Instagram atau singkatannya adalah IG atau Insta merupakan perkhidmatan laman sosial foto dan video Amerika Syarikat yang dimiliki oleh Facebook.

Instagram telah dibuat oleh Kevin Systrom dan Mike Krieger dan mula dilancarkan pada iOS pada bulan Oktober 2010. Versi Android pula telah dilancarkan pada bulan April 2012. 

Sehingga bulan Mei 2020 yang lepas, orang yang paling banyak diikuti di instagram adalah pemain bola sepak iaitu Cristiano Ronaldo dengan lebih daripada 231 juta orang pengikut.

Di Malaysia juga tidak kurang hebatnya penangan instagram dan terdapat selebriti-selebriti Malaysia yang naik melalui instagram ini tau! Jadi, jom kita kenali 11 insta famous Malaysia boleh anda follow sebagai inspirasi.

1. Nisha Ezzati

insta famous malaysia
Imej via [youtube]

Insta famous Malaysia yang bernama Nisha Ezzati ini dikenali ramai kerana mulutnya yang ‘kepoh’ serta sentiasa membuat review yang sangat jujur di instagram dan juga akaun youtube miliknya.

Telatah Nisha Ezzati juga sering menghiburkan pengikutnya di Instagram mahupun di laman sosial yang lain. Gadis ini juga merupakan salah seorang youtuber yang sangat periang di Malaysia dan digemari oleh ramai orang.

Beliau boleh kita semua jadikan inspirasi dalam hal-hal yang berkaitan dengan content kecantikan dan juga cara menyolek muka. Anak kelahiran Ampang, Selangor ini juga mempunyai pengikut di Instagram seramai 230,000 orang dan semakin meningkat saban hari. Pada mulanya, beliau popular melalui kecantikan dan juga content fesyen di media sosial. 

2. Dahlia Rizal

insta famous malaysia
Imej via [kisahdunia]

Insta famous Malaysia yang berzodiak Taurus ini meraih populariti dunia di tangga 67611 dunia. Walaupun masih bersekolah, Dahlia Rizal mempunyai pengikut Instagram yang sudah ramai iaitu kira-kira 290,000 orang.

Beliau telah mula menggunakan instagram pada bulan Jun 2017 yang lalu. Dahlia Rizal menjadi terkenal melalui peragaan tudungnya dan sentiasa mengenakan alat solek yang cantik untuk gadis yang sebaya dirinya.

Pemakaiannya membuatkan beliau lebih dewasa daripada usianya yang kini 19 tahun. Beliau juga mempunyai seorang kakak yang sangat disayanginya. Dahlia merupakan Insta famous Malaysia yang kita boleh jadikan sebagai inspirasi dalam mengenakan pemakaian tudung buat semua wanita di luar sana.

3. Syaty Md Nor

Gadis manis berlesung pipit ini sememangnya sangat menggemari berkongsi apa yang digayakannya setiap hari kepada lebih 79,600 orang pengikutnya di Instagram.

Malahan, setiap gaya yang dipakaikannya sentiasa up-to-date dan disukai ramai orang. Jadi, tidak mustahil Syaty Md Nor ini menjadi insta famous Malaysia yang boleh memberikan inspirasi dalam fesyen dan gaya yang terbaru.

4. Liyana Bakaruddin

insta famous malaysia
Imej via [pinterest]

Mempunyai 108,000 pengikut di Instagram, Liyana boleh dikatakan telah menarik perhatian ramai orang dengan mukanya yang seperti kebudak-budakan dan flawless.

Sikap ceria, bersahaja dan peramah beliau sangat menghiburkan ramai orang. Sebab itulah, beliau juga merupakan insta famous Malaysia yang ramai menjadikannya sebagai inspirasi.

Kini beliau telah menjadi model di beberapa produk kecantikkan. Apa yang istimewanya mengenai beliau, walaupun sudah berkahwin namun penampilannya tetap sangat cantik.

5. Faa Firds

insta famous malaysia
Imej via [youtube]

Dengan lebih 300,000 pengikut di Youtube dan 160,000 di Instagram, Faa Firds sering membuat para pengikutnya ternanti-nanti video review, cara bersolek dan sebagainya.

Apa sahaja yang digayakan oleh beliau akan menjadi inspirasi oleh para gadis di luar sana, terutamanya alat solek dan produk kecantikkan.

Disebabkan oleh perwatakannya, beliau telah menjadi insta famous Malaysia dan kini beberapa produk kecantikkan antarabangsa telah memanggil Faa Firds untuk mengiklankan produk tersebut.

6. Izreen Syafika

insta famous malaysia
Imej via [pinterest]

Salah seorang insta famous Malaysia yang penuh inspirasi juga adalah Izreen Syafika. Izreen tidak pernah gagal untuk tampil menawan dengan gaya pemakaian mix and match dan senyuman beliau yang manis melengkapi setiap gaya penampilannya.

Kebanyakan gambar daripada Izreen adalah untuk tujuan promosi produk yang diterima olehnya. Jika anda mencari produk kecantikan yang terbaru dan sesuai untuk kulit anda bolehlah melawati instagram milik insta famous Malaysia ini.

7. Nuna Ali

Imej via [/tudungpeopleblog]

Wajahnya yang lembut dan senyumannya yang manis, Nuna Ali tidak pernah mengecewakan pengikutnya dengan setiap gambar yang dimuat naik olehnya. Anda boleh menjadikannya inspirasi untuk lebih positif dan optimis.

Tidak kiralah ketika swafoto atau bergambar, semuanya berjaya menarik perhatian pengikutnya. Anda boleh melihat keayuan wajah serta penampilan anggun insta famous Malaysia ini di instagram miliknya.

8. Dr. Putri Sharmeen Hashim

insta famous malaysia
Imej via [pinterest]

Doktor gigi insta famous Malaysia ini adalah merupakan pemegang ijazah pengajian dalam jurusan Pergigian dari Universiti Sains dan Teknologi Jordan.

Beliau hanya popular setelah rakannya meminta beliau untuk membuat review produk kecantikan yang terkenal. Insta famous Malaysia yang berusia 23 tahun ini menanam impiannya untuk membuka klinik pergigian miliknya sendiri. Malah, beliau telah membuat beberapa perancangan untuk mengembangkan kariernya.

9. Izwani Merican

insta famous malaysia
Imej via [thecoverage]

Digelar ‘barbie’ oleh pengikutnya, Insta famous Malaysia yang bernama Izwani Merican ini bukan sahaja sering tampil anggun bahkan turut membuat ramai orang cemburu dengan kulitnya yang putih mulus.

Beliau kerap membuat kemunculan di majlis jenama popular seperti Urban Decay dan sebagainya. Penampilannya tidak pernah mengecewakan dan citarasa fashion dia memang sangat terbaik.

10. Rafidah

Gaya penampilan Rafidah sentiasa menarik perhatian pengikutnya di Instagram. Malah, gayanya juga boleh dikatakan seperti model profesional ternama. Jadi, sebab itulah Rafidah menjadi insta famous Malaysia yang cukup terkenal dan merupakan inspirasi buat semua orang dalam bidang model.

11. Engku Sulwani

insta famous malaysia
Imej via [pinterest]

Insta famous Malaysia yang bernama Engku Sulwani Engku Ismail ini sangat menjaga bahasa ibundanya iaitu dialek Kelantan. Walau ke mana saja beliau pergi dan berbicara, dialek ibundanya tetap meniti di bibir.

Beliau menceburi bidang peragaan pada tahun 2011 dan sehingga kini Engku telah menjadi model bagi beberapa produk kecantikan bermula dari perkongsian dan review di instagram serta di Facebook.

Kesimpulannya, terdapat ramai lagi insta famous Malaysia yang boleh dijadikan sebagai inspirasi. Pastikan anda mengikuti insta famous yang penuh dengan motivasi dan kejayaan.

Jom baca juga Tips menulis novel, Prof ungku Aziz, Tengku Amir Shah dan air teh ais.

Rujukan

  1. Dahlia Rizal https://www.famousbirthdays.com/people/dahlia-rizal.html
  2. 10 Instafamous Berhijab Yang Dikenali Sebagai Influencer Terkenal Sepanjang 2017. https://www.hijabista.com.my/10-instafamous-berhijab-yang-dikenali-sebagai-influencer-terkenal-sepanjang-2017/
  3. 10 instafamous anda boleh follow untuk inspirasi OOTD setiap hari https://lobakmerah.com/10-instafamous-anda-boleh-follow-untuk-inspirasi-ootd-setiap-hari/
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.