Terdapat pelbagai instrumen pelaburan saham seperti Tabung Haji, ASB, Unit Trust, Pelaburan Saham di Bursa Malaysia, Penawaran Awal (IPO) dan sebagainya. Setiap instrumen berbeza ini mempunyai kebaikan dan kelemahannya yang tersendiri.

Tidak semestinya setiap instrumen ini bersesuaian dengan kita. Perlu fahaminya terlebih dahulu. Sebelumnya, anda harus faham konsep saham yang sebenar.

Perkara Yang Harus Anda Fahami Tentang Saham

panduan saham
Imej via [minews]
  • Semasa membeli saham sesebuah syarikat, kita telah membeli pemilikan dalam bisnes tersebut. Jadi, selaku pemilik bisnes tersebut, kita perlu menghadiri dalam setiap mesyuarat agung tahunan (AGM). Kita juga mempunyai kelayakkan untuk mengundi, memilih pengarah syarikat dan mendapat dividen.
  • Pelaburan saham bukanlah MLM, skim cepat kaya, forex trading dan sebagainya.
  • Saham merupakan satu pinjaman yang diberikan kepada satu syarikat dan syarikat tersebut memberikan pulangan kepada peminjam tadi.
  • Hukum melabur dalam pelaburan ini harus kerana saham ini bersifat komoditi.
  • Bagi yang beragama Islam, kita tidak digalakkan untuk menyertai saham yang tidak patuh syariah. Saham yang tidak patuh syariah ini biasanya tidak sah dan tidak halal untuk dijual beli ataupun dimiliki untuk diurusniagakan oleh kita yang beragama Islam.
panduan saham
Imej via [idxchannel]
  • Antara saham yang tidak patuh syariah adalah saham syarikat yang melakukan penjualan arak dan judi.
  • Untuk melabur di Bursa Malaysia, kita tidak perlu risau kerana saham syarikat di Malaysia ini dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
  • Berpandukan ‘trading platform’, kita akan mengetahui saham tersebut patuh syariah ataupun tidak. Anda boleh melihat tanda bulat pada hujung nama saham yang tersenarai.
  • Jika ia tidak mempunyai tanda bulat dihujung namanya, saham terbabit tidak patuh syariah.

Baiklah, anda pun sudah memahami perkara penting berkaitan saham di Malaysia. Sekarang jom kami kongsikan 15 panduan saham yang boleh anda pelajari sebelum terjebak. 

Panduan saham 1: Buka Akaun CDS

Anda perlu memilih Bank Pelaburan pilihan anda untuk membuka akaun saham (CDS). Antara Bank Pelaburan yang terdapat di Malaysia adalah RHB Investment Bank Berhad, Maybank Investment, Hong Leong Investment dan sebagainya.

Selepas membuka akaun CDS, anda akan menerima e-statement untuk urusan jual beli saham. E-statement ini adalah seperti penyata bank namun ia hanya digunakan untuk urusan jual beli saham seperti yang kita katakan tadi.

E-statement ini akan dihantar kepada emel anda yang didaftarkan akaun CDS anda. Biasanya emel e-statement ini akan dihantar kepada anda pada bulan Jun dan bulan Disember setiap tahun.

Panduan saham ke-2: Transaksi Ats Talian

Pelaburan saham di Bursa Malaysia sangat mudah diuruskan. Ianya kerana transaksi tersebut dapat dibuat secara dalam talian menggunakan Platform Perdagangan.

Nama pengguna dan kata laluan akaun ini akan diberikan oleh pihak Bank Pelaburan setelah anda membuka akaun CDS. Anda juga akan diberikan seorang remisier untuk membantu anda semasa aktiviti jual beli saham di kemudian hari.

panduan saham
Imej via [mahersaham]

Panduan saham ke-3: Remisier Dan Aplikasi Saham Membantu

Jika anda tidak faham mengenai cara menggunakan Platform Dagangan, anda boleh bertanyakan kepada remisier tersebut. Apa jua soalan anda, pasti remisier tersebut akan memberikan jawapan sebaik mungkin.

Pada masa kini, banyak aplikasi dari telefon pintar yang dapat membantu anda dalam menggunakan Platform Dagangan dan ianya sangat mudah.

Panduan saham ke-4: Buat Pindaan Wang

Anda perlu mendepositkan wang atau modal anda untuk digunakan dalam akaun perdagangan anda. Kini caranya lebih mudah, hanya perlu transfer duit menggunakan perbankan dalam talian.

Cara-cara membuat pindahan wang ini disediakan oleh pihak Bank Pelaburan atau Syarikat Broker untuk membantu memudahkan proses anda.

Panduan saham ke-5: Ketahui HargaModal

Jika anda bertanyakan mengenai berapa besar modal yang diperlukan untuk melabur, kami boleh katakan kini modalnya tidaklah terlalu besar.

Kini, 1 lot dianggarkan berharga dari harga RM100 hingga RM500. Zaman dulu 1 lot bersamaan 1000 unit, namun kini 1 lot bersamaan 100 unit.

