Walaupun terdapat banyak laman sesawang dan berjuta-juta buku membahaskan topik pasaran saham, namun untuk pemula, sangat sukar mencari buku yang dapat membina pengetahuan asas dalam pasaran saham.

Sangat penting untuk memahami asas-asas mengenai pelaburan saham sebelum memasuki pasaran kerana kekurangan pengetahuan. Tanpa ilmu yang betul, pastinya akan terjadi kerugian kewangan yang besar. 

Bagi mengelakkan anda menerima info yang tidak tepat di internet, baca buku saham adalah jalan terbaik untuk melabur ilmu saham. Jom lihat 10 buku saham kena baca, barulah faham tentang dunia ini.

1. The Intelligent Investor

buku saham
Imej via [investopress]

Buku ini juga dikenali sebagai ‘buku kitab’ dalam pasaran saham. Buku saham ini menerangkan tentang asas-asas pasaran saham dari sudut pandangan pelabur nilai.

Terdapat tiga konsep utama yang diliputi dalam buku ini. Pertama, pendekatan pelaburan untuk pelabur defensif dan pelabur giat (agresif).  Dua konsep lain yang diperkenalkan oleh Graham dalam buku ini ialah- Mr. Market and Margin of Safety iaitu penjelasan mengenai tingkah laku pasaran dan pengurusan risiko.

Terdapat banyak konsep yang boleh anda pelajari dengan membaca buku ini. Oleh kerana buku ini ditulis pada era 40an, anda mungkin merasa seperti membaca kisah pada tahun 1940-an. Walau bagaimanapun, pengetahuan yang diperolehi daripada buku ini sangat berbaloi.

2. Common Stocks And Uncommon Profits

Salah satu buku saham kegemaran ramai mengenai pertumbuhan penilaian pelaburan saham adalah buku saham ini. Buku ini diterbitkan hampir bersamaan dengan buku ‘The Intelligent Investor’ oleh Ben Graham.

Ia menerangkan tentang falsafah pelaburan bagaimana ‘Philip Fisher’ menemui pertumbuhan saham yang membawa kepada keuntungan besar jika dipegang untuk jangka masa yang panjang.

Kandungan penting dalam buku ini adalah mengenai ‘apa yang hendak dibeli’, ‘di mana hendak dibeli’ dan ‘bila hendak menjual’.

Philip Fisher juga menerangkan mengenai 15 point yang perlu dicari dalam saham biasa. Ketika sebahagian besar pelabur pasaran saham fokuskan pada nilai, Philip Fisher adalah pelabur pertama yang lebih fokus pada pertumbuhan pasaran saham.

3. The Warren Buffet Way

buku saham
Imej via [raptisrarebooks]

Salah satu buku terbaik bagi mempelajari strategi pelaburan seperti Warren Buffett adalah buku saham ini. Ia memberikan gambaran mendalam mengenai cara Warren Buffett melabur saham.

Boleh dikatakan ia juga merangkumi semua aspek yang diperlukan untuk mencapai kejayaan sama seperti Buffett yang boleh anda gunakan segera ke dalam portfolio anda.

Perkara yang baik mengenai buku saham The Warren Buffett Way ini adalah pengarang cenderung menjauhkan diri dari menulis kata-kata yang salah. Hasil penulisan ini mudah difahami oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk belajar mengenai pelaburan.

Dengan strategi pelaburan Warren buffett yang klasik, buku ini termasuk dalam senarai 10 buku saham wajib baca bagi pelabur pasaran saham.

4. Stocks For The Long Run

Stocks for the long run adalah salah satu buku saham terbaik bagi mendapatkan nasihat praktikal mengenai pelaburan saham yang menyeluruh.

Ia merupakan sumber bacaan terbaik bagi sesiapa sahaja yang ingin melabur dalam jangka masa panjang tanpa melakukan ‘beli dan tahan’ selama-lamanya. Anda juga akan didedahkan dengan pulangan sejarah saham dan juga bon.

