Ramai daripada kita yang berimpian untuk bebas kewangan dan bebas hutang. Tapi orang yang luar biasa akan bercita-cita untuk dapatkan simpanan 1 juta dalam tempoh yang tertentu.

Ada yang nak jadi jutawan sebelum mencecah 40 tahun dan ada yang nak dapat 1 juta sebelum mencecah 30 tahun. Ia terpulang kepada individu itu sendiri. Namun, tahukan anda bagaimanakah cara untuk anda realisasikan impian tersebut?

Banyak perkara yang harus kita titik beratkan. Jom kami sajikan anda dengan tips simpanan 1 juta sebenarnya boleh buat. Jom buat satu demi satu.

tips simpanan 1 juta
Imej via [gerakan]

1. Bayar Hutang Atau Komitmen Tanpa Miss

Jangan sesekali terlepas membayar hutang atau komitmen anda. Sekiranya terlupa bayar, ia akan menjadi beban untuk bayaran yang seterusnya. Jadikan diri anda bebas kewangan terlebih dahulu merupakan tips simpanan 1 juta yang harus anda buat mula-mula sekali.

2. Berbelanja Hanya Benda Penting

Berbelanjalah hanya pada benda yang penting sahaja. Tanpa berjimat-cermat, sangat mustahil untuk anda bebas hutang. Lebihkan menyimpan untuk membayar hutang yang masih ada.

Namun begitu, hemahlah dalam berbelanja. Sekiranya ia keperluan yang boleh dielakkan, selagi boleh elak, jimatlah. Duit lebih yang ada tu boleh digunakan bayar komitmen supaya cepat habis.

3. Simpanan Tetap 10% Wajib

Tips simpanan 1 juta ramai tak percaya adalah buat simpanan 10% dari gaji anda. Walaupun rasanya ia mudah dan mustahil, perkara wajib ini memang kena buat.

Apabila mula menyimpan 10% dari gaji anda, anda akan cenderung untuk menyimpan lebih pada masa akan datang. Jadi, jangan risau untuk bermula. Teruslah menyimpan 10% dari gaji anda ke akaun simpanan.

4. Buat Simpanan Pelaburan

Banyak jenis simpanan yang menawarkan skim pelaburan dimana selain menyimpan wang, ia sekaligus dapat menggandakan wang anda. Antaranya adalah menyimpan di Tabung Haji, ASB dan lain-lain lagi.

Dengan menyimpan di platform tersebut, ia amat menguntungkan. Dividen dan bonus akan anda terima setiap tahun, maka teknik terbaik adalah simpan semula dividen tersebut bagi menggandakan simpanan anda dengan lebih banyak lagi.

tips simpanan 1 juta
Imej via [myinformasi]

5. ASB Pinjaman / Loan

Salah satu simpanan pelaburan terbaik adalah ASB pinjaman atau loan. Dividen akan dikira mengikut pilihan anda. Jika anda memilih untuk menyimpan RM 40,000 pada kadar bulanan hanyalah bayar sebanyak RM 200 sahaja.

Maka dividen diberikan adalah berdasarkan jumlah nilai RM 40,000. Bukannya berdasarkan jumlah yang baru sahaja anda bayar. Untung kan?

6. Pendapatan Pasif

Berusahalah untuk menjalankan beberapa aktiviti yang membolehkan anda menerima keuntungan pasif setiap bulan. Terdapat banyak pendapatan pasif boleh anda lakukan seperti sistem affiliate, adsense, reseller dan macam-macam lagi.

Tidak mustahil anda boleh menyimpan sehingga satu juta. Katakanlah pendapatan anda setiap bulan bagi program affiliate sudah boleh mencecah RM1000, untuk program affiliate kedua juga mencecah RM1000, begitulah sehingga anda mempunyai 5 atau 6 program affiliate yang anda aktif. Tak mustahil kan?

7. Perniagaan

Ceburkan diri dalam bidang perniagaan akan beri keuntungan buat anda. Perniagaan yang margin keuntungan agak tinggi adalah pilihan terbaik jika anda nak berniaga.

Lebih elok lagi jika anda berniaga dengan bisnes shopee atau bisnes lazada. Tak perlu nak buat banyak benda, cuma setting satu kali sahaja, pelanggan anda pasti ramai. Siapa yang tidak kenal e-commerce shopee dan lazada!

Selain itu, anda juga boleh menggunakan sistem ejen serta affiliate. Lebih ramai orang yang jual produk anda, lebih mudah anda buat keuntungan. Sudah terbukti orang yang jadi jutawan kebanyakannya adalah yang berbisnes dan mempunyai team!

tips simpanan 1 juta
Imej via [money.kompas]

8. Bermain Saham

Melabur saham pastinya akan memberikan keuntungan buat anda tetapi awas, besar risiko yang harus anda tanggung. Bagaimana modal yang anda keluarkan, begitulah risiko yang harus anda ambil. Anda boleh melabur di Saham Bursa Malaysia ataupun unit trust.

Kaji dan belajarlah ilmu berkaitan saham untuk elakkan daripada berlaku perkara yang sia-sia. Jika ilmu penuh di dada, tips simpanan 1 juta pasti dapat anda realisasikan dengan keuntungan yang diperolehi dari pelaburan saham.

9. Bersedekah Dan Zakat

Selain menjana pendapatan tambahan dan buat duit lebih, tips simpanan 1 juta juga adalah banyakkan bersedekah. Ramai jutawan yang amalkan sikap ini dan benar-benar berkesan.

Sifir Allah, 1-1: 2 yang bermaksud semakin banyak kita bersedekah, semakin bertambah rezeki kita. Cepat atau lambat tetapi tetap ada perubahan yang lebih baik dalam hidup kita.

Amalkan sedekah subuh atau setiap pagi sebelum kita memulakan kerja dan rutin harian. Itu adalah masa yang terbaik untuk bersedekah dan sedekah yang afdal adalah sedekah untuk keluarga kita terlebih dahulu.

tips simpanan 1 juta
Imej via [smallcaps]

10. Pelaburan Emas

Jangan lupa sediakan payung sebelum hujan, aset penting untuk masa depan juga adalah emas. Beli semasa murah dan jual bila sudah naik harga. Walaupun ia tidak seuntung saham, namun risikonya lebih rendah daripada bermain saham.

Cuba bayangkan keuntungan yang akan anda peroleh jika menjual semula emas beberapa tahun yang akan datang. Semuanya boleh dijadikan simpanan jangka masa panjang anda.

Tips simpanan 1 juta ini harus dilakukan secara konsisten. Mungkin anda harus beli emas ketika harganya murah, himpun sedikit demi sedikit, lama-lama pasti akan jadi bukit.

11. Matlamat Jelas Dan Tindakan Konsisten

Selain berusaha dan mencari peluang meningkatkan pendapatan anda, matlamat yang jelas dan tindakan yang konsisten adalah tips simpanan 1 juta yang utama.

Tanpa matlamat, tak mungkin anda dapat membuat simpanan dan berdisiplin mengurus wang. Tetapkan niat untuk mendapatkan 1 juta pertama, insyallah pasti tindakan selaras dengan usaha dan berjaya kecapinya!

Semoga tips simpanan 1 juta ini bermanfaat buat anda. Jom baca juga simpanan persaraan, strategi simpan duit, pelaburan unit trust dan keburukan insurans.

Rujukan:

  1. Praktikkan tip ini untuk capai simpanan minimum RM10,000. Nak dapat lebih, pun boleh https://gilahartanah.com/capai-simpanan-minimum-rm10000/
  2. Bagaimana Nak Retire Dengan 1 Juta Ringgit Di Tangan? https://pakdi.net/bagaimana-nak-retire-dengan-1-juta-ringgit-di-tangan/
  3. Jom Bina Tabung Simpanan RM 1 Juta! https://shahzaidi.com/jom-bina-tabung-simpanan-rm-1-juta/
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.