Fiat ke arah keberuntungan.

Tidak lama selepas itu, Morchio melaksanakan penjualan “Fiat Avio”, divisyen penerbangan syarikat untuk nilai sebanyak $1.7 bilion untuk meningkatkan modal untuk memulihkan kilang-kilang syarikat. Beliau kemudiannya menerbitkan saham baru untuk menaikkan modal tambahan sebanyak $1 bilion.

Beliau menggunakan modal baru itu untuk memulihkan kilang-kilang, mengembangkan divisyen pemasaran dan penyelidikan dan mendorong inovasi ke dalam jenama automobil syarikat seperti jenama Ferrari, Maserati dan Alpha Romeo, serta memperkenalkan kereta baru ke dalam pasaran, “Panda”, yang dinamakan sebagai “car of the year” Eropah pada tahun 2004.

Kematian yang tidak dijangka telah merubah pelan beliau untuk kekal di Fiat untuk melengkapkan pelan lima perkara yang beliau rangkakan dan telah diluluskan oleh lembaga apabila pengerusi lembaga, Umberto Agnelli meninggal dunia secara tiba-tiba menyebabkan kerusi pengerusi lembaga tidak berpenghuni. Morchio menginginkan jawatan tersebut namun telah diberikan kepada Luca Cordero di Montezemolo, CEO Ferrari.

Morchio merasa terhina dan hampir meletakkan jawatan, namun perjanjian asal beliau bersama Agnelli menawarkan kebebasan yang beliau rasakan perlu untuk melaksanakan tugas beliau. Walaupun rancangan beliau itu menggoncang syarikat dan industri secara keseluruhannya, Montezemolo memberi jaminan kepada akhbar bahawa beliau merancang untuk meneruskan perancangan Morchio dan saham syarikat meningkat dengan berita itu.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.