Nama Mohammad Azizulhasni bin Awang sering kedengaran dalam industri sukan negara. Generasi muda juga pasti mengenali pemuda hebat yang dikenali dengan gelaran the pocketrocketman ini.

Adakah beliau seorang atlet olahraga, aktiviti sukan luar dan sebagainya? Yang pasti, beliau sangat berbakat dan telah menyumbang banyak hal yang menarik kepada negara kita.

Sebelum tu, mari kenali terlebih dahulu siapakah pemuda yang dimaksudkan ini. Jom lihat latar belakangnya dan sumbangannya terhadap negara yang sangat menarik.

azizul hasni awang
Imej via [astroawani]

Latar Belakang Azizul Hasni Awang

Azizul Hasni Awang atau nama panggilannya iaitu Jijoe dilahirkan pada 5 januari 1988. Beliau merupakan anak ke-8 daripada 9 adik beradik. Beliau berasal dari Terengganu dan sudah mendirikan rumah tangga.

Kini, beliau telah mempunyai 2 anak perempuan iaitu Amna Mariam dan Amna Khadeeja. Isterinya adalah Athiah Ilyana Abdul Samat. Dalam melayari kehidupan sebagai suami dan bapa, beliau telah mengharumkan nama negara dengan baik sekali.

Siapakah Beliau Sebenarnya?

Bagi anda yang pernah mendengar namanya tetapi tidak tahu banyak tentangnya, beliau sebenarnya adalah seorang pelumba basikal trek profesional Malaysia. Pelbagai kejayaan dan sumbangan hebat serta menarik telah beliau hadiahkan terhadap negara kita.

Pendidikan Dan Kelayakan Azizul Hasni Awang

azizul hasni awang
Imej via [themalaysianreserve]

Tahukah anda, Azizul Hasni merupakan bekas pelajar sekolah sukan Bukit Jalil (SSBJ) yang amat terkenal dalam bidang sukan. Patutlah sangat aktif bersukan, rupanya dari sekolah lagi memang sangat minat bidang ini.

Namun sebelum memasuki sekolah sukan tersebut, beliau telah mengasah bakat dalam salah satu program sukan iaitu Pasukan Berbasikal Terengganu. Dengan bakat dan minat beliau, akhirnya beliau mengambil langkah yang lebih serius untuk berkecimpung dalam bidang ini.

Untuk pengetahuan anda juga, Azizul Hasni Awang juga pernah melanjutkan pengajian di peringkat Iajzah Sarjana Muda Perdagangan (Pengkhususan dalam pengurusan sukan) di Universiti Deakin, Australia.

10 Perkara Dan Sumbangan Azizul Hasni Awang

Terdapat banyak perkara dan sumbangan Azizul Hasni Awang kepada negara kita yang ramai tak tahu. Beliau telah banyak mengharumkan nama negara Malaysia di serata dunia.

Antara perkara dan sumbangan terbaik bagi beliau adalah kejayaan yang dikecapinya dalam Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asea, Sukan Sea dan kejohanan lain.

Semuanya amat membanggakan negara kita. Sebagai rakyat, kita pun sangat teruja dan bangga sekali. Berikut adalah perkara dan sumbangan Azizul Hasni Awang juga merupakan penglibatan serta kejayaan yang telah dikecapinya sehingga kini.

azizul hasni awang
Imej via [sinarharian]
  1. Pernah memenangi kejuaraan lumba basikal dunia di Melbourne Australia pada Januari 2009 serta pingat emas acara keirin dan pecut 200m Kejohanan Trek Asia pada April 2008.
  2. Beliau merupakan seorang pembawa bendera bagi pasukan kebangsaan Malaysia di Sukan Olimpik Beijing 2008. Dengar macam biasa sahaja kan, tetapi ia adalah sesuatu yang sangat membanggakan.
  3. Beliau telah menduduki Ranking Pertama di Dunia bagi acara Keirin.
  4. Pencapaian terbesar beliau ialah pernah memenangi pingat emas dalam Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI 2017 dan pingat gangsa di Sukan Olimpik 2016 di Brazil dalam acara keirin.
  5. Beliau juga telah memenangi pingat perak pada Kejohanan Dunia 2009 bagi kategori pecut dan pingat perak pada Kejohanan Dunia 2010.
  6.  Beliau digelar Sportsman Malaysia Tahun pada tahun 2009 dan 2010.
  7. Azizul Hasni Awang juga telah berjaya mendapat tempat ke-111 mewakili Malaysia dalam mencapai sasaran pingat Sukan Sea keseluruhannya selepas memenangi kategori sprint lelaki di Velodrom Nasional di Nilai.
  8. Azizul juga merupakan pemain bendera untuk Malaysia pada Sukan Asia Tenggara 2017 bersama dua juara dunia iaitu Cheong Jun Hoong dan eksponen silat Mohd Al-Jufferi Jamari.
  9. Azizul Hasni Awang juga telah menerima Anugerah Atlet Terbaik 100Plus pada tahun 2009 dan 2017 dari Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM).
  10. Beliau juga telah memenangi tempat ketiga dalam perlumbaan Siri Piala Dunia Klasik UCI (International Cycle Union) di Manchester, England yang diadakan pada Februari 2011.

Perkara dan sumbangan Azizul Hasni Awang ini sangat bernilai dan takkan mampu dibalas oleh sesiapa pun. Sungguh negara kita memerlukan seorang atlet yang sangat berkaliber dan berpotensi tinggi seperti beliau.

azizul hasni awang
Imej via [mediahiburan]

Semangat Dan Perjuangan Membanggakan Negara

Biarpun beliau telah memenangi tempat ketiga dalam perlumbaan Siri Piala Dunia Klasik UCI, sebenarnya telah berlakunya tragedi yang tak dapat dielakkan dan tidak dapat dilupakan.

Beliau telah tertusuk serpihan kayu sepanjang 20 cm di betisnya ketika bertanding acara keirin pada waktu itu. Namun, sikapnya yang tidak putus asa dalam perjuangan membuatkan beliau kuat dan meneruskan kayuhannya sehingga berjaya menduduki tempat ketiga. Hebat sangat kan!

Selain tragedi itu, perjuangan dan latihan yang beliau lakukan sangat bersungguh-sungguh demi untuk menggapai kejayaan yang diimpikan. Beliau adalah contoh terbaik bagi belia yang meminati sukan dan berdaya saing.

Cara Menghubungi Azizul Hasni Awang

Beliau aktif di mana-mana sosial media yang disediakan di bawah. Followers instagramnya juga sudah lebih dari 80,000 orang. Beliau boleh dihubungi di mana-mana sosial media berikut:

Facebook: http://facebook.com/Azizulhasni-Awang

Twitter: https://twitter.com/azizulawang

Instagram: http://instagram.com/azizulawangofficial

Anda juga boleh mengikuti perkembangan semasa beliau ataupun mendapatkan tips yang berkaitan dengan kepakaran beliau dengan mengikuti media sosial beliau.

Itulah dia 10 perkara dan sumbangan Azizul Hasni Awang buat negara kita yang menarik harus anda tahu. Jom baca juga Insta Famous Malaysia, Air teh ais, tips menulis novel dan prof ungku Aziz.

Rujukan:

  1. Pencapaian Azizulhasni dalam trek berbasikal negara
    https://www.sinarharian.com.my/article/61159/INFOGRAFIK/Pencapaian-Azizulhasni-dalam-trek-berbasikal-negara
  2. Biodata Azizul Hasni Awang, Pelumba Basikal Handalan Malaysia https://www.azhan.co/biodata-azizulhasni-awang-pelumba-basikal-handalan-malaysia/
  3. Azizul Hasni Awang https://ms.wikipedia.org/wiki/Azizulhasni_Awang#Anugerah_dan_pencapaian
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.