Elon Musk, seorang usahawan yang berwawasan, merupakan pengasas bersama PaypalTesla Motors dan SolarCity, dan merupakan pengasas SpaceX. Kejayaan beliau yang mengagumkan telah mewujudkan perbandingan di antara Elon Musk dan Steve Jobs, Howard Hughes, Henry Ford dan Bill Gates. Di sebalik zaman kanak-kanak yang sukar, Musk mengamalkan etika kerja yang tidak henti-henti (beliau dikenali kerana bekerja selama 80 hingga 100 jam seminggu) dan wawasan satu tujuan yang kukuh.

Pada tarikh 7 September 2018, Musk kelihatan menghisap ganja ketika sedang menemuramah untuk satu “podcast”. Selain itu, perletakan jawatan ketua sumber manusia dan ketua pegawai perakaunan Tesla, yang telah menyebabkan penurunan saham syarikat, merupakan tambahan kepada berita buruk buat syarikat tersebut, termasuklah tindakan undang-undang seorang pemegang saham syarikat ke atas Musk dan syarikat berkenaan “tweet” beliau di Twitter pada 7 Ogos 2018, yang mana beliau menyatakan sedang menimbangkan untuk menswastakan Tesla. Syarikat itu kemudian memutuskan untuk menentang cadangan itu.

Artikel ini ingin membawa anda mengenali individu yang telah menjadi tunjang beberapa buah syarikat yang juga telah melumpuhkan berbagai industri.

Latar Belakang Dan Afrika Selatan

Elon Reeve Musk dilahirkan pada tahun 1971 di Pretoria, salah sebuah daripad tiga ibu kota di Afrika Selatan. Bapa beliau merupakan seorang jurutera dan ibu beliau pula seorang model dan pakar pemakanan. Beliau merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik di dalam keluarga yang sangat bercita-cita. Adik lelaki beliau, Kimbal Musk merupakan kapitalis teroka dan pencinta alam sekitar. Adik perempuan beliau pula, Tosca Musk merupakan pemenang anugerah penerbit dan pengarah.

Selepas ibu bapa beliau berpisah semasa beliau masih kanak-kanak, Musk kebanyakannya tinggal dengan bapa beliau. Musk memulakan persekolahan lebih awal, menghadiri Sekolah Persediaan Waterkloof swasta dan kemudian menamatkan pengajian di Sekolah Tinggi Lelaki Pretoria.

Beliau sangat bagus dalam membaca dan merupakan penggemar komik. Beliau yang digambarkan sebagai seorang ulat buku dan budak pintar, sering dibuli di sekolah dan tertarik lebih kepada buku-buku beliau berbanding kehidupan sosial beliau.

Pada usia 10 tahun, Musk telah diperkenalkan kepada komputer dengan Commodore VIC-20. Beliau telah belajar untuk memprogram dengan cepat dan pada ketika usia beliau 12 tahun, beliau telah menjual satu permainan yang dipanggil “Blastar” kepada Spectravideo untuk harga $500.

Dalam satu kejadian pada masa tersebut, Musk dan adik lelaki beliau merancang untuk membuka sebuah kedai permainan video berhampiran dengan sekolah mereka. Akhirnya ibu bapa beliau menghalang rancangan tersebut. Namun demikian, satu-satunya perkara yang menghalang rancangan mereka adalah keperluan kepada permit bandar yang mana perlu dimohon oleh individu dewasa.

Dibuli Di Zaman Kanak-Kanak

Penampilan intelektual Musk sedikit sebanyak mempengaruhi layanan yang beliau terima semasa zaman kanak-kanak. Beliau hanya mempunyai bilangan kawan yang sedikit di kalangan kanak-kanak Afrika yang beliau temui di sekolah. Beliau menyatakan dalam satu temubual bahawa beliau mempunyai zaman kanak-kanak yang teruk di mana beliau menghadapi kesukaran ketika membesar. Namun beliau juga menyatakan satu perkara yang beliau risau tentang anak-anak beliau adalah mereka tidak menghadapi kesukaran yang mencukupi dalam membesar.

Musk menghadiri Sekolah Persediaan Waterkloof House berbahasa Inggeris, dan kemudian menamatkan pengajian di Sekolah Tinggi Lelaki Pretoria. Menurut gambaran beliau, tahun-tahun pendidikan beliau adalah tahun-tahun yang sepi dan kejam kepada diri beliau.

