Mungkin ramai yang masih tertanya apa itu TPPA? Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) merupakan perjanjian perdagangan bebas yang komprehensif.

Ia merangkumi pelbagai skop seperti perolehan kerajaan, buruh, alam sekitar dan syarikat milik kerajaan.

apa itu tppa

Imej via Google

11 negara terlibat dengan TPPA. Negara tersebut ialah Malaysia, Australia, Brunei Darussalam, Kanada dan Chile. Negara lain termasuk Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, dan Vietnam, selain Amerika Syarikat.

Negara-negara ini mengeluarkan 40 peratus jumlah KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) dunia bernilai AS$107.5 trilion (RM470 trilion). Merupakan 26 peratus daripada jumlah dagangan dengan kira-kira 793 juta pengguna.

Pasukan perunding Malaysia diketuai oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamad dan dianggotai oleh wakil daripada lebih 20 kementerian dan agensi.

TPPA  ditubuhkan untuk menyediakan ruang dagangan sebebas mungkin dari mana-mana tarif, di samping mewujudkan set kuota perdagangan timbal balik.

Ia juga merangkumi pelbagai barangan dan perkhidmatan, termasuk kewangan, telekomunikasi, malah tahap piawaian keselamatan makanan.

Apa Itu TPPA Sebenarnya?

Jadi, apa itu TPPA sebenarnya? TPPA adalah suatu cadangan perjanjian kawal-selia dan pelaburan serantau.  TPPA bertujuan untuk mewujudkan suatu landasan bagi menyepadukan ekonomi di rantau Asia-Pasifik.

Perjanjian bermula dengan cadangan penubuhan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Strategik  (TPSEP atau P4), yang disertai oleh empat negara iaitu, New Zealand, Chile, Singapura dan Brunei.

Cadangan perjanjian ini kemudiannya disertai oleh Amerika Syarikat yang telah memainkan peranan dominan di dalam perbincangan perkongsian yang membawa kepada perluasan keahlian perjanjian tersebut.

Selain daripada itu, Amerika Syarikat juga memainkan peranan utama di dalam penetapan agenda perjanjian tersebut.

TPPA

Imej via ASTRO Awani

Kesan Positif TPPA Kepada Malaysia.

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dapat meningkatkan eksport dan pertumbuhan ekonomi, sekaligus meningkatkan jumlah pekerjaan di negara terbabit. Akses pasaran yang lebih besar bagi Malaysia dengan negara-negara yang Malaysia tidak mempunyai FTA iaitu Amerika Syarikat (AS), Kanada, Mexico dan Peru.

Perjanjian ini juga dikatakan mampu meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan rakyat. Ini kerana ia mengandungi peruntukan-peruntukan yang membela kebajikan pekerja, termasuk berkaitan kadar gaji minimum yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan.

Bagi pasaran ini, di antara 2,000 hingga 4,000 tarif akan dihapuskan termasuk bagi produk di mana Malaysia mempunyai kepentingan eksport. Produk yang terlibat seperti produk elektrik dan elektronik (E&E), kayu dan produk kayu; tekstil; plastik dan produk plastik,minyak sawit dan produk minyak sawit.

Perjanjian TPP juga akan menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna serta input yang lebih murah untuk kegunaan industri.

Apakah Kesan Negatif TPPA Kepada Malaysia?

Ini merupakan perkongsian Assoc. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Agus Yusoff mengenai kesan negatif TPPA kepada negara.

Hampir 80% harga ubat akan menjadi mahal, sehingga mencecah 1000% dari harga sekarang. Ini kerana ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara.

Kesannya akan menyukarkan pesakit berpendapatan rendah dan sederhana kerana kos untuk mendapatkan ubatan menjadi sangat tinggi.

Bayangkan jika seorang guru menghidap penyakit barah yang memerlukan ubat bernilai RM7000 sebulan, mampukah mereka untuk membayar kos perubatan semahal itu? Apakah nasib ramai rakyat di negara kita nanti?

Syarikat gergasi akan bebas berniaga di negara kita menyebabkan usahawan-usahawan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi dari luar negara. Ini seolah-olah meletakkan kepentingan syarikat asing mengatasi kepentingan rakyat kita.

Ini juga seperti memberi kuasa kepada negara maju seperti AS, Singapura dan Australia untuk mencereboh ekonomi negara kita.

Kerajaan boleh disaman oleh pelabur luar di tribunal antarabangsa yang berpangkalan di Washington dan Geneva. Boleh disaman jika terdapat dasar-dasar kerajaan yang boleh merugikan hak pelabur luar dan menghalang aktiviti perdagangan mereka.

Ini tentunya menjejaskan bidang kuasa kerajaan dalam menentukan apa yang terbaik untuk rakyat dan negara.

Petani kita terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara. Lebih merisaukan lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara.

Apabila beras dari AS yang menerima subsidi yang tinggi dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPPA dimeterai.

TPPA juga menyebabkan bidang pelaburan dan khidmat undang-undang dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain terpaksa berhadapan dengan persaingan pasaran terbuka. Mampukah industri perkhidmatan kita berhadapan dengan kemasukan syarikat gergasi ini?

TPPA melanjutkan perlindungan hakcipta bahan-bahan rujukan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah didigitalkan akan menjadi terhad kepada pengguna.

Ini juga bermakna segala bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa, sekaligus menghadkan kemudahan ilmu kepada rakyat yang kurang mampu.

Justeru implikasi TPPA ini besar kepada rakyat dan negara.

Kesimpulan

TPPA ini ada baiknya untuk negara kerana kita bergantung kepada kemasukan pelaburan luar untuk memacu ekonomi negara kita.

Namun, setelah mengamati kesan perjanjian ini, di dapati perundingan TPPA ini perlu disemak semula dengan teliti oleh kerajaan.

Ini kerana ia memberi kesan besar kepada rakyat.

Namun Datuk Seri Mustapa menyakinkan bahawa kerajaaan tidak akan mengubah dasar-dasar utama negara setelah TPPA ditandatangani, terutamanya dasar berkaitan bumiputera dan perkara yang telah ditetapkan di dalam perlembangan persekutuan.

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.