Dalam Islam, terdapat satu kaedah pembahagian harta pusaka yang dinamakan faraid sebagaimana yang telah diputuskan di dalam Al-Quran Kareem.

Setelah diuruskan jenazah si mati, dibayar hutang piutangnya dan dilaksanakan wasiatnya (sekiranya ada) maka harta yang lebih tadi dipanggil harta pusaka. Disinilah kita perlu menyedari akan hukum memakan harta pusaka ramai tak tahu.

Harta pusaka dibahagikan mengikut kadar yang telah ditetapkan ataupun secara permuafakatan. Pembahagian tersebut tertakluk kepada sebab dan syarat-syarat tertentu dan tiada yang menghalang ahli waris daripada menerima harta pusaka tersebut.

hukum makan harta pusaka
Imej via [darulpusaka]

Perebutan Dan Pergaduhan Akibat Harta Pusaka

Perebutan harta pusaka sering terjadi dalam kehidupan kita semua. Perebutan dan pergaduhan antara adik beradik disebabkan harta pusaka sudah begitu sinonim dengan masyarakat Melayu dari dulu sehinggalah zaman sekarang. Tak elok tau!

Isunya adalah setiap pergaduhan atau konflik adalah kerana harta dan perebutan tanah pusaka peninggalan orang-orang tua mereka yang sudah pun mati ataupun meninggal dunia.

Ia juga menyebabkan pertalian persaudaraan menjadi buruk dan boleh terputus. Hanya kerana perselisihan dan pertengkaran mengenai siapa yang lebih berhak terhadap harta tanah dan harta pusaka tersebut. Namun, hakikatnya Islam telah datang menyelesaikan masalah berkaitan dengan harta warisan ini. 

Hak Peninggalan Dan Pembahagian Harta Pusaka

Allah S.W.T. telah mengajar kepada Rasulullah S.A.W. berkaitan pengurusan harta pusaka di dalam al-Quran. Hukum memakan harta pusaka juga telah digariskan di dalam agama Islam. Allah S.W.T. telah berfirman yang bermaksud:

“Bagi orang lelaki, ada hak bahagian dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, dan bagi hak orang wanita ada hak bahagiannya (pula) dari harta peninggalan ibu-ayah dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak bahagiannya yang telah ditentukan.” ( Surah An-Nisa : Ayat 7)

Manakala Rasulullah S.A.W. juga pernah bersabda daripada Ibnu Abbas R.A. dengan sabdanya yang bermaksud: 

“Hendaklah kamu membahagi-bahagikan harta (pusaka) di antara ahli waris itu berdasarkan Kitabullah.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)

hukum makan harta pusaka
Imej via [baituljannah]

Pembahagian Harta Pusaka Adalah Dituntut

Membahagikan harta mengikut panduan Al-Quran dan Hadis merupakan setiap kewajipan sebagai amanah terhadap Allah S.W.T. dan sebagai bukti keimanan umat manusia kepada keadilan agama Islam.

Ia juga merupakan salah satu perintah yang termasuk dalam ayat-ayat Al-Quran yang mewajibkan manusia untuk mematuhi dengan hukum Allah S.W.T.

Malangnya, dalam masyarakat kita hari ini khususnya kepada orang Melayu, pembahagian harta pusaka tidak dilakukan secara telus dan adil mengikut hukum syarak. Adakalanya ramai tidak menyedari akan hukum memakan harta pusaka yang turut terjadi.

Ada juga yang dipengaruhi oleh unsur-unsur penipuan dan penyelewengan yang terjadi kerana didorong oleh sifat tamak, dengki dan penyakit hati yang dikaburi oleh kemewahan harta.

Ia juga disebabkan oleh kecintaan kepada dunia yang telah menyebabkan manusia lupa kepada azab dan janji-janji seksaan bagi mereka yang ingkar dan melanggar amanah dan perintah dari Allah S.W.T.

