Umum ketahui fungsi shopee saban hari dimana ia merupakan sebuah marketplace dalam laman sesawang yang membolehkan seseorang menjual dan membeli barang. Ia sama seperti lazada, ebay, amazon, lelong, fingo dan banyak lagi.

Dari sekecil-kecil barang sehinggalah sebesar-besar barang boleh anda dapatkan di shopee. Sama juga dari serendah harga sehinggalah yang paling mahal pun ada disini. Kita sahaja yang kena explore.

Terdapat banyak kelebihan berjual beli di shopee sehingga ramai tak sedar bahawa shopee adalah gedung duit yang boleh kita buat. Mana tidaknya, ramai peniaga biasa-biasa telah menjana pendapatan luar biasa di shopee mencecah sehingga 5 angka.

Kelebihan Buat Duit Dengan Shopee

buat duit di shopee
Imej via [medium]

Sebelum ketahui panduan dan tips rahsia yang harus anda tahu, jom lihat antara kelebihan buat duit di shopee terlebih dahulu.

  • Terlalu banyak barang boleh dijual di shopee (Aneka variasi)
  • Tak perlu update hari-hari seperti menjual di facebook atau instagram
  • Tak perlu berurusan di Whatsapp untuk close sales dengan pelanggan
  • Hanya perlu kemaskini gambar produk, maklumat dan harga jualan
  • Tak perlu menanti pelanggan menjawab whatsap tetapi akan dapat notification dari shopee terus sekiranya ada pelanggan yang buat pembelian.
  • Terbuka untuk preorder atau dropship
  • Tidak perlu buat pemasaran (marketing) kerana shopee akan lakukannya.
  • Percuma dan tidak perlu bayar yuran servis dan cas lain-lain
  • Boleh diakses menggunakan telefon bimbit atau komputer / laptop

[Panduan] Cara Buat Duit Di Shopee

Sebelum memulakan bisnes shopee, terdapat beberapa cara dan panduan yang harus anda lakukan. Jangan terlepas pandang kerana semuanya penting untuk anda jana duit di shopee. Jom ikuti satu persatu.

buat duit di shopee
Imej via [anilwanina]

1. Pendaftaran Dan Kemaskini Kedai Dalam Shopee

Dengan menggunakan smartphone atau komputer, buka laman sesawang https://seller.shopee.com.my/ dan tekan butang daftar. Sama ada anda log masuk menggunakan akaun Facebook atau Gmail, keduanya tiada masalah.

Setelah berjaya log masuk, anda boleh melihat shopee seller center yang merupakan sistem untuk anda kemaskini produk jualan, kemaskini maklumat dan lain-lain lagi. Pastikan segala info lengkap dikemaskini.

2. Free Shipping Program

Sebelum buat duit di Shopee, wajib untuk kita mohon program Free Shipping Shopee ini. Dengan memohon program ini, pembeli akan mendapat pembelian percuma. Pasti itu menjadi pilihan mereka!

Jika tak apply program Free Shipping ini, mereka terpaksa membayar postage mereka. Pasti kedai anda akan kosong tanpa jualan.

buat duit di shopee
Imej via [nikkhazami]

3. Cari Supplier Produk Atau Produk

Jangan lupa untuk cari supplier produk dengan harga yang berpatutan dan barang kualiti terbaik. Produk-produk ini akan menjadi produk jualan anda dalam tempoh masa yang panjang. Oleh itu, anda juga boleh mendapatkan produk secara dropship dan menjualnya di Shopee.

Adakah orang nak beli? Jangan risau, bab marketing shopee memang power sekali! Kerja anda cuma dapatkan produk dan kemaskini di shopee akaun anda.

Penting sekali untuk anda jual barang yang harga mampu bersaing dan mendapat permintaan ramai atau dikatakan tengah hot.

4. Masukkan Produk Dalam Kedai Anda

Setelah mempunyai produk dalam kedai, jangan rasa terlalu selesa. Ramai yang tersalah masukkan maklumat dan nama produk yang tidak jelas. Di sini anda perlu masukkan nama produk yang menarik perhatian para pembeli.

Sebaiknya letakkan keyword atau nama produk bagi perkara yang orang selalu cari di shopee. Setelah itu, pastikan penerangan produk juga lengkap beserta dengan gambar.

Tips rahsia ramai tak tahu ketika kemaskini produk dalam kedai shopee adalah letakkan # sebanyak yang mungkin. Ia akan lebih mudah untuk pembeli jumpa barang jualan kita. Pastikan segala maklumat seperti berat item jualan lengkap diletakkan.

buat duit di shopee
Imej via [help.shopee]

5. Profile Kedai Shopee

Buat duit dengan shopee sebenarnya tidak susah jika anda menjadi seorang peniaga yang dipercayai ramai. Oleh itu, penting untuk anda membina trust kedai shopee anda dengan cara menampakkan anda seperti seorang yang profesional.

Mudah sahaja, kemaskini profile anda dengan lengkap, jangan lupa letakkan gambar logo kedai anda. Follower juga adalah salah satu faktor kenapa orang percaya pada kedai anda.

6. Proses Berniaga Di Shopee

Ketahuilah proses berniaga di shopee supaya anda tidak tersalah langkah. Sekiranya anda sudah berjaya mendapatkan pembeli, print airway bill (consignment note) yang diberikan dalam sistem, kemudian satukan dengan barang yang hendak di hantar ke pejabat post.

Akhir sekali, anda cuma perlu aturkan pickup atau hantar sahaja barang tersebut ke pejabat post. Mudah kan?

buat duit di shopee
Imej via [syabanizainon]

Tips Rahsia Buat Duit Di Shopee

  • Pastikan setiap penerangan produk mempunyai Keyword yang ramai cari di shopee. Anda boleh semak di bahagian Search shopee ataupun semak di Google Trend.
  • Cara jadi Preferred Seller di Shopee adalah dengan mendapatkan follower yang ramai atau memberikan khidmat servis yang terbaik.
  • Menjadi preferred seller sangat penting kerana kedai anda akan mudah berada di atas dan senang ditemui pelanggan.
  • Salah satu tips untuk buat duit di shopee pantas adalah gunakan butang boost yang disediakan untuk meningkatkan jumlah view orang pada produk anda. Namun ada cara yang betul untuk lakukannya.
  • Cara menaikkan rating kedai shopee anda adalah seperti melakukan promosi, diskaun, berikan vaucher, cipta game, flash sales dan banyak lagi. Perlu kita buat satu demi satu dari masa ke semasa. Anda boleh lihat contoh-contoh produk dan kedai dalam shopee yang telah melakukannya.

Berikut adalah cara buat duit di shopee dari segi panduan dan tips rahsia. Selepas ini, mudahlah untuk kita mulakan bisnes di shopee! Lebih mudah kalau belajar dari Panduan Buat Duit Di Shopee ini.

Jom baca juga simpanan persaraan, tips simpanan 1 juta, keburukan insurans dan strategi simpan duit.

Rujukan:

  1. Lelaki Ini Raih Hampir RM10K Berniaga Di Shopee. Dia Ajar ‘Step By Step’ Cara Untuk Buat https://says.com/my/seismik/lelaki-raih-hampir-rm10k-menerusi-shopee
  2. Buat Duit Online : Jana Duit Dengan Shopee. https://duitcoin.com/buat-duit-online-jana-duit-dengan-shopee/
  3. Menaikkan rating shopee. https://www.shopymatic.com/menaikan-rating-shopee-agar-penjualan-laku-keras.html

Penulis: rinazul

rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.