Beberapa tahun lagi kita akan bersara, apakah cukup segala wang simpanan yang ada? Stress bila fikir hal ini kalau sekarang pun belum ada simpanan langsung.

Dah bekerja lama bertahun-tahun, tapi nak buat simpanan persaraan tak berjaya lagi! Jangan tenang lagi, inilah masa yang harus kita fokus untuk buat simpanan persaraan.

Sebelum menyesal di hari tua, jom ikuti tips simpanan persaraan yang harus kita lakukan supaya cukup bila tiba masanya. Jangan gusar, berikut adalah apa yang perlu anda lakukan mulai sekarang.

  • Cari platform simpanan yang sesuai untuk jangka masa panjang dan pendek
  • Cari platform pelaburan yang diyakini dan dipercayai dapat memberikan anda pulangan kelak
  • Elak wang bocor dengan perkara yang tidak penting
  • Buat simpanan sendiri ataupun mengikut mana-mana agensi kewangan yang boleh dipercayai
  • Mula sekarang supaya nasi tidak menjadi bubur apabila tiba masa persaraan anda kelak.
  • Selalu baca tips kewangan dalam ilabur.com.
tips simpanan persaraan
Imej via [pensionfund]

1. Melabur Bursa Saham

Dari awal lagi, kita tahu pelaburan adalah pasif income untuk jangka masa panjang. Jadi, tiada salahnya jika dikatakan tips simpanan persaraan adalah dengan melabur. Melabur di Bursa Saham adalah jalan terbaik untuk anda buat wang saham dengan cara yang selamat.

2. ASB Atau ASNB

ASB merupakan tips simpanan persaraan dalam jangka masa pendek. Sebenarnya, ia tidaklah terlalu lama untuk menunggu. Anda boleh menyimpan dalam tempoh antara 3 tahun hingga 5 tahun atau lebih.

Apabila tempoh matang simpanan, anda dapatkan semua simpanan anda. Tetapi seeloknya mengikut tempoh yang telah ditetapkan dan tempoh pilihan anda sebelumnya. Anda yang menerima purata pulangan dari 10% sehinggalah 20%, semuanya bergantung kepada tempoh masa simpanan juga.

3. Tabung Haji

Buka akaun tabung haji akan memudahkan anda di kemudian hari. Bukan sahaja anda dapat buat simpanan dan terima dividen, tetapi ia juga boleh dijadikan simpanan dan pendaftaran umrah dan haji buat anda. Tips simpanan persaraan ini sangat berbaloi untuk anda lakukan.

4. Fixed Deposit

Ramai orang non-muslim menyimpan dalam Fixed Deposit. Tetapi ramai daripada mereka mengakui bahawa menyimpan di ASB lebih menguntungkan. Fixed deposit sama konsepnya seperti ASB tetapi ia juga merupakan platform terbaik untuk anda simpan duit.

tips simpanan persaraan
Imej via [amazingnara]

5. Mencarum Di KWSP

Apabila kita bekerja, pasti kita mempunyai potongan KWSP atau EPF. Ia adalah untuk simpanan hari tua memandangkan KWSP sudah memperuntukkan usia kita untuk mengeluarkannya.

6. KWSP i-Invest

KWSP juga telah mewujudkan skim pelaburan yang diberi nama i-Invest. Terbuka kepada yang ingin menambah keuntungan selain dari simpanan sedia ada caruman KWSP.

7. KWSP i-Saraan

Sekiranya bekerja sendiri atau suri rumah, tips simpanan persaraan yang terbaik adalah dengan mendaftar di i-saraan. Masukkan jumlah wang simpanan anda untuk akaun KWSP tiap-tiap bulan mengikut kemampuan anda.

Pastinya anda akan menerima dividen dan boleh mengeluarkan simpanan sama seperti mencarum KWSP.

tips simpanan persaraan
Imej via [astroawani]

8. Private Retirement Scheme (PRS)

Private Retirement Scheme (PRS) adalah simpanan jangka masa panjang khas untuk mereka yang akan bersara. Tips simpanan persaraan ini adalah khas untuk mereka yang tiada simpanan KWSP. Ia adalah simpanan bulan-bulan yang kita buat tanpa kita sedari.

9. Rumah Dan Hartanah

Bagi anda yang memiliki aset hartanah atau rumah, jadikanlah ia sebagai aset kewangan pada masa anda telah bersara kelak. Tips simpanan persaraan ini boleh dilakukan jika anda mempunyai rumah atau mampu beli rumah mulai sekarang.

Sekiranya mempunyai rumah yang khas untuk disewakan setiap bulan, anda sudah ada income bulanan setelah bersara nanti. Kalau ada 2 atau 3 buah rumah, lagi masyuk!

10. Insurans Dan Takaful

Tips simpanan persaraan yang seterusnya adalah anda perlu sediakan insurans dan takaful. Dengan adanya insurans, anda takkan mengeluarkan wang yang banyak untuk membiayai

11. Simpanan Emas (Gram Emas)

Emas dan dinar adalah simpanan yang wajib ada pada masa persaraan anda. Biarlah anda bekerja keras dan berbaloi, asalkan ada simpanan emas mengikut gram. Emas boleh digunakan sekiranya benar-benar kecemasan ataupun boleh dijadikan aset masa depan yang menguntungkan.

tips simpanan persaraan
Imej via [switch-funds]

12. Unit Trust

Unit trust merupakan sebuah pelaburan dan simpanan jangka masa sederhana ke panjang. Ia boleh digunakan untuk matlamat besar seperti pergi umrah dan haji, beli rumah, biayai pendidikan anak dan lain-lain lagi.

Antara keuntungan yang akan anda terima dalam unit trust ini adalah capital gain, dividen dan bonus. Capital gain bermaksud anda beli waktu murah dan jual jika harga saham naik tinggi.

Dividen akan diterima jika fund sudah lebih dari 2 tahun manakala bonus pula akan diterima jika syarikat tersebut sudah maklumkan. Untuk menceburi unit trust, anda boleh mendapatkan penerangan dari agent yang dipercayai.

13. Tabung Warna

Menyimpan sendiri dengan menabung adalah salah satu tips simpanan persaraan boleh kita buat. Tetapi ia perlu disiplin yang amat tinggi kerana ia bergantung kepada diri kita sendiri. Ada hari yang kita menyimpan dan ada hari yang tidak kita simpan.

Namun, kelebihannya adalah simpanan tersebut berada di depan mata kita, secara tunai dan kita boleh simpan dimana-mana sahaja. Disarankan untuk kita masukkan ke akaun bank simpanan kita yang jarang kita guna.

Lakukanlah mana-mana tips simpanan persaraan ini untuk membanyakkan simpanan ketika kita sudah bersara nanti. Semoga kita semua berjaya bebas hutang dan kewangan!

Jom baca juga pelaburan unit trust, keburukan insurans, strategi simpan duit dan panduan saham.

Rujukan:

  1. 6 Tips Mudah Menyimpan Wang Untuk Pekerja Kerajaan https://www.imoney.my/articles/menyimpan-wang-pekerja-kerajaan
  2. Rancang Pelan Persaraan https://jomurusduit.com/2017/09/rancang-pelan-persaraan.html
  3. Makin hari makin tua, tapi simpanan zero https://gilahartanah.com/makin-tua-tapi-simpanan-zero/
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.