Panduan saham ke-6: Beli Pada Harga Murah

Pelaburan saham bukanlah seperti skim cepat kaya yang harus menunggu duit masuk pada setiap bulan.

Konsep asas keuntungan pelaburan saham adalah beli pada masa harga rendah dan jual semula pada masa harga lebih tinggi. Keuntungan pelaburan saham tu akan dikira melalui keuntungan dividen dan keuntungan modal.

panduan saham
Imej via [alinea]

Panduan saham ke-7: Beli Saham

Jual beli saham biasanya boleh dibuat sendiri melalui dalam talian. Anda juga boleh menggunakan khidmat remisier dengan bayaran cukai brokerage yang sedikit lebih tinggi.

Setiap kali membuat pembelian kita akan mendapat penyata dari broker yang kita berurusan tersebut. Bursa Malaysia akan menghantar penyata akaun pada setiap bulan kepada anda.

Panduan saham ke-8: Ketahui Cukai Transaksi Jual Beli Saham

Setiap transaksi jual beli saham akan dikenakan 4 jenis cukai tau! Anda nak tahu tak apa cukai tersebut? Cukai tersebut adalah GST, Stamp Duty, cukai clearing dan cukai Brokerage.

Panduan saham ke-9: Kuasai Ilmu Analisis Fundamental dan Teknikal

Sekiranya anda mahu menjual dan membeli sendiri saham, anda harus pastikan bahawa anda telah menguasai ilmu Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.

Dengan adanya ilmu ini, anda akan tahu saham mana yang perlu beli, bilakah waktu sesuai nak beli saham dan bilakah waktu sesuai untuk jual saham.

Panduan saham ke-10: Investor Dan Trader

Mereka yang suka melabur dalam jangka masa panjang biasanya digelar sebagai Investor. Manakala mereka yang suka menjual beli saham dalam jangka masa pendek pula biasanya digelar sebagai Trader.

panduan saham
Imej via [risk]

Panduan saham ke-11: Fikirkan Strategi

Setiap jenis pelabur ini biasanya mempunyai strategi yang berbeza-beza. Setiap strategi pelaburan ini bergantung kepada cara masing-masing.

Investor biasanya lebih santai dan melihat keuntungan dalam jangka masa yang lebih panjang dan amat sesuai untuk mereka yang sibuk.

Panduan saham ke-12: Pantau Saham

Apabila anda menjadi seorang Trader, anda perlu memantau saham syarikat dengan lebih kerap. Ianya kerana trader biasanya akan membeli saham yang berisiko tinggi dan dalam jumlah unit yang banyak.

Oleh itu, ia memerlukan pemantauan yang lebih kerap kerana perbezaan sedikit sahaja akan memberi kesan untung atau rugi yang besar.

Waktu jual saham adalah mengikut kehendak kita sendiri nak jual bila. Jika rasa dah untung, maka anda bolehlah menjualnya. Namun, jika anda rasa dah rugi pun, anda juga boleh menjualnya.

Untuk menjadi seorang trader yang bijak, gunakanlah SpeedSaham. Aplikasi web ini akan membantu pedagang dengan menunjukkan saham-saham yang berpotensi.

Panduan saham ke-13: Ketahui Jenis Saham

Tahukah anda, saham biasanya mempunyai banyak jenis. Antara jenis saham yang biasa digunakan adalah:

  • Penny stock (saham yang harganya kurang daripada RM1 dan bersifat spekulatif. Biasanya saham jenis ini berisiko lebih tinggi)
  • Saham pertumbuhan
  • Saham pendapatan
  • REIT
panduan saham
Imej via [fathcapital]

Panduan saham ke-14: Yakin Diri

Sesiapa pun boleh terlibat dalam pelaburan saham ini sebenarnya. Tidak kiralah usianya tua atau muda, suri rumah, kerja makan gaji atau mempunyai bisnes sendiri, jika mereka mempunyai minat semua boleh sertai.

Asalkan usia untuk menyertainya adalah sekurang-kurangnya 18 tahun ke atas. Kemudian, laburlah ilmu saham sebanyak mungkin!

Panduan saham ke-15: Bijak Pilih Saham

Anda harus bijak dalam memilih saham mana yang perlu dibeli. Setiap saham mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing dan tidak serupa. Belajarlah untuk memahami dan menjalankan strategi anda dengan berkesan!

Berikut adalah panduan saham boleh anda pelajari sebelum terjebak. Jom baca juga teknik analisis saham, buku saham, kekurangan unit trust dan cara simpan duit untuk baru bekerja.

Rujukan

  1. Cara melabur saham – Pelajari Pelaburan Saham 2020. https://www.sahamok.com/my/melabur-saham
  2. 6 langkah mula pelaburan saham bagi pelabur baru https://jomurusduit.com/2018/03/cara-mula-pelaburan-saham.html
  3. 10 great ways to learn stock trading in 2020. https://www.stocktrader.com/learn-stock-trading/
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.