Unit amanah atau unit trust merupakan salah satu cara melabur wang yang dipercayai dan diyakini masa kini. Terdapat banyak syarikat unit trust yang mengurus dana pasaran saham, kita hanya perlu melabur sahaja.

Namun begitu, penting untuk ketahui apakah proses disebalik pelaburan unit trust dan bagaimanakah keuntungannya kita terima. Jom lihat maksud unit trust, kategori, panduan serta cara keuntungannya.

Apa Itu Unit Trust Sebenar

pelaburan unit trust
Imej via [vccircle]

Ia merupakan unit amanah atau kepercayaan yang diberikan oleh pelabur kepada syarikat unit amanah untuk melaburkan wang ke dalam pasaran saham sama ada pasaran dalam atau luar negara.

Pengurus dana dibawah pihak Unit Trust Management Company (UTMC) bertanggungjawab melabur dana tersebut dan kita tak perlu fikirkan lagi dimana perlu kita labur. Berbanding dengan melabur saham, kita juga yang terpaksa fikirkan pada syarikat manakah untuk kita labur.

Menurut Persekutuan Pengurus Unit Amanah Malaysia atau lebih dikenali sebagai Federation of Malaysian Unit Trust Managers (FMUTM):

Definisi Unit Trust Scheme (UTS) pula adalah sebuah pelaburan kolektif yang membenarkan pelabur melabur wang mereka bagi aset dan portfolio sekuriti yang akan diuruskan oleh pengurus profesional.

8 Perkara Penting Wajib Tahu Berkaitan Pelaburan Unit Trust

pelaburan unit trust
Imej via [economictimes]
  1. Pelaburan unit trust juga mempunyai risikonya yang tersendiri tetapi bukan seperti saham bursa.
  2. Nilai atau harga satu unit saham dalam skim unit trust dikenali sebagai “Net Asset Value – NAV” atau “Nilai Aset Bersih” per share.
  3. Pelaburan unit trust bersifat ‘diversification’ dimana ia mengurangkan risiko kerana anda melabur dalam satu portfolio sahaja.
  4. Anda secara automatiknya boleh melabur dalam pelbagai jenis syarikat didalam unit trust ini. Jika pelaburan saham bursa, ia adalah pilihan anda untuk memilih setiap satu syarikat yang anda inginkan.
  5. Saham unit trust boleh dibeli dari Insititusi Penasihat Unit Trust (IUTA), Syarikat Pengurusan Unit Trust (UTMC), agen -agen yang berdaftar dan Syarikat Penasihat Unit Trust (CUTA).
  6. Saham-saham atau aset-aset dipegang oleh unit trust secara terus dan dibahagikan kepada pelabur melalui pemilikan unit.
  7. Harga saham unit trust dipanggil unit trust’s per share net asset Value (NAV). 
  8. Ketika pembelian saham pelaburan unit trust, NAV ditambah dengan beberapa peratus caj penjualan dan caj pemegang saham.

Jenis Dana Unit Amanah / Pelaburan Unit Trust

Perbezaan antara dana unit trust ini adalah bergantung fund yang ditawarkan. Sama ada Islamic Fund (patuh syariah) dan conventional fund (tidak patuh syariah).

Terdapat beberapa jenis dana unit amanah yang bergantung kepada faktor seperti objektif pelaburan, risiko, instrumen pelaburan dan banyak lagi. Jom fahami satu demi satu supaya pelaburan unit trust anda menjadi.

pelaburan unit trust
Imej via [economictimes]

1. Ekuiti

Apa itu ekuiti? Ia adalah kategori aset yang diperlukan untuk mengembangkan modal anda. Memilih pelaburan dalam fund Equity Malaysia bermaksud anda berpeluang melabur daam beberapa syarikat yang terlibat dalam Bursa Malaysia.

Antaranya adalah Axiata, TNB, Sime Darby, Telekom Malaysia dan banyak lagi. Dibawah kategori Equity, terdapat piihan seperti Equity Income, Equity Malaysia, Equity SM & Mid Cap dan lain-lain.

Cara Pelaburan Dibuat:

Saham akan dilaburkan dalam pelbagai bentuk seperti saham index constituents, saham mewah blue chip, pasaran saham luar negara ataupun saham syarikat kecil dan sederhana.

Jelas bahawa ekuiti merupakan aset yang paling tinggi risikonya dan paling berpotensi untuk menjana keuntungan lumayan.

2. Bon Atau Sukuk

Bon atau sukuk yang bermaksud bon patuh syariah ini adalah sebuah instrumen atau kategori kewangan yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat atau kerajaan.

Mereka memberi wang kepada kerajaan atau syarikat untuk mengeluarkan bon dalam konsep hutang. Lalu hutang tersebut dibayar semula mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Pemegang bon akan menerima pendapatan tetap manakala pemegang saham tidak menerima apa-apa jaminan wang. Namun begitu, sebenarnya tujuan penerbitan bon adalah untuk mendapatkan modal.

Bagi pelabur unit trust yang mempunyai pendapatan tetap, mereka adalah individu yang mempunyai risiko seimbang iaitu sederhana ke rendah.

3. Balanced

Unit trust kategori balanced ini adalah gabungan antara ekuiti dan fixed income (pendapatan tetap). Dari segi pendapatan pula, ia juga seimbang dimana sebahagian modalnya akan mendapat pulangan berdasarkan ekuiti manakala sebahagiannya lagi berpeluang menjana pulangan dari bon atau sukuk.

pelaburan unit trust
Imej via [nasdaq]

4. Money Market

Money market adalah instrumen kewangan jangka masa pendek dimana dana akan dilaburkan dalam pasaran-pasaran lain dan juga ekuiti. Ia bertujuan bagi meningkatkan keuntungan dari segi nilai modal.

Risiko money market fund sangat rendah jika dibandingkan dengan bon/sukuk dan ekuiti. Ia juga mempunyai potensi yang tinggi dalam menjana keuntungan dimana untung adalah lebih tinggi dari Fixed Deposit yang bank tawarkan. Selain itu, pembayaran keuntungan dibuat secara setiap bulan dan percuma cukai.

Antara tempat yang lengkap dengan Shariah compliant yang digunakan oleh Unit trust money market adalah seperti berikut.

  • Government Investment Issue
  • Commodity murabahah (tawarruq)
  • Wakalah Investment
  • Mudarabah Investment Account
  • Cagamas Mudarabah Bonds
  • Al-Mudarabah Interbank Investment
  • Islamic Accepted Bills

Lebih mudah untuk kita fikirkan apakah pelaburan unit trust yang sesuai dengan kita selaras dengan objektif dan matlamat kewangan kita. Sama ada jangka panjang atau jangka pendek, ketahui kategori tersebut dan buat pilihan dana unit amanah.

Semoga penerangan berkaitan pelaburan unit trust ini dapat memanfaatkan anda. Jom baca juga strategi simpan duit, panduan saham, keburukan insurans dan teknik analisis saham.

Rujukan:

  1. Facebook – Sanusi Alim https://web.facebook.com/trustsanusi/posts/jenis-dan-kategori-unit-amanahunit-amanah-atau-unit-trust-adalah-salah-satu-inst/680429735644771/?_rdc=1&_rdr
  2. Pelaburan unit trust terbaik https://rosyaidiradzi.blogspot.com/2016/01/pelaburan-unit-trust.html
  3. Sebelum melabur perlu tahu apa keuntungan dalam Unit Amanah http://serikandinursyahid.blogspot.com/p/tentang-unit-amanah.html

Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.