Pengurusan kewangan adalah sangat penting terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada hari ini. Jika tersalah percaturan, perbelanjaan yang melebihi pendapatan akan menyebabkan anda mengalami masalah kewangan yang kritikal. Malah akan menyebabkan anda dibebani hutang peribadi untuk tempoh yang lama. Jom kami kongsikan 10 tips pengurusan kewangan yang bijak sebagai panduan anda.

1. Berbelanja ikut kemampuan dan bijak untuk membezakan di antara keinginan dan keperluan

Sumber: Time

Tips pengurusan kewangan yang pertama dan paling penting untuk anda ingati ialah amalkan berbelanja ikut kemampuan. Usah berbelanja sesuka hati mengikut nafsu. Belajar untuk mengenal pasti beza di antara keperluan dan keinginan. Sebagai contoh, anda perlukan sebuah kereta untuk memudahkan anda pergi bekerja, namun anda tidak memerlukan sebuah kereta import yang mewah dengan bayaran bulanan sebanyak RM1000.00 sebulan.

2. Buat bajet bulanan

Anda belum pernah membuat bajet bulanan? Kini tiba masanya untuk anda mulakan. Pastinya anda mengetahui apa yang anda belanjakan setiap bulan. Apa yang perlu anda lakukan sekarang ialah senaraikan perbelanjaan beserta kosnya. Kemudian anda asingkan kepada keperluan dan kehendak. Di sini anda dapat lihat perbelanjaan manakah yang perlu dikurangkan atau dihentikan terus untuk kewangan yang lebih stabil.

Teringin untuk berbelanja atau membeli barangan mewah sebagai reward atas kerja keras setiap hari? Boleh. Anda sedian satu tabung khas untuk membeli barang idaman atau tabung percutian untuk bercuti ke destinasi idaman.

3. Mulakan pencarian kerja (job hunting) secepat mungkin

Ramai yang memilih untuk berehat dahulu sebaik sahaja tamat pelajaran dengan alasan terlalu oenat belajar selama bertahun-tahun di universitii. Tahukah anda bahawa sebulan ana berehat, anda sudah kerugian sekurang-kurangnya RM2500.00 atu satu bulan gaji yang sepatutnya anda perolehi sekiranya bekerja. Kemudian darabkan jumlah tersebut dengan 6 bulan, kemudian satu tahun. Betapa banyak duit yang anda rugi jika berehat terlalu lama.

Oleh itu mula cari kerja sebaik sahaja anda habis belajar. Malah, anda boleh mula mencari kerja semasa berada dalam semester terakhir pengajian. Sediakan resume yang mantap dan dan persiapkan diri untuk menghadiri temuduga kerja.

4. Jangan terlalu memilih kerja

Tips bijak kewangan  yang seterusnya ialah jangan terlalu memilih kerja, terutamanya jika anda adalah graduan baru yang tidak mempunyai sebarang pengalaman bekerja. Usah merungut jika kerja pertama yang anda dapat tidak mempunyai gaji yang besar. Malah tak salah jika anda menerima kerja dengan kelayakan yang kurang. Jika anda terlalu memilih kerja dan terpaksa menganggur, anda aan kerugian gaji bulanan seperti yang kami nyatakan sebentar tadi.

Pada peringkat awal bekerja, anda berada dalam fasa untuk mencari pengalaman dan menimba ilmu. Walau apa pun pekerjaan yang anda pilih, ia akan menambah baik pengalaman dan rekod bekerja anda.

5. Cari pendapatan sampingan

Sumber: Mixedricemalaysia

Terimalah hakikat bahawa hari ini ramai yang tidak boleh meneruskan kehidupan dengan satu pekerjaan sahaja. Lebih-lebih lagi bagi yang tinggal di bandar besar dan mempunyai tanggungan yang ramai.oleh itu carilah pendapatan sampingan selain kerja hakiki. Terdapat pelbagai kerja sampingan yang boleh anda buat seperti:

  1. Online business
  2. Personal shopper
  3. Home baker
  4. Servis Katering
  5. Mengajar tuition dari rumah
  6. Mengajar mengaji dari rumah
  7. Rider
  8. Pemandu Grab

Pilih yang mana satu sesuai dengan diri anda, dan boleh disesuaikan dengan waktu bekerja anda.

6. Jangan terpedaya dengan gaya hidup dan pengaruh rakan sebaya

Dewasa ini ramai yang mengalami masalah kewangan disebabkan oleh terpedaya dengan gaya hidup moden yang mewah dan hipster yang ditayangkan di kaca televisyen dan media sosial. Pakaian berjenama, beg tangan berjenama, jam berjenama, bercuti ke luar negara, malah makan di tempat viral dan mewah sudah menjadi kebiasaan dalam cara hidup masa kita walau pun ianya berada diluar kemampuan.

Malah pengaruh rakan sebaya juga boleh menjejaskan kewangan anda seperti ajakan untuk bercuti secara backpackers merentas eropah. Oleh itu pandai-pandailah untuk melindungi diri daripada terpengaruh dengan gaya hidup dan pengaruh rakan sebaya yang boleh memudaratkan.

7. Jangan lupa untuk menyimpan

Jadilah seorang individu yang beringat untuk menyimpan. Sebaik sahaja ada mendapat gaji, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah bayar semua hutang dan komitmen yang ada, kemudian terus menyimpan. Gunakan bagi duit yang ada untuk perbelanjaan. Inilah cara yang terbaik, bukan sebaliknya. Berapa ramai daripada kita yang berbelanja sakan sebaik sahaja mendapat gaji, kemudian baki yang ada baru dijadikan sebagai simpanan. Simpanlah sekurang-kurangnya 20% daripada jumlah gaji bersih. Simpan juga duit khas untuk kecemasan.

8. Rancang dana persaraan

Walau pun anda masih muda, rancang dana persaraan dari sekarang tanpa membuat 100% pergantungan  kepada duit pencen kerajaan atau simpanan KWSP. Anda takkan rugi kalau mula menyimpan dalam dana persaraan, namun anda akan menyesal dikemudian hari jika gagal untuk berbuat demikian.

9. Tabung perkahwinan

Terimalah hakikat bahawa berkahwin bukannya murah. Oleh itu, kami nasihatkan anda untuk mu;a menyimpan dalam tabung perkahwinan bermula sekarang. Setelah mempunyai pasangan, and aboleh berkongsi untuk menyimpan dalam tabung tersebut.

Sumber: Hartanah

10. Tabung beli rumah

Tips bijak kewangan yang terakhir ialah mula menyimpan dalam tabung beli rumah seawall gaji pertama anda. Semakin hari harga rumah menjadi semakin mahal. Maka lagi lambat anda membeli, anda juga yang akan rugi.

Itulah dia info tentang 10 tips pengurusan kewangan yang bijak yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang contoh penyata kewangan dan buku pengurusan kewangan peribadi

Rujukan:

1. Tips Pengurusan Kewangan Peribadi. Jomurusduit

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.