Musk menyatakan kanak-kanak di sana pernah menggunakan kawan baik beliau untuk mengumpan beliau keluar dari tempat persembunyian supaya mereka dapat memukul beliau. Tambah beliau lagi, beliau dipukul oleh mereka kerana mereka merasakan bahawa beliau merupakan tempat untuk dipukul, dan mereka sentiasa mencari beliau tanpa henti.

Menurut beliau lagi, keadaan ini yang menyebabkan proses membesar beliau begitu sukar dan menakutkan. Selama bertahun-tahun tidak pernah ada masa rehat. Beliau sentiasa dikejar oleh geng-geng di sekolah yang cuba untuk memukul beliau, di mana beliau akan pulang ke rumah dan di sana akan menjadi bertambah buruk.

Sekiranya terdapat peluang untuk melepaskan diri beliau, ianya adalah teknologi. Semasa beliau baru berusia 10 tahun, beliau telah berjaya memprogram komputer melalui “Commodore VIC-20”, sebuah komputer rumah murah. Tidak lama kemudian, beliau menjadi cukup mahir untuk mencipta “Blastar”, satu permainan video berkonsepkan “Space-Invaders”. Beliau menjual kod asas untuk permainan tersebut kepada sebuah majalah, PC and Office Technology pada harga $500.

Imej via FOX NEWS

Berpindah Ke Kanada

Pada usia 17 tahun, Musk berpindah ke Kanada untuk mengelak daripada berkhidmat di dalam ketenteraan Afrika Selatan, yang mana tugas utamanya pada lewat 1980-an adalah untuk menguatkuasan apartheid. Beliau kemudiannya mendapatkan kewarganegaraan Kanada menerusi ibu beliau.

Selepas berhijrah ke Kanada, Musk menghadiri Universiti Queen di Kingston, Ontario. Semasa di universiti inilah beliau telah bertemu dengan Justine Wilson, seorang penulis yang bercita-cita tinggi. Mereka berkahwin dan mempunyai lima orang anak lelaki sebelum berpisah pada tahun 2008.

Pendidikan Musk Di Amerika Syarikat

Selepas dua tahun di Universiti Queen, Musk berpindah ke Universiti Pennsylvania. Beliau mengambil dua jurusan, namun itu tidak bermakna kehidupan beliau di sana hanyalah semata-mata belajar sahaja. Bersama-sama dengan seorang rakan seuniversiti, mereka membeli sebuah rumah sepuluh bilik tidur, yang mana mereka gunakan sebagai kelab malam ad hoc (ad hoc nightclub).

Musk menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Fizik, serta Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Ekonomi daripada Sekolah Wharton. Kedua-dua bidang yang diambil oleh Musk menunjukkan arah tuju kerjaya Musk selepas itu, namun, bidang fizik memberikan kesan mendalam dalam pemikiran beliau.

Musk berusia 24 tahun sewaktu beliau berpindah ke California untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ph.D dalam bidang fizik kegunaan (applied physics) di Universiti Stanford. Dengan perkembangan internet dan Silicon Valley yang berkembang pesat, Musk mempunyai idea keusahawanan yang bermain di fikiran beliau. Oleh itu, beliau meninggalkan program Ph.D. itu hanya selepas dua hari.

Pada tahun 1995, beliau dan adik beliau, Kimball, berserta $28,000 memulakan Zip2, sebuah syarikat perisian yang membantu surat khabar membangunkan panduan bandar dalam talian (online city guides). Syarikat tersebut telah dibeli dan Musk menggunakan hasil jualan tersebut untuk membangunkan X.com, yang mana beliau khususkan untuk perbankan di masa depan.

X.com telah bergabung dengan sebuah syarikat yang dipanggil Confinity dan menyebabkan syarikat itu kemudiannya dikenali sebagai PayPal. Musk kemudiannya telah disingkirkan daripada syarikat itu sebelum ianya dibeli oleh eBay. Selepas kejatuhan PayPal, Musk membantu menjana dana untuk sebuah syarikat perusahaan baru kereta elektrik yang dipanggil Tesla.

Jemput baca juga artikel biodata Vivy Yusof dan usahawan yang bermula dari bawah

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.