Penulis, Jeremy Siegel telah meyakinkan bahawa untuk pertumbuhan jangka masa yang panjang adalah melalui pemilikan aset kelas terbaik. Penting untuk kita baca buku ini!

5. One Up On Wall Street

buku saham
Imej via [xcdesigns]

Peter Lynch, pengarang buku ini, adalah salah seorang pengurus dana yang paling berjaya dengan pulangan tahunan purata 30% ke atas portfolio untuk jangka masa 13 tahun.

Buku saham klasik ini menerangkan semua asas penting yang harus diketahui oleh seorang pemula sebelum melabur. Di dalam buku ini, kesemua perkara dibahas termasuklah persiapan untuk melabur, cara melabur, waktu tepat untuk melabur dan sebagainya. 

Peter Lynch juga menerangkan 6 jenis saham yang wujud dalam pasaran dan cara menghampirinya. Buku ini perlu ada di tangan anda sekiranya anda ingin mempelajari semua asas pelaburan saham bermula dari awal.

6. Beating The Street

Beating The Street sangat bagus dibaca oleh pelabur yang menjalankan pelaburan secara individu dan ingin memanfaatkan pasaran saham sebagai peluang pelaburan nilai jangka panjang. Ia sesuai dibaca bagi anda yang mempunyai perniagaan sendiri.

7. The Little Book Thats Beats The Market

buku saham
Imej via [snapdeal]

Buku saham yang bertajuk ‘the little book thats beats the market’ menerangkan ‘Formula Magik’ untuk memilih saham yang terbaik. Formula ini memberikan pulangan yang baik sekiranya diterapkan oleh pelabur yang tekun dan sabar.

Formula ajaib yang diberikan oleh pengarang adalah kaedah yang berkesan dalam memilih saham yang bagus. Rumusannya terdiri daripada memperolehi hasil dan pulangan Modal.

Sekiranya anda mempertimbangkan dua faktor utama ini untuk mana-mana pasaran saham sebelum melabur, maka hasilnya pasti akan mengagumkan. Buku yang sangat kecil ini merangkumi 176 halaman.

8. Bulls, Bears and Other Beasts

Buku saham ini fokus kepada perjalanan menarik melalui Dalal Street yang memberikan sejarah ringkas mengenai liberalisasi pasaran saham India.

Buku saham ini membantu memahami kesihatan kewangan negara serta merangkumi semua peristiwa. Ia termasuklah ledakan teknologi, pengubahan wang haram, penipuan dan sebagainya.

9. How To Avoid Loss And Earn Consistently In The Stock Market

Pengarang buku Prasenjit Paul, menerangkan senario pasaran saham India dan strategi kemenangan yang digunakan olehnya untuk mendapatkan pulangan yang konsisten dari pasaran.

Buku saham ini menerangkan tentang asas-asas melabur dalam stok dengan cara yang sangat mudah dan jelas. Ia juga memberi anda strategi 2-minit untuk menyenaraikan atau menolak saham sebelum analisis terperinci.

Sangat disyorkan untuk membaca buku ini terlebih dahulu dan kemudiannya barulah melabur dalam pasaran saham.

10. Stock To Riches

Segala kebenaran dalam pasaran saham di India telah dijelaskan oleh Parag Parikh dengan sangat baik di dalam buku saham ini. Buku ini ditulis dalam bahasa yang sangat mudah difahami dengan sangat jelas.

Buku saham ini juga menyenaraikan tentang kesalahan yang boleh anda lakukan sebagai pelabur baru. Dengan itu, banyaklah kesilapan boleh kita elakkan nanti.

Bacalah buku saham yang berkaitan untuk penuhkan ilmu di dada. Jom baca juga kerja part time yang lumayan, kisah kelebihan sedekah, kelebihan sedekah dan formula simpan duit.

Rujukan

  1. https://tradebrains.in/10-must-read-books-for-stock-market-investors/
  2. https://fs.blog/2014/08/12-books-every-investor-should-read/
  3. https://groww.in/blog/books-investing-stock-markets-trading/

Penulis: rinazul

rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.