Ubat gigi terdiri daripada tiga komponen utama iaitu abrasif, fluorida dan detergen atau peluntur. Ubat gigi biasanya digunakan terutamanya untuk menghilangkan plak gigi dan makanan yang tersekat pada gigi.

Namun apa yang pasti, ubat gigi mengandungi bahan yang melawan dan mencegah kerosakan pada gigi.  Selain itu, ubat gigi juga mempunyai banyak kegunaannya selain dari menggosok gigi. Jom kami kongsikan 10 kegunaan lain ubat gigi tak sangka power.

kegunaan lain ubat gigi
Imej via [media-tular]

1. Membuang Calar Pada CD Dan DVD

Adakah anda mempunyai CD atau DVD lama yang mempunyai kesan calar dan tidak berfungsi dengan baik? Pasti rasa geram dengan calar-calar CD tu.

Anda mungkin dapat menyelamatkannya dengan hanya menggunakan ubat gigi sahaja. Tahukah anda, kegunaan lain ubat gigi adalah untuk menghilangkan kesan calar pada CD atau DVD anda.

Caranya adalah dengan menyapukan sedikit ubat gigi pada CD atau DVD dan gosokkannya dengan kain lembut. Terlalu kuat menggosok akan menjadikan CD atau DVD tersebut lebih teruk.

Jadi, pastikan anda menggosoknya dengan sangat perlahan. Kemudian, bilas CD atau DVD tersebut dengan bersih dan lap dengan menggunakan kain lembut.

2. Bersihkan Seterika Anda

Pernah tak anda cuba untuk menghilangkan kotoran pada bawah seterika anda? Mesti kotoran tersebut amat susah untuk ditanggalkan. Betul tak? Pasti ada juga diantara baju anda yang terkena kotoran ini kan?

Tahukah anda, kegunaan lain ubat gigi adalah untuk menghilangkan kotoran pada bawah seterika anda. Jadi, sekarang ini anda tidak perlu risau lagi untuk menghilangkan kotoran di bawah seterika kerana ubat gigi kan ada.

Caranya adalah dengan menggosokkan ubat gigi ke bahagian bawah seterika ketika ianya sejuk dan kemudian bilas seterika tersebut dengan kain lembap sebelum dikeringkan.

3. Mencantikkan Semula Kasut Lama

Setiap orang pasti mempunyai sepasang kasut yang merasa sedikit istimewa kepada diri mereka sendiri. Mungkin pada dahulu ianya merupakan kasut kegemaran anda tetapi kini kasut tersebut hanya diletakkan di ruang rak kasut anda.

Bagi menjadikannya kasut kegemaran anda sekali lagi, gunakan berus gigi dan gosokkan ubat gigi pada kasut untuk menghilangkan kotoran.

Selepas itu, lapkan dengan kain lembap dan biarkan sehingga ianya kering. Gunakan ubat gigi pemutih untuk kasut yang berwarna putih untuk memberi kecerahan tambahan. Jadi, kegunaan lain ubat gigi adalah untuk mencantikkan semula kasut lama anda.

kegunaan lain ubat gigi
Imej via [pesanmakkite]

4. Membersihkan Bilik Mandi

Bahan abrasif semula jadi pada ubat gigi berfungsi sama seperti pembersih perkakas biasa. Ia akan menggilap krom pada paip anda, membersihkan pancuran mandi anda, membersihkan sink anda dan menghilangkan bau dari saluran pembuangan.

Caranya hanyalah dengan menggosokkan ubat gigi dan berus gigi lama ke dinding bilik mandi. Baru kita tahu bahawa ubat gigi juga boleh dijadikan pembersih bilik mandi.

5. Menggilap Semula Perak Atau Tembaga

Kegunaan lain ubat gigi adalah sebagai penggilap barangan kemas dan juga barang-barang anda yang lain agar kelihatan bersinar dan berkilauan. Anda memerlukan berus gigi berbulu lembut untuk digosok pada barangan kemas yang anda mahu dengan gerakan bulat ringan dengan hanya menggunakan ubat gigi.

Setelah selesai, bilas barangan kemas tersebut dengan bersih dan gosokkan dengan tuala kering yang lembut. Jika barangan kemas tersebut mengandungi kotoran degil, rendamkan barangan kemas tersebut dengan gumpalan ubat gigi dan biarkan selama semalaman.

6. Membersihkan Krayon Dari Dinding

Adakah anda membiarkan anak anda mengasah kreativitinya dengan membiarkannya bermain dengan beberapa krayon dan sehelai kertas. Namun apa yang terjadi adalah mereka telah menghuraikan karya seni mereka di dinding ruang tamu anda. Jangan risau, ianya dapat dihilangkan dengan sangat mudah. 

Kegunaan lain ubat gigi adalah untuk membersihkan warna krayon tersebut di dinding. Jadi, sapukan ubat gigi pada kain lembap dan lapkan pada krayon.

Setelah anda melakukan ini, bilas dan keringkan dinding yang terkena krayon tersebut. Pastikan anda mengujinya di kawasan kecil terlebih dahulu untuk memastikan ianya tidak menanggalkan cat.

kegunaan lain ubat gigi
Imej via [donna]

7. Mengurangkan Calar Pada Skrin Telefon Bimbit

Kebanyakan orang pada masa kini meletakkan pelindung skrin pada telefon pintar mereka untuk mengelakkan calar dan menyelamatkan skrin mereka daripada pecah.

Namun bagi mereka yang tidak menggunakan pelindung skrin, pasti akan melihat calar kecil mula muncul di skrin mereka sekiranya telefon mereka terjatuh.

Untuk menghilangkan calar ini, gosokkan sedikit bahagian ubat gigi dengan jari anda dan bilaskan lebihan ubat gigi tersebut dengan kain lembap.

Pastikan anda berhati-hati untuk tidak membasahi skrin telefon pintar anda terlalu banyak kecuali jika ianya merupakan telefon pintar kalis air. Kegunaan lain ubat gigi juga adalah untuk menyelamatkan telefon pintar anda dari kesan calar yang kecil.

8. Mencuci Lampu Depan Kereta

Adakah lampu depan kereta anda tercalar, pecah atau berkabut? ketiga-tiga perkara ini pada lampu depan kereta anda boleh menyebabkan kurang keberkesanan dalam membantu penglihatan pada waktu malam dan sebagainya.

Bagi mengatasi masalah ini, bersihkan lampu depan kereta anda terlebih dahulu. Seterusnya gosokkan sejumlah besar ubat gigi pada lampu depan tersebut. Tanpa mengeluarkan modal yang besar, kegunaan lain ubat gigi adalah bertindak sebagai pembersih lampu depan kereta anda.

9. Menghilangkan Kotoran Pada Permaidani

Untuk menghilangkan kotoran kecil pada permaidani, cukuplah dengan hanya meletakkan ubat gigi secara terus pada permaidani dan gunakan berus gigi lama untuk membersihkan kotoran tersebut.

Kemudian, bilas permaidani tersebut beberapa kali. Anda mungkin perlu melakukan ini beberapa kali untuk menghilangkan kotoran tersebut sepenuhnya.

Jadi, kegunaan lain ubat gigi adalah untuk menghilangkan kotoran pada permaidani supaya bukan hanya bersih, baunya juga sangat harum.

10. Menggilap Barangan Kulit

Tahukah anda, kegunaan lain ubat gigi adalah untuk merawat barangan kulit agar kelihatan bersinar dan cantik. Caranya adalah dengan menyapukan sedikit ubat gigi ke kawasan yang dikehendaki dan gosok dengan kain lembut.

Kemudian bilas dengan kain lembap. Pastikan anda tidak menggunakan ubat gigi dengan agen pemutihan untuk memastikan warnanya tidak rosak.

Kesimpulannya, ubat gigi haruslah dibawa ke mana-mana sahaja sebagai bahan pencuci kecemasan. Tetapi ingat, ubat gigi bukan hanya dijadikan bahan pembersih gigi sahaja, banyak lagi kegunaan lain sebenarnya.

Jom baca juga cara memulakan perniagaan makanan, Azizul Hasni Awang, Deco dapur kecil dan Insta Famous Malaysia.

Rujukan

  1. 12 unusual uses for toothpaste. https://blog.dentalsky.com/12-unusual-uses-for-toothpaste/
  2. 12 Kegunaan Lain Ubat Gigi Yang Ramai Tidak Tahu https://mybktv.blogspot.com/2018/01/12-kegunaan-lain-ubat-gigi-yang-ramai.html
  3. 17 Kegunaan Lain Ubat Gigi Yang Ramai Tidak Tahu. # 10 Dan # 16 Paling Terbaik! https://www.thevocket.com/17-kegunaan-ubat-gigi/
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.