Franco Modigliani merupakan seorang ahli ekononomi Neo-Keynesian yang menerima Hadiah Nobel pada tahun 1985. Modigliani dilahirkan pada tahun 1918 di Rom, Itali dan kemudiannya datang ke Amerika Syarikat ketika berlakunya Perang Dunia II. Beliau terkenal dengan sumbangan beliau dalam teori penggunaan, ekonomi kewangan dan teori yang beliau bangunkan, iaitu Teorem Modigliani-Miller tentang kewangan korporat (Modigliani-Miller Theorem of corporate finance).

Kehidupan Dan Kerjaya

Modigliani pada awalnya mempelajari bidang undang-undang di Universiti Sapienza, Rom. Setelah berhijrah ke Amerika Syarikat, beliau melanjutkan pengajian untuk ijazah kedoktoran (Ph.D.) beliau dalam bidang ekonomi di New School for Social Research. Beliau pernah mengajar di Kolej Bard, Universiti Columbia sebelum berkhidmat sebagai profesor di Universiti Illinois, Urbana-Champaign, Universiti Carnegie Mellon dan Institut Teknologi Massachusetts.

Selain itu, Modigliani juga pernah berkhidmat sebagai presiden untuk Persatuan Ekonomi Amerika (American Economic Association), Persatuan Kewangan Amerika (American Finance Association), dan Persatuan Ekonometrik Amerika (American Econometric Society). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai penasihat bank-bank Itali dan juga para ahli politik, Perbendaharaan Amerika Syarikat (U.S. Treasury), Sistem Rizab Persekutuan dan beberapa buah bank di Eropah.

Di samping itu, beliau telah dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Ekonomi pada tahun 1985 untuk pembangunan beliau dalam model-model penggunaan swasta dan kewangan korporat (models of private consumption and corporate finance).

Sumbangan Modigliani

Sumbangan awal Modigliani adalah dalam bidang sosialisme dan ekonomi berpusat yang dirancang, sumbangan yang menyebabkan beliau mendapat anugerah daripada Benito Mussolini, seorang diktator fasis Itali (Italian fascist dictator). Sumbangan beliau yang paling ketara terhadap ekonomi adalah termasuk teori penggunaan kitaran hidup (life-cycle consumption theory), Teorem Modigliani-Miller kewangan korporat. Beliau juga membuat sumbangan penting kepada teori-teori jangkaan rasional (rational expectations) dan kadar inflasi yang tidak mempercepat pengganguran atau dalam bahasa Inggerisnya, “non-accelerating inflation rate of unemployment (NAIRU)”.

Ekonomi Sosialis Dan Fasis

Pada awal kerjaya beliau di Itali, dan kemudiannya di Amerika Syarikat, Modigliani secara meluas menulis tentang kemungkinan pengurusan rasional ekonomi kawalan oleh perancang pusat. Semasa belajar di Rom, beliau memenangi pertandingan menulis esei kebangsaan (national essay contest) untuk esei beliau yang menyokong kawalan kerajaan terhadap ekonomi.

Beliau juga menulis beberapa siri esei sebelum Perang Dunia II yang menyokong dasar-dasar fasis tentang pengurusan ekonomi oleh kerajaan, kemudian beralih kepada menyokong pasaran, perancangan pusat cara-sosialis tentang harga dan pengeluaran dalam esei tahun 1947. Esei ini diterbitkan di dalam bahasa Itali dan kurang mendapat perhatian berbanding esei-esei yang lain sehinggalah ia diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada pertengahan 2000-an.

Teori Penggunaan Kitaran Hayat

Salah satu sumbangan awal Modigliani dalam ekonomi adalah teori penggunaan kitaran hayat, yang menyatakan bahawa individu mementingkan penjimatan wang semasa peringkat awal kehidupannya untuk dibelanjakan pada peringkat berikutnya. Idea ini adalah tentang manusia lebih suka dengan tahap penggunaan yang stabil, melakukan pinjaman (atau membelanjakan simpanan yang diwariskan kepada mereka) semasa masih muda, berjimat semasa umur pertengahan apabila berpendapatan tinggi, dan berjimat dalam perbelanjaan simpanan apabila bersara. Teori ini memperkenalkan demografi umur sebagai faktor yang membantu menentukan fungsi penggunaan Keynesian untuk ekonomi.

Teorem Modigliani-Miller

Teorem Modigliani-Miller merupakan sumbangan utama beliau yang lain, yang dihasilkan melalui kerjasama dengan Merton Miller, yang membentuk asas untuk analisis struktur modal dalam kewangan korporat. Analisis struktur modal membantu syarikat untuk menentukan cara yang paling berkesan dan bermanfaat untuk membiayai syarikat mereka melalui penggabungan ekuiti dan hutang. Teorem Modigliani-Miller membahaskan sekiranya pasaran kewangan adalah cekap, penggabungan ini (ekuiti dan hutang) tidak akan menjejaskan nilai syarikat tersebut. Teorem ini akan menjadi salah satu bentuk asas kewangan korporat moden.

Jangkaan Rasional

Modigliani membuat sumbangan asas kepada teori jangkaan rasional dalam sebuah esei tahun 1954, yang membahaskan bahawa manusia menyesuaikan tingkah laku ekonomi mereka berdasarkan kesan yang mereka jangkakan oleh dasar kerajaan ke atas mereka. Ironinya, teori jangkaan rasional dibangunkan oleh ahli-ahli ekonomi lain yang menjadi pengkritik besar terhadap keberkesanan dasar makroekonomi Keynesian yang dipertahankan oleh Modigliani.

 NAIRU

Dalam esei tahun 1975, Modigliani berhujah bahawa pembuat dasar kewangan harus menyasarkan keluaran (output) dan pekerjaan dalam menetapkan dasar. Beliau mencadangkan satu sasaran yang sesuai iaitu kadar tidak inflasi untuk pengangguran (non-inflationary rate of unemployment), yang mana beliau anggarkan sekitar 5.5%. Ironinya, walaupun esei beliau secara jelas menentang monetarisme dan menyokong Keynesianisme, idea beliau telah digunakan untuk membangunkan teori NAIRU, yang akan menjadi penentang yang kuat terhadap dasar makroekonomi Keynesian.

Jemput juga baca tentang biodata pengasas speedMart dan biodata Aliff Syukri

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.