Musim perayaan sudah berlalu lebih kurang sebulan, maka berpusu-pusulah ibu bapa ke Tabung Haji untuk membuka akaun simpanan Tabung Haji anak-anak. Maklumlah, anak-anak dapat duit raya banyak, inilah masanya untuk buat simpanan anak-anak!

Kalau dipegang duit raya anak-anak, takut lama-lama nanti tersalah letak ataupun terguna pakai pula. Sebaik-baiknya kita buatkan anak-anak simpanan Tabung Haji demi menjaga amanah tersebut dengan selamat. 

simpanan tabung haji
Imej via [denaihati]

Di Malaysia, kebanyakan ibu bapa memilih simpanan Tabung Haji untuk menyimpan wang anak-anak kerana banyak faedahnya.  Umum tahu bahawa menyimpan di Tabung Haji membolehkan kita menerima dividen simpanan yang menguntungkan. Selain itu, kita juga akan menerima bonus.

Kebaikan Mendaftar Dan Menyimpan Di Tabung Haji

Dengan simpanan Tabung Haji, anda tidak perlu risau lagi kerana ia patuh syariah malah tidak perlu pening kepala memikirkan jumlah zakat yang perlu dikeluarkan dari simpanan Tabung Haji anak anda tersebut. Lihatlah betapa untungnya membuat simpanan Tabung Haji ini!

Tabung Haji juga membolehkan anda mendaftar haji untuk anak-anak bermula dari sekarang. Seperti kita semua sedia maklum, giliran untuk pergi haji mengambil masa yang cukup lama. Jadi, seelok-eloknya mendaftarkan anak pada masa sekarang akan memudahkan urusan masa hadapan mereka.

Cara Buka Simpanan Tabung Haji Untuk Anak

Pasti ada dalam kalangan anda yang rasa bersalah kerana tidak mendaftar dan menyimpan di Tabung Haji suatu masa dahulu. Jangan risau, anda masih boleh mendaftar sekarang. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali, sebaiknya anda boleh sediakan payung sebelum hujan.

Menyimpanlah dari sekarang di Tabung Haji kerana ia dapat membantu anda dan anak-anak membuat persiapan bagi melengkapkan rukun Islam ke 5 kelak.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda :

“Umrah (pertama) kepada umrah (yang berikutnya) itu dapat menghapuskan terhadap dosa di antara keduanya, sedangkan haji yang mabrur itu tidak ada balasan (yang pantas) untuknya kecuali syurga” 

(Hadis Riwayat  Bukhari dan Muslim)

Persiapan Buka Akaun Tabung Haji

simpanan tabung haji
Imej via [facebook]

Dalam hadis Rasulullah S.A.W. di atas, kita ketahui betapa besarnya ganjaran yang akan diperoleh seseorang jika mereka menunaikan haji. Bagi anda yang ingin membuka akaun Tabung Haji untuk anak-anak anda, anda perlu membawa dokumen berikut.

  1. Kad pengenalan ibu bapa atau penjaga
  2. Mykid anak atau sijil kelahiran anak
  3. Duit untuk didepositkan ke akaun Tabung Haji tersebut sekurang-kurangnya RM10

Proses Yang Dilalui Di Cawangan Tabung Haji

Selepas itu, anda harus ke cawangan Tabung Haji berhampiran untuk membuka akaun Tabung Haji anak anda. Apabila tiba di sana, anda perlu mengisi beberapa jenis borang. Antaranya adalah:

  1. Borang Slip Simpanan Wang
  2. Borang Maklumat Ahli
  3. Borang ECDD atau Borang Usaha Wajar Pelanggan Lebih Lanjut

Apabila anda selesai mengisi borang tersebut, anda perlu mengecop borang tersebut dengan cop jari anda. Jadi pastikan jari tidak cedera ataupun mengalami kulit menggelupas kerana ia tidak dapat dikesan dengan tepat. Tanpa cop jari, anda tidak boleh membuat akaun Tabung Haji untuk anak anda.

Setelah borang tersebut lengkap dengan cap jari anda, sila ambil nombor atau angka giliran anda dan tunggu terlebih dahulu sementara giliran anda dipanggil oleh staf Tabung Haji. Apabila tiba giliran anda, ikuti proses seterusnya.

Sistem Tabung Haji Yang Efektif Dan Pantas

simpanan tabung haji
Imej via [pnews]

Tahukah anda, Tabung Haji kini telah menggunakan sistem komputer atau auto. Dengan sistem komputer ini, segala urusan seperti buka simpanan Tabung haji untuk anak anda akan lebih cepat prosesnya.

Apabila usia anak sudah mencecah 18 tahun nanti, mereka boleh menukarkan akaun tersebut kepada status akaun dewasa. Jadi, apabila ingin melanjut pengajian tinggi kelak, mereka boleh menggunakan wang tersebut.

Cara Daftar Haji Untuk Anak

Minima jumlah deposit yang diperlukan dalam akaun Tabung Haji adalah sebanyak RM1,300. Menjadi tanggungjawab untuk kita masukkan deposti ke akaun Tabung Haji anak untuk permulaan ataupun buatlah simpanan Tabung Haji sedikit demi sedikit.

Proses pendaftaran akaun Tabung Haji berlaku sangat cepat dan pantas, tak sampai masa 5 minit pun dah siap!

Kemudian, anda akan diberikan slip kertas mengenai tahun peruntukan Haji untuk anak anda nanti.

Selain di kaunter Tabung haji, pendaftaran Haji juga boleh dilakukan di aplikasi atau portal THiJARI, Maybank, Bank Rakyat, Bank Islam dan di mesin ATM Bank Islam, Tabung Haji serta Maybank. Mudahkan prosesnya?

simpanan tabung haji
Imej via [siakapkeli]

Akhir kata, tidak sukar untuk buka akaun simpanan Tabung Haji malah ia juga membawa manfaat yang sangat banyak. Jika anda sendiri belum lagi membuka simpanan Tabung Haji, apa kata anda daftar akaun simpanan Tabung Haji tersebut bersama anak.

Biar anak anda bersemangat nak simpan duit mereka selepas lihat anda sendiri mempunyai akaun Tabung Haji. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda. Jom baca juga Punca Masalah Kewangan Selepas Berkahwin, Hukum Main Kutu, Hukum Makan Harta Pusaka dan Cara Jana Pendapatan Tambahan.

Rujukan

  1. Cara Buka Akaun Tabung Haji Untuk Anak. Daftar Haji Sekali! https://siraplimau.com/cara-buka-akaun-tabung-haji-untuk-anak/
  2. Cara Buka Akaun Tabung Haji Anak, Duit, Masukkan Duit Tabung Haji https://syahiirhanafiahbissness.blogspot.com/2019/07/cara-buka-akaun-tabung-haji-anak-daduit.html

Penulis: rinazul

rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.