Setiap kali mengadakan majlis tak kira sama ada majlis pertunangan, pernikahan, cukur jambul, aqiqah, atau rumah terbuka pastinya door gift merupakan di antara perkara utama yang perlu disediakan.

Door gift bukan sahaja akan menjadi kenangan buat tuan rumah dan tetamu jemputan, malah ia juga akan menyerikan lagi majlis. Jika anda sedang mencari idea door gift untuk majlis yang akan diadakan, jom kami senaraikan 25 idea doot gift murah tapi menarik.

1. Yaasiin dengan engrave nama

Sumber: Tempahanyassin

Ini adalah foor gift yang paling popular di Malaysia. Surah Yaasiin biasanya dibaca pada setiap hari Khamis, maka pastinya tetamu akan seronok mendapat hadiah ini dari anda, Nak lebih istimewa, engrave nama, tarikh dan nama majlis di belakang surah Yaasiin tersebut.

2. Al-Mathurat dengan engrave nama

Selain surah Yaasiin, Al-Mathurat juga boleh dijadikan pilihan sebagai door gift. Nak lebih istimewa, engrave nama, tarikh dan nama majlis di belakang Al-Mathurat yang diberikan.

3. Surah pilihan dengan engrave nama

Selain Surah Yaasiin dan Al-Mathurat, anda juga boleh memberikan koleksi surah pilihan sebagai door gift buat tetamu. Nak lebih istimewa, engrave nama, tarikh dan nama majlis di belakangnya. Caj untuk meletakkan engrave adalah sangat berpatutan.

4. Doa dan zikir harian dengan engrave nama

Akhir sekali, anda juga boleh memilih doa dan zikir harian sebagai door gift untuk diberikan kepada para tetamu. Ianya adalah bersaiz poket dan mudah untuk dibawa ke mana-mana.

5. Sejadah mini

Nak kan kelainan? Jadikan sejadah mini sebagai door gift buat tetamu anda.

6. Tasbih

Selain sejadah, tasbih juga sesuai untuk dijadikan sebagai door gift. Berikan tasbih merah jambu untuk tetamu perempuan dan tasbih biru untuk tetamu lelaki.

7. Bunga telur

Bunga telur adalah door gift klasik yang semakin ditelan zaman. Apa kata kita hidupkan semula budaya memberikan bunga telur sebagai buah tangan untuk majlis yang diadakan.

8. Cookies

Pada hari ini cookies adalah door gift pilihan ramai memandangkan ianya adalah murah namun sangat menarik dengan bungkusan yang simple. Ia juga sangat cantik semasa disusun diatas meja.

9. Popcorn

Pening memikirkan apakah door gift untuk diberikan kepada para tetamu? Popcorn adalah door gift yang pastinya disukai oleh para tetamu, bukannya kanak-kanak sahaja.

10. Macaron

Kalau anda mempunyai bajet boleh jadikan macaron sebagai door gift. Warnanya yang berwarna-warni pastinya kelihatan menarik dengan packaging simple berserta satu riben kecil.

Sumber: Twitter

11. Roti gardenia

Siapa yang tidak sukakan roti Gardenia? Semasa Malaysia berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan akibat Covid-19, roti Gardenia diibaratkan seperti emas dan menjadi rebutan. Ia sangat sesuai dijadikan sebagai door gift.

12. Kicap dan sos

Pernah terfikir untuk menjadikan kicap dan sos sebagai door gift? Ikat riben pada botol yang diberikan atau masukkan ke dalam paper bag, ia pasti menjadi door gift yang lain dari lain.

13. Kristal

Anda boleh jadikan Kristal sebagai door gift. Sama ada bunga Kristal, mangkuk Kristal, atau mungkin juga gelang Kristal. Pasti tetamu anda akan menyimpan ia dengan baik dan dijadikan sebagai perhiasan.

14. Lilin wangi

Lilin wangi adalah idea door gift yang semakin mendapat tempat di Malaysia. Anda boleh beli lilin wangi kecil yang datang dengan kotak menarik lalu diberikan kepada tetamu yang datang.

15. Mug

Mug adalah di antara alatan wajib ada dalam setiap dapur di rumah. Begitu juga di pejabat. Apa kata anda jadikan mug sebagai foor gift untuk diberikan kepada para tetamu?

16. Bunga rampai

Dulu-dulu bunga rampai akan diberikan kepada tetamu yang datang ke majlis keraian. Ia semakin dilupakan. Anda boleh pertimbangkan bunga rampai sebagai door gift untuk majlis anda.

17. Jam ikea

Jam Ikea dijual dengan harga yang murah namun sangat berkualiti dan tahan lama. Ia sesuai untuk dijadikan sebagai doot gift majlis anda.

18. Mini kaktus

Mini kaktus adalah sangat comel dan mudah dijaga. Ia juga sesuai dijadikan sebagai door gift majlis anda. Percayalah, tetamu anda pastinya teruja semasa mendapat door gift lain dari yang lain ini.

19. Magnet peti sejuk

Magnet peti sejuk atau fridge magnet adalah idea door gift yang seterusnya. Anda boleh menempah magnet peti ais dengan harga yang murah untuk dijadikan sebagai kenangan majlis yang diadakan.

20. Kipas tangan

Kipas tangan biasanya dibeli semasa berkelah di tepi pantai atau bercuti di kawasan yang panas. Apa kata anda pilih ia sebagai door gift?

21. Rantai kunci atau keychain

Selain magnet peti sejuk, rantai kunci atau keychain yang ditempah khas juga boleh dijadikan sebagai door gift.

22. Kalendar

Kalendar yang ditempah khas adalah door gift yang semakin popular di Malaysia. Tempah calendar atas meja yang kecil dan comel untuk para tetamu anda bawa pulang.

23. Alatan memasak

Alatan memasak seperti senduk, sudu dan garfu juga sesuai untuk dijadikan sebagai door gift.

Sumber: Pengantinbaru

24. Kek cawan

Kek cawan atau cupcakes adalah door gift yang sangat cantik semasa disusun diatas meja dan pastinya akan menggembirakan hati tetamu anda.

25. Coklat

Akhir sekali, coklat adalah sangat sesuai untuk dijadikan sebagai door gift. Ianya sedap, cantik, dan mudah untuk dibawa.

Itulah dia info tentang 25 idea door gift murah tapi menarik yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang idea hantaran kahwin.

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.