Corak Kepala Dan Bahu, istilah yang diterjemah secara lansung daripada istilah bahasa Inggeris, “Head and Shoulders Pattern”, merujuk kepada satu istilah analisis teknikal yang digunakan untuk menerangkan pembentukan carta yang menyerupai garis dasar dengan tiga puncak (peak), dua puncak di bahagian luar adalah lebih kurang sama daripada segi ketinggian, dan puncah yang ditengah-tengah merupakan yang tertinggi.

Di dalam analisis teknikal, corak kepala dan bahu menerangkan pembentukan carta tertentu yang meramalkan pembalikan corak pasaran “bull-bear” (bullish-to-bearish trend reversal). Corak kepala dan bahu dipercayai merupakan salah satu corak pembalikan corak paling dipercayai. Ia merupakan salah satu daripada corak utama yang memberi isyarat dengan pelbagai tahap ketepatan, bahawa corak menaik menghampiri penghujungnya.

Selain itu, corak kepada dan bahu terbentuk apabila harga saham meningkat kepada satu puncak dan kemudiannya menurun kembali kepada keadaan asal. Kemudian harga saham meningkat kembali, kali ini kepada satu puncak yang melebihi puncak sebelum ini, dan kemudian turun semula kepada harga asal. Selepas itu, harga saham meningkat semula, namun kali ini kepada satu puncak yang lebih kurang sama dengan puncak yang pertama sebelum turun semula kepada harga asal. Kesimpulannya, turun naik carta ini yang akhirnya kelihatan seakan-akan kepala dan bahu, justeru corak ini dipanggil corak kepala dan bahu.

Jemput juga baca tentang masa terbaik beli saham

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.