Sama ada rumah kos rendah atau tinggi, dapur penting untuk dihias dan diatur mengikut keselesaan masing-masing. Tidak cukup dengan selesa, ia perlulah mempunyai deco yang sangat cantik dan menarik. Barulah best nak memasak dan ada mood gitu!

Terdapat banyak jenis deco dapur kecil yang mak-mak boleh cuba. Pastinya selepas ini, cantiklah dapur anda semua. Walaupun dapur kecil, tapi tahap kemasan dan gayanya memang moden lagi terkini. Jom lihat deco dapur kecil satu per satu.

1. Deco Dapur Kecil: Konsep Minimalis

deco dapur kecil
Imej via [twitter]

Deco dapur kecil konsep minimalis sangat ringkas tetapi cantik dan menarik. Kabinet, lantai dan dinding memainkan peranan penting untuk menjayakan konsep ini dimana ia haruslah bersesuaian dengan tema warna anda.

Konsep minimalis sangat ringkas tetapi tampak lebih moden dan bergaya. Anda boleh memilih untuk memiliki dapur dengan tema warna putih, hitam, purple, hijau dan sebagainya. Namun, jangan dicampur dengan warna yang tak sesuai pula.

2. Deco Dapur Kecil: Konsep Mix & Match (Campuran Warna)

deco dapur kecil
Imej via [rupawon]

Konsep mix and match ini lebih kepada warna-warna dapur yang dicampur-campur mengikut kesesuain. Selalunya konsep deco dapur kecil jenis ini lebih mudah dilakukan kerana anda tidak terikat dengan tema 1 warna sahaja.

Campuran warna bagi deco dapur jenis ini sangat terbuka. Dinding dan lantai tidak semestinya harus sama konsepnya. Yang penting selesa, kemas, bersih dan sedap mata memandang.

3. Deco Dapur Kecil: Tanpa Kabinet

deco dapur kecil
Imej via [sentrarumah]

Deco dapur kecil dari gaya tanpa kabinet juga sebenarnya tidak susah, tetapi agak mudah, kemas dan teratur. Anda boleh susun barang-barang di rak atau tempat letak barang yang disangkut di dinding. Ia lebih kepada kreatif dalam menyusun atur dan menggunakan barang-barang.

4. Deco Dapur Kecil: DIY / Bajet / Terbuka

deco dapur kecil
Imej via [sishawa]

Sekiranya anda sukakan DIY atau ingin berjimat cermat, lakukan deco dapur kecil bajet atau DIY ini. Gunakan barang-barang murah yang boleh dijadikan tempat simpan barang. Semuanya lebih teratur dan cantik jika anda tahu barangan yang sesuai serta cara susun aturnya.

5. Deco Dapur Kecil: Tertutup Dan Asing

deco dapur kecil
Imej via [viramon]

Jika rumah sangat sempit dan kawasan dapur juga tidak luas, ambil kesempatan untuk lakukan deco dapur kecil secara tertutup. Asingkan kawasan memasak dengan kawasan meja makan dan lain-lain.

Di dalam kawasan memasak, susun semua barang dengan ringkas dan tidak berlebihan kerana ia akan kelihatan kemas dan tidak padat dengan barang. Anda boleh cat bahagian dinding dapur dengan warna tema yang sesuai untuk nampak lebih cantik dan menarik.

6. Deko Dapur Kecil: Dapur Rahsia

deco dapur kecil
Imej via [viramon]

Hanya dengan menggunakan almari, rak atau kabinet serbaguna atau diy, anda boleh realisasikan konsep deco dapur rahsia ini. Di atasnya mungkin meja makan atau ruang kosong, tetapi rupanya ia merupakan sebuah dapur dan bahagian dapur yang sangat serbaguna.

7. Deco Dapur Kecil: Meja Mini Bar

deco dapur kecil
Imej via [viramon]

Jangan salah anggap bahawa hanya dapur yang bersaiz besar sahaja sesuai untuk anda memiliki meja ala mini bar. Sebenar deco dapur kecil juga sesuai untuk membolehkan anda merealisasikan meja makan ala berada di bar ini.

Untuk jimatkan ruang, meja yang digunakan adalah gabungan dari table top. Unik dan sangat bijak bukan?

8. Deco Dapur Kecil: Lampu Dapur Menarik

deco dapur kecil
Imej via [sishawa]

Banyak jenis lampu dapur boleh anda pasang untuk memudahkan kerja anda di dapur, tetapi jika deco dapur yang kecil, ia akan nampak lebih gah dan mewah jika anda kenakan dengan lampu yang agak eksklusif.

Tidak hanya itu, lampu yang mampu membuatkan dapur anda cukup meriah juga pastinya sangat sesuai digunakan untuk deco dapur kecil. Barulah nampak suasananya berbeza dari dapur rumah orang lain, ceria pula tu.

9. Deco Dapur Kecil: Pokok Bunga

deco dapur kecil
Imej via [sentrarumah]

Menghias dapur dengan pokok bunga juga adalah salah satu deco dapur kecil yang sesuai untuk anda lakukan. Sama ada pokok hidup atau tidak, terpulang kepada pilihan anda.

Namun jika anda ingin letak pokok hidup, pastikan ia berdekatan tingkap supaya mudah mendapat udara yang segar dan nyaman.

10. Deco Dapur Kecil: Susunan Letak Barang

deco dapur kecil
Imej via [deko-rumah]

Gunakan kayu yang sering dijual di DIY untuk meletakkan barang-barang anda. Cara deco dapur kecil ini dapat menjimatkan ruang dan memastikan dapur akan sentiasa kemas serta lebih teratur.

11. Deco Dapur Kecil: Langsir Kabinet Dan Tingkap

deco dapur kecil
Imej via [impiana]

Lebih cantik dan menarik dapur kecil anda jika kabinet dan tingkap dihiasi dengan langsir. Pastikan corak abstrak yang anda pilih sesuai dengan lantai atau dinding dapur anda.

Tidaklah ia kelihatan bosan tetapi ia lebih ceria dan meriah sekaligus dapat membuatkan mood anda tak sabar-sabar untuk memasak!

12. Deco Dapur Kecil: Pemilihan Karpet

deco dapur kecil
Imej via [viramon]

Selain lampu dan gaya atur barang, karpet memainkan peranan penting dalam deco dapur kecil anda. Sedar atau tidak, karpet dapat menaikkan warna dan suasana dapur anda, paling hebat lagi, ia mampu menjadikan ruang dapur kecil anda tampak lebih besar saiznya. Pemilihan corak merupakan faktor penting yang mempengaruhi hal ini.

Itulah dia 12 deco dapur kecil yang cantik dan menarik yang mak-mak pasti suka. Jom baca juga artikel berkaitan Azizul Hasni Awang, insta famous Malaysia, tips menulis novel dan prof ungku aziz.

Rujukan:

  1. Ilham dekorasi ruang dapur yang kecil https://www.sishawa.com/2019/10/ilham-dekorasi-ruang-dapur-kecil-yang.html
  2. 20 Inspirasi rekabentuk dapur kecil yang menarik https://www.viramon.com/news/hias-dapur-kecil
  3. Deko dapur kecil rumah flat https://deko-rumah.netlify.app/deco-dapur-kecil-rumah-flat.html

Penulis: rinazul

rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.