Jom kami kongsikan cara dafrar CIMB Clicks mudah sahaja!

Apa Itu CIMB Group?

CIMB Group merupakan sebuah bank universal ASEAN yang terkemuka dan merupakan salah sebuah penasihat korporat terkemuka di rantau ini. Selain daripada itu, CIMB Group juga merupakan peneraju dunia di dalam kewangan Islam.

CIMB Group beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia dan menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan pengguna, perbankan komersial, perbankan pelaburan, perbankan Islam dan pengurusan aset. CIMB Group merupakan syarikat perbankan kelima terbesar di ASEAN bagi jumlah keseluruhan aset, di mana setakat Mac 2020, ia mempunyai 35,000 orang kakitangan dan lebih daripada 15 juta pelanggan.

CIMB Clicks Dan Aplikasi CIMB Clicks

CIMB Clicks merupakan satu Perkhidmatan Perbankan, di mana perkhidmatan-perkhidmatan yang anda boleh dapati melalui Internet mahupun media-media elektronik yang lain yang diluluskan oleh CIMB Bank bertepatan dengan terma dan syarat Perjanjian. Bagi tujuan Perjanjian ini, rujukan CIMB Clicks merujuk kepada perkhidmatan yang mungkin diakses oleh anda melalui Aplikasi CIMB Clicks atau Aplikasi CIMB Eva atau mana-mana yang berkenaan.

Aplikasi CIMB Clicks pula merujuk kepada aplikasi mudah alih yang mungkin anda muat turun dan akses melalui peranti mudah alih iOS atau Android anda untuk menggunakan Perkhidmatan Messenger CIMB atau menggunakan Perkhidmatan Perbankan terpilih yang disediakan oleh pihak CIMB Bank dari masa ke semasa.

Cara Daftar CIMB Clicks

Apa yang anda perlu pastikan terlebih dahulu sebelum mendaftar untuk CIMB Clicks adalah anda perlu mempunyai akaun dengan CIMB. Ini kerana perkhidmatan CIMB Clicks ini merupakan perkhidmatan khusus kepada pemilik-pemilik akaun Bank CIMB sahaja.

Sekiranya anda mempunyai akaun CIMB, anda hanya perlu menuruti beberapa langkah mudah untuk mendaftar CIMB Clicks. Selain daripada itu, kemas kini terbaru daripada pihak CIMB menyatakan bahawa anda tidak perlu lagi pergi ke mana-mana mesin ATM CIMB untuk mendapatkan pin untuk mendaftar CIMB Clicks. Apa yang anda perlukan hanyalah satu gadget dan juga sambungan internet.

Pertama sekali yang anda perlu lakukan adalah anda perlu melayari laman web rasmi CIMB Clicks di sini, www.cimbclicks.com.my. Selepas itu, anda akan mendapati anda mempunyai 3 pilihan pada penjuru atas sebelah kanan anda iaitu, “Register for CIMB Clicks”, “Login to CIMB Clicks” dan “Apply for Products”. Anda perlu memilih “Register for CIMB Clicks”.

Selepas anda memilih “Register for CIMB Clicks”, anda akan di bawa ke satu laman yang meminta anda untuk membuat pilihan sama ada “CIMB ATM, DEBIT & CREDIT CARD” atau “INVESTMENT, LOAN/FINANCING”. Pada laman tersebut anda perlu memilih “CIMB ATM, DEBIT & CREDIT CARD”.

Selepas anda membuat pilihan tersebut, pada bahagian bawah pilihan yang anda buat sebentar tadi akan tertera beberapa butiran ruangan yang perlu di isi di mana anda perlu memasukkan 16 digit nombor kad ATM, debit atau kad kredit CIMB anda yang anda boleh dapati di bahagian hadapan kad anda.

Seterusnya anda perlu memasukkan 6 digit nombor pin ATM anda. Selepas itu anda perlu memasukkan “CAPTCHA” yang tertera pada bahagian yang bertulis “Enter text as per above”, kemudian anda tandakan atau “tick” pada kotak terma dan syarat selepas anda membaca dengan teliti terma dan syarat yang dinyatakan. Selepas itu, anda boleh memilih “Next”.

