Sangat menarik apabila ditawarkan pekerjaan pertama! Apa yang difikirkan adalah tak sabar menunggu ketika tibanya hari dibayar gaji. Sudah tentulah kita mempunyai rancangan untuk menggunakan duit gaji.

Namun, sebelum anda menikmati kesemua gaji anda, izinkan kami berkongsi 12 cara simpan duit untuk baru bekerja, berkesan dan boleh buat. Cara simpan gaji ini bakal membantu anda untuk melebihkan simpanan setelah bekerja.

1. Simpan Sebelum Berbelanja

Ini cukup mudah dan merupakan cara simpan duit untuk baru bekerja yang boleh anda cuba lakukan. Pastikan anda mengutamakan simpanan bulanan anda sebelum membelanjakan untuk keperluan dan kehendak anda.

Masukkan 10% daripada jumlah gaji bersih anda dalam tabung simpanan seperti ASB, Tabung Haji dan platform simpanan anda. Gunakan juga mana-mana formula simpan duit yang berkesan untuk jumlah gaji anda.

cara simpan duit untuk baru bekerja
Imej via [bukanaku]

2. Lebihkan Barangan Keperluan Daripada Kehendak

Penting untuk mengklasifikasikan antara keperluan dan kehendak. Sebelum membeli pakaian baru atau makan di restoran, tanyakan pada diri anda sama ada ia sememangnya diperlukan ataupun tidak.

Tanyakan juga, adakah ia juga merupakan perbelanjaan impuls? Jadi, anda harus tunggu sekurang-kurangnya sehari atau bahkan sehingga seminggu untuk memutuskan sama ada ia berbaloi untuk dibeli.

Kita ketahui dengan melebihkan barangan keperluan, maka baki selebihnya bolehlah disimpan. Ini juga merupakan cara simpan duit baru bekerja yang berkesan untuk dicuba oleh anda.

3. Pastikan Bijak Dalam Berbelanja

Cara simpan duit untuk baru bekerja yang berkesan adalah elakkan membeli barangan yang berjenama kerana ia agak mahal berbanding barangan yang biasa.

Bagi membanyakkan simpanan wang, anda harus menukar jenama barang anda kepada yang sedikit murah atau jimat. Apa yang penting adalah fungsinya, bukannya jenamanya.

Pastikan anda mematuhi bajet belanja anda dan jangan berbelanja mengikut emosi. Nak lagi jimat, anda boleh membeli secara borong atau tunggu musim penjualan barangan murah.

4. Elakkan Melanggan Sesuatu Yang Tidak Perlu

Anda boleh memaksimakan menyimpan wang dengan memotong langganan muzik dan hiburan lain. Sebilangan besar langganan tersebut sebenarnya tidak diperlukan oleh anda dan anda boleh hidup tanpanya.

Cara simpan duit untuk baru bekerja yang berkesan adalah dengan memotong kesemua langganan yang tidak diperlukan. Fokus kerja dan simpan duit!

Paling bagus jika anda dapat menikmati hiburan yang anda mahukan secara percuma dengan mencari alternatif lain. Sudah tiba masanya untuk menyemak beberapa perkara dari senarai langganan bagi menjimatkan lebih banyak wang mulai sekarang.

cara simpan duit untuk baru bekerja
Imej via [usahawancyber]

5. Mempunyai Akaun Bank Yang Berasingan

Ramai orang yang mempunyai satu akaun untuk pembayaran bil dan simpanan, ia tidak dicadangkan kerana tidak selamat untuk penyimpanan wang yang maksima.

Cara simpan duit untuk baru bekerja dengan berkesan adalah dengan membuka akaun simpanan dan pembayaran bil secara berasingan. Selepas ini, pastikan anda menyimpan wang di dalam akaun lain, manakala berbelanja dan bayar bil pula menggunakan akaun satu lagi.

6. Elakkan Kad Kredit, Gunakan Wang Tunai Sebagai Gantinya

Ketahui berapa banyakkah pendapatan anda berbanding dengan jumlah perbelanjaan anda. Jangan berbelanja lebih dari yang anda bayar kerana anda akan berhutang.

Ketahuilah bahawa kad kredit bukanlah wang percuma boleh miliki. Sebaliknya, kad kredit ini mempunyai keburukannya bagi anda yang suka berbelanja. Bayangkan anda terpaksa membayar setiap bulan kad kredit tersebut dengan faedah yang tinggi setiap bulan.

Seelok-eloknya berbelanjalah dengan menggunakan wang tunai sebanyak yang boleh. Anda dapat mengawal perbelanjaan dengan melakukan hal ini. Ingatlah, cara simpan duit untuk baru bekerja dengan berkesan adalah mengelakkan penggunaan kad kredit.

7. Lupakan Slogan “Hidup Hanya Sekali”

Anda harus bijak dalam menangani perasaan bahawa hidup ini hanya satu kali. Walaupun kita ketahui bahawa hidup ini hanya satu kali, namun kita juga harus bijak dalam menangani perbelanjaan kita belanjakan supaya kita juga dapat menyimpan wang.

Cara simpan duit untuk baru bekerja adalah meminimumkan perbelanjaan kita dan melupakan slogan ‘hidup hanya sekali’ ini. Sebaik sahaja hari gaji, pastikan anda tidak menjadi jutawan sehari. Buat perancangan wang sebaiknya.

cara simpan duit untuk baru bekerja
Imej via [ayojelajah]

8. Menjimatkan Kos Pengangkutan

Elakkan menaiki teksi dari tempat kerja dan ketahui cara berulang-alik dari tempat kerja dengan bijak. Sekiranya anda tinggal berhampiran tempat kerja anda, lebih baik jika anda berjalan kaki atau menaiki basikal ke sana.

Dengan cara ini, lebih mudah untuk anda simpan duit jika baru bekerja. Selain itu, tubuh badan pun lebih sihat kerana ada masa bersenam, berjalan dan bergerak lebih untuk ke kerja.

9. Bawa Bekal Makanan Sendiri Ke Tempat Kerja

Mungkin cara simpan duit untuk baru bekerja dengan membawa bekal makanan sendiri ke tempat kerja sudah diketahui keberkesanannya.

Bayangkan membeli makanan di luar dengan harga sekitar RM15 setiap hari selama sebulan dan bandingkan dengan membeli barang runcit anda sendiri? Anda mungkin mendapat banyak keuntungan yang banyak untuk disimpan.

Ia mungkin memerlukan masa dan usaha untuk menyediakan bekal makanan ke tempat kerja tetapi semuanya berkaitan dengan disiplin anda sendiri. Anda juga akan bangun awal setiap hari sehingga mempunyai lebih banyak masa untuk bersiap.

10. Mempunyai Buku Perbelanjaan Harian Dan Bertulis

Anda perlu mempunyai senarai anggaran bulanan dan perbelanjaan harian kerana akan memastikan ke mana wang tersebut dibelanjakan. Pasti kita tidak mahu terkejut bahawa kerana wang cepat habis dan tertanya-tanya ke mana semua wang tersebut bocor bukan?

Cara ini juga membolehkan anda memantau wang yang diperuntukkan untuk keperluan tertentu. Dengan mencatat perjalanan wang, sudah tentulah kita dapat menyimpan wang dengan lebih banyak selepas ini.

cara simpan duit untuk baru bekerja
Imej via [islamituindah]

11. Jimatkan Perbelanjaan

Anda harus menjimatkan kesemua perbelanjaan dari segi apapun. Perbelanjaan tersebut adalah seperti sewa, makanan, bahan makanan, bil, dan pengangkutan. Semakin banyak anda kurangkan perbelanjaan, semakin banyak yang dapat anda simpan.

Dengan menjimatkan perbelanjaan, cuba kira berapa banyak yang dapat anda simpan setiap bulan. Terdapat banyak cara simpan duit untuk baru bekerja yang boleh anda ikuti seperti cabaran 12 bulan dan sebagainya.

12. Elakkan Berhutang Atau Bina Komitmen Baru

Menurut laporan, lebih daripada separuh populasi milenium, terutama yang baru bekerja mempunyai sekurang-kurangnya satu bentuk hutang jangka panjang.

Beberapa jenis pinjaman normal adalah pinjaman rumah, pinjaman automatik, pinjaman peribadi atau pinjaman pendidikan. Kadang kala, kita mengumpul lebih banyak hutang daripada apa yang mampu kita simpan. Puncanya adalah keinginan gaya hidup yang lebih tinggi.

Oleh itu, anda harus berhati-hati dengan perbelanjaan yang boros. Paling penting, jangan pernah berhutang. Dengan bebanan hutang, hidup anda akan tidak akan tenang.

13. Simpanan Paksa Rela

Simpanan paksa rela merupakan cara simpan duit untuk baru bekerja boleh anda ikuti. Dengan mendaftar di ASB pinjaman, pastinya beberapa kadar jumlah wang gaji anda akan automatik dipotong dan dimasukkan ke dalam akaun ASB simpanan anda. Secara tak sedar, anda sudah menyimpan. Mudah bukan?

Itulah dia cara simpan duit untuk baru bekerja boleh anda lakukan. Jom baca juga buku saham, perancangan persaraan, kerja part time yang lumayan dan formula simpan duit.

Rujukan

  1. 10 financial saving tips a new employee. https://groww.in/blog/saving-tips-for-the-new-employee/
  2. 12 ways to save money on your first job. https://www.rappler.com/life-and-style/career/170811-save-money-first-job
  3. Money milestones : how to manage your money at a new job https://www.policygenius.com/blog/manage-money-new-job/
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.