Mungkin ramai yang sudah mengetahui bahawa stamp duty atau duti setem ialah cukai yang dikenakan atas dokumen atau surat perundangan seperti jual beli, pertukaran hak milik, pinjaman rumah atau perjanjian pinjaman.

Ia sangat penting apabila dikaitkan dengan hartanah. Tak kiralah sama ada beli atau bertukar hak milik hartanah, sememangnya perlu untuk anda ambil kira semua kos berkaitan dengan stamp duty.

Apa Itu Stamp Duty?

cara pengiraan stamp duty
Imej via [caymanmarlroad]

Stamp duty atau duti setem dikategorikan sebagai bayaran atau cukai yang atas dokumen atau surat perundangan seperti urusan jual beli, beli hak milik, pinjaman rumah atau perjanjian pinjaman.

Bila ada dokumen undang-undang ini, maka akan ada caj yang dikenakan yang dipanggil stamp duty atau duti setem. Stamp duty pula mempunyai 2 kategori iaitu kadar tetap dan Ad Valorem.

Kadar Tetap adalah dimana harganya sudah ditetapkan manakala Ad Valorem pula adalah harga yang boleh berubah bergantung pada setiap nilai transaksi dokumen.

Dalam Perjanjian Sewa Juga Memerlukan Stamp Duty

Perjanjian sewa adalah dokumen bercetak yang menyatakan keseluruhan maklumat mengenai terma dan syarat yang telah dipersetujui oleh penyewa dan tuan rumah sebelum pihak penyewa berpindah masuk ke dalam rumah yang disewa.

Perjanjian ini sangat penting untuk melindungi harta benda pemilik rumah sewa. Selain itu, objektif perjanjian ini juga adalah untuk melindungi hak penyewa daripada pemilik rumah yang tidak rasional daripada sesuka hati mengusir penyewa tersebut.

Dalam Hartanah Juga Memerlukan Stamp Duty

Dalam hartanah juga memerlukan stamp duty