Vitalik Buterin merupakan salah satu nama yang terkenal di dalam arena matawangkripto. Buterin merupakan pencipta Ethereum, rangkaian matawangkripto kedua yang paling bernilai selepas Bitcoin dari segi permodalan pasaran.

Beliau telah terlibat secara aktif dalam komuniti Bitcoin sebagai seorang penulis and pemaju sejak tahun 2011. Beliau juga merupakan pengasas bersama Bitcoin Magazine (yang kali pertama diterbitkan pada bulan Mei 2012) bersama-sama dengan Mihai Alisie.

Buterin pertama kali menulis tentang Ethereum pada bulan November 2013 dan secara ringkasnya menggambarkan Ethereum sebagai “matawangkripto 2.0”, kerana Ethereum memberikan idea tentang penggunaan rantai blok Bitcoin (Bitcoin blockchain) lebih daripada sekadar wang.

Imej via coindesk

Latar Belakang Vitalik Buterin

Vitalik Buterin dilahirkan pada tahun 1994 di Rusia dan berpindah ke Kanada semasa beliau berusia enam tahun. Beliau mengetahui tentang Bitcoin pada tahun 2011 dan mula menulis tentang Bitcoin dan seterusnya mengasaskan Bitcoin Magazine bersama dengan Mihai Alisie.

Pada tahun 2012, beliau menghadiri Universiti Waterloo di Kanada, namun oleh kerana beliau semakin tertarik dengan matawangkripto, beliau berhenti daripada universiti tersebut pada tahun 2013. Beliau menulis;

“Saya telah mengiringi dunia, meneroka banyak projek kripto, dan akhirnya menyedari bahawa projek-projek tersebut terlalu khusus kepada aplikasi-aplikasi tertentu dan tidak cukup umum, oleh itu, kemunculan Ethereum telah memulakan kehidupan saya selepas itu.”

Dalam tahun 2014, pra jualan Ethereum untuk ether menerima sambutan yang amat menggalakkan. Berdasarkan Ethereum, ianya boleh digunakan untuk “mengekodkan (codify), memencarkan (decentralize), melindungi dan medagangkan apa sahaja”.

Pada hari ini, Buterin terlibat dalam penciptaan generasi platform aplikasi pintar dan pencar (decentralized) seterusnya. Beliau juga telah menjadi pengarang bersama untuk beberapa buah buku. Antaranya, “The Business Blockchain: Promise, Practice, and Application of the Next Internet Techonology” yang ditulis bersama William Mougayar, dan “THE BITCOIN: How Bitcoin Overturning the Global Economic” yang ditulis bersama Charlie Lee.

Jemput juga baca apa itu bitcoin

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.