“Gross margin” atau dalam bahasa Melayu, margin kasar merupakan hasil keseluruhan jualan sesebuah syarikat tolak dengan kos barangan yang dijual atau “cost of goods sold (COGS), dibahagi dengan hasil keseluruhan jualan, kemudiannya dinyatakan dalam bentuk peratusan. Margin kasar menunjukkan peratusan hasil keseluruhan jualan yang syarikat perolehi selepas menanggung kos-kos lansung yang berkaitan dengan barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan.

Semakin tinggi peratusan tersebut, semakin banyak perolehan syarikat untuk setiap wang jualan untuk menampung kos-kos dan kewajipan lain syarikat. Margin kasar dikira berdasarkan formula berikut;

Margin kasar (%) = ( Hasil − Kos barangan yang dijual) ÷ Hasil

Dalam erti kata lain, peratusan ini mewakili setiap bahagian wang hasil yang diperolehi syarikat sebagai keuntungan kasar. Sebagai contoh, sekiranya margin kasar syarikat A untuk suku tahun terbaru adalah 35%, syarikat itu akan memperolehi RM0.35 daripada setiap RM1 daripada hasil yang dijana.

Wang ini boleh digunakan untuk menampung penjualan, perkara-perkara umum dan perbelanjaan pentadbiran, termasuklah juga perbelanjaan faedah, dan pengagihan hasil kepada pemegang-pemegang saham. Tahap margin kasar boleh menjadi sangat berbeza daripada satu industri kepada satu industri. Sebagai contoh, sebuah syarikat perisian biasanya mempunyai margin kasar yang lebih tinggi berbanding syarikat pembuatan.

Jemput baca tentang syarikat terbesar di Malaysia

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.