Hukum Memakan Harta Pusaka

Allah S.W.T. berfirman yang membawa maksud:

Dan kamu memakan harta pusaka dengan cara mencampur baurkan (yang halal dengan yang bathil), Dan kamu mencintai harta benda dengan cara yang berlebihan. Jangan (melakukan perkara tersebut). Apabila bumi digoncangkan berturut-turut, Dan datanglah Tuhanmu; sedang Malaikat berbaris-baris. Dan pada hari itu diperlihatkan neraka Jahannam; dan pada hari itu ingatlah manusia, tidak akan berguna lagi mengingat itu baginya.” (Surah Al-Fajr : Ayat 19-23)

  • Hukum memakan harta pusaka dilarang sama sekali dalam hadis tersebut.

Daripada Abdullah bin Umar R.A. yang berkata secara langsung: 

“Sesiapa yang mengambil tanah orang lain tanpa hak walaupun sedikitt dia pasti akan ditenggelamkan dengannya di hari kiamat sehingga ke tujuh lapis bumi.” (Hadis Riwayat Bukhari)

  • Hukum memakan harta pusaka membawa kepada balasan yang sangat dahsyat di dunia dan akhirat kelak.
hukum makan harta pusaka
Imej via [karteldakwah]

Begitu juga dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ya’la bin Murrah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: 

“Sesiapa yang menzalimi orang lain dengan mengambil tanahnya walau sejengkal nescaya Allah akan membuatkan dia menggali tanah tersebut.” 

dan dalam riwayat yang lain menyebut:

Tanah itu akan dihadirkan sebanyak tujuh lapis bumi yang dalam, lalu dibebankan kepadanya pada hari kiamat sehingga seluruh manusia diadili. “ (Hadis riwayat Tibrani)

Pada hari ini, orang yang menyangka kecerdikan menipu dan memperdayakan orang lain sebagai satu kemahiran yang dibanggakan. Kononnya ia dapat membawa keuntungan bagi duniawi namun mereka lupa bahawa yang tertipu dan terpedaya sebenarnya adalah diri mereka sendiri.

Jangan Bermain Dengan Hukum Makan Harta Pusaka

Betapa ramai orang yang telah mengubah geran tanah, jumlah tanah dan ada yang sampai menukar nama pemilik tanah kepada namanya sendiri demi tamakkan harta tersebut. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: 

Allah melaknat orang yang mengubah batu penanda batas tanah.” (Hadis riwayat Muslim)

Ketahuilah wahai saudara-saudari sekalian, sesungguhnya tidak berbaloi berebut harta pusaka yang akhirnya mendapat petaka dan bala bencana serta seksa azab api neraka.

hukum makan harta pusaka
Imej via [theoutlook]

Biarlah rugi di dunia kerana tidak mendapat warisan harta asalkan kita terselamat daripada seksa dan azab api neraka Allah S.W.T. kelak. Sesungguhnya syurga itu amatlah bermanfaat jika dibanding dengan segala harta pusaka.

Kesimpulannya, hukum memakan harta pusaka adalah haram dan akan mendapat kemurkaan dari Allah S.W.T. Anda juga akan mendapat musibah yang besar dari Allah S.W.T. jika memakan harta pusaka.

Jika anda sudah termakan harta pusaka, pulangkanlah kepada haknya kerana jika tidak hidup anda tidak akan tenang, Wallahualam. Jom baca juga cara buka akaun cds, jana pendapatan, pelaburan emas dan pengiraan stamp duty LHDN.

Rujukan

  1. Pengurusan Harta Pusaka. https://www.mais.gov.my/harta-pusaka/
  2. Apa itu harta Batil http://notawarisanpusaka.blogspot.com/2019/06/apa-itu-harta-batil.html
  3. Jangan berebut tanah pusaka. http://ustaz.blogspot.com/2011/01/jangan-berebut-tanah-pusaka.html
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.