Nampaknya ramai yang masih keliru dengan penyata kewangan, malah tidak mahir dalam urusan merekodkannya.

Sedangkan penyata kewangan adalah dokumen penting bagi perniagaan, entiti dan orang perseorangan.

Artikel ini akan memberikan panduan kepada anda tentang penyediaan penyata kewangan.

C:\Users\User\Desktop\mengira penyata kewangan.jpg

Apa Itu Penyata Kewangan?

Adalah penting bagi setiap kegiatan kewangan seperti perniagaan, entiti bahkan orang perseorangan untuk merekod aliran tunainya.

Penyata kewangan turut dipanggil sebagai laporan kewangan.

C:\Users\User\Desktop\apa itu penyata kewangan.png

Pada umumnya memberikan pandangan keseluruhan keadaan kewangan jangka pendek dan panjang bagi sesuatu kegiatan kewangan tersebut.

Tujuan sesebuah perniagaan adalah untuk meraih keuntungan.

Malangnya banyak perniagaan gagal bertahan walaupun dalam tempoh yang singkat kerana tidak menguruskan kewangan dan akaun dengan betul.

Jenis Penyata Kewangan

Terdapat empat (4) jenis penyata kewangan:

1.Kunci kira-kira

C:\Users\User\Desktop\kunci kira-kira.jpg

Atau turut dikenali sebagai penyata kedudukan atau keadaan kewangan.

Butiran di dalam laporan ini akan menyatakan tentang aset, ekuiti dan liabiliti pemilik syarikat dalam sesuatu tempoh.

2.Penyata pendapatan

C:\Users\User\Desktop\penyata pendapatan.png

Rekod kewangan ini juga dipanggil sebagai penyata untung rugi yang menerangkan secara keseluruhannya tentang pendapatan, untung dan belanja dalam suatu jangka masa perakaunan.

Turut direkodkan adalah kiraan jualan dan perbelanjaan yang lain semasa pemprosesan.

3.Penyata aliran tunai

C:\Users\User\Desktop\penyata aliran tunai.png

Di dalam laporan ini menyatakan secara khusus tentang aliran tunai syarikat yang beroperasi dan pelaburan serta kewangan.

4.Penyata untung tertahan

Merujuk kepada rekod perubahan dalam untung tertahan syarikat dalam tempoh pelaporan.

Setiap penyata kewangan perlu mempunyai:

  • Penyata Kedudukan Kewangan

Menerusinya, anda akan mendapat tahu bahawa sesuatu operasi syarikat itu berlangsung dengan baik atau sebaliknya, termasuk ia meraih keuntungan atau kerugian,

Perkara-perkara yang perlu diperhatikan adalah net profit, gross profit, revenue dan earning per share.

C:\Users\User\Desktop\keuntungan.jpg
  • Penyata Prestasi Kewangan

Bertujuan untuk menerangkan kesemua aliran tunai syarikat seperti transaksi masuk dan keluar.

Ia dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu aliran tunai daripada aktiviti operasi, aliran tunai daripada aktiviti pelaburan dan aliran tunai daripada aktiviti kewangan.

Terdapat beberapa kaedah untuk membuat perbandingan dengan tahun-tahun terdahulu dalam menilai prestasi sesebuah syarikat berlangsung dengan baik atau sebaliknya:

  • Penyata aliran tunai
  • Polisi perakaunan
  • Nota penjelasan.
  • Penyata Perubahan Dalam Ekuiti

Bertujuan memberi maklumat tentang perubahan ekuiti di dalam sesebuah syarikat, melihat sama ada mereka membuat perancangan mengumpulkan modal tambahan supaya sesuatu projek baru dapat dijalankan.

C:\Users\User\Desktop\template penyata kewangan.png

Lebih lanjut, dalam menyediakan penyata kewangan, anda juga perlu menitikberatkan beberapa perkara:

  • Aset
  • Liabiliti
  • Ekuiti
  • Aliran Tunai
  • Keuntungan 
  • Kerugian.

Setiap pihak yang bergiat dalam kegiatan kewangan perlu sedar bahawa penyata kewangan adalah penting untuk menyediakan maklumat berkaitan kewangan perniagaan.

Selain menyatakan prestasi aliran tunai kepada pihak tertentu, penyata kewangan juga berguna dalam tujuan membuat keputusan ekonomi.

Begitu juga dengan apa jua tindakan yang bakal diambil berasaskan perundangan yang relevan.

Penyata kewangan juga sebagai satu cara untuk menunjukkan struktur kewangan dan hasil tadbir urus perniagaan yang sedang dijalankan.

C:\Users\User\Desktop\kira-kira.jpg

Penyata kewangan juga menjadi rujukan dan kepentingan kepada tujuh (sekurang-kurangnya) pihak tertentu.

  • Pemilik, pemodal, pemegang saham, pelabur

Untuk mengetahui jumlah pelaburan yang boleh dilakukan dan melihat prestasi syarikat sama ada boleh meneruskan pelaburan atau tidak.

Ia supaya sejumlah wang yang dilaburkan itu membuahkan hasil yang memuaskan.

  • Pihak pengurusan, juru audit dalaman, ahli lembaga pengarah

Sebagai kaedah penyediaan panduan dalam merancang sumber kewangan di tenpoh akan datang, malah menilai prestasi syarikat.

Dalam pemberian bonus dan kenaikan gaji kepada pekerja, penyata kewangan juga adalah faktor penting untuk penilaian.

  • Pembekal dan pemiutang

Melihat sama ada bayaran bahan atau bekalan boleh dilakukan secara kredit atau ansuran dalam sesuatu tenpoh.

  • Bank, pembiaya, syarikat kewangan

Untuk membuat keputusan berapa jumlah pembiayaan yang boleh diberikan kepada sesebuah perniagaan tersebut.

  • Agensi kerajaan, Lembaga Hasil Dalam Negeri

Ini bertujuan menentukan berapakah jumlah cukai yang pelru dibayar.

  • Kesatuan pekerja

Kestabilan sesuatu syarikat itu dalam sesuatu tempoh menjadi kaitan dengan permintaan kenaikan gaji atau pemberian bonus.

  • Pesaing

Untuk memastikan kerja-kerja pemasaran seperti promosi dan penurunan harga berjalan lancar.

Di bawah adalah contoh penyata kewangan perniagaan yang boleh anda ikuti:

C:\Users\User\Desktop\contoh 1.PNG
C:\Users\User\Desktop\contoh 2.PNG

Semoga artikel berkenaan contoh penyata kewangan ini memberikan manfaat kepada anda.

Jemput baca artikel yang berkaitan dengan kewangan.

Copy

Penulis: Khairul

Menulis tentang artikel yang popular topik kewangan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.