Selepas anda memilih “Next” satu SMS yang mengandungi “6-digit activation code” akan di hantar kepada anda melalui nombor telefon yang anda daftarkan untuk akaun CIMB atau CIMB Islamic anda. Sekiranya anda tidak menerima SMS tersebut, anda boleh klik pada bahagian “click here”.

Sekiranya nombor tersebut tidak lagi anda gunakan atau anda mempunyai sebarang masalah dengan nombor telefon anda, anda perlu mengunjungi ATM CIMB atau cawangan CIMB yang berdekatan untuk mengemaskini nombor telefon anda untuk kegunaan CIMB Clicks dan ulangi semula langkah-langkah di atas. Apabila anda menerima SMS tersebut, anda perlu memasukkan kod pengaktifan yang anda terima itu dan kemudian memilih “Continue”.

Selepas itu, anda akan di bawa ke satu laman yang meminta anda untuk mencipta dan memasukkan beberapa butiran iaitu “CIMB Clicks ID”, “CIMB Clicks Password”, “Re-enter Password”, Mother’s Maiden Name”, “Email Address” & “Create your SecureWord”. Pada bahagian ini, anda perlu pastikan “CIMB Clicks ID” dan “CIMB Clicks Password” yang anda ciptakan boleh diingati kerana anda akan menggunakan butiran-butiran ini apabila anda ingin log masuk ke akaun CIMB Clicks anda. Selain itu, anda juga perlu mengetahui bahawa “SecureWord” yang anda cipta bukannya merupakan kata laluan (password) CIMB Clicks anda.

Kemudian anda boleh klik “Next”. Pada laman berikutnya iaitu laman “Enter Your Introducer’s Details”, anda boleh memilih untuk tidak mengisi apa-apa butiran. Ini kerana, bahagian ini merupakan bahagian pilihan (optional). Kemudian anda boleh klik “I agree & submit”, dan akan menerima satu SMS yang menunjukkan bahawa proses pendaftaran CIMB Clicks anda telah berjaya. Jadi, langkah seterusnya anda boleh mencuba untuk log masuk ke akaun anda.

Imej via YouTube

Cara Log Masuk Akaun CIMB Clicks

Untuk log masuk ke CIMB Clicks anda, anda boleh melayari laman web www.cimbclicks.com.my atau menggunakan aplikasi CIMB Clicks yang anda boleh memuat turun melalui peranti mudah alih iOS atau Android anda.

Sekiranya anda menggunakan laman web, anda boleh memilih pilihan “Login to CIMB Clicks”. Seterusnya anda boleh membuat pilihan pada bahagian “I want to”, sama ada anda ingin “View My Dashboard”, “View My Accounts”, “Transfer Money”, “Pay Bills”, “JomPay” dan “Top Up”. Anda boleh memilih “View My Dashboard” untuk melihat kesemua perkhidmatan yang disediakan oleh CIMB Clicks, kemudian masukkan “User ID” akaun CIMB Clicks anda, dan seterusnya klik “Login”.

Apabila anda klik “Login”, anda akan melihat “SecureWord” anda. Sekiranya, “SecureWord” yang tertera bukan kepunyaan anda, sila kembali kepada langkah memasukkan “Used ID” anda dan masukkan semula “User ID” anda. Tandakan pada kotak “Yes, this is my SecureWord”, sekiranya perkataan yang tertera merupakan kepunyaan anda. Kemudian, anda perlu memasukkan kata laluan CIMB Clicks anda dan seterusnya klik “Login”.

Selepas anda log masuk, anda boleh menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan seperti menyemak dan menguruskan akaun CIMB anda, memindahkan wang ke akaun-akaun di dalam CIMB dan juga bank-bank lain melalui “Interbank GIRO (IBG) atau “Instant Transfer”, membuat pembayaran bil, menambah nilai kredit telefon anda dan sebagainya.

Jemput juga baca artikel cara simpan duit untuk baru bekerja dan cara menyimpan duit gaji RM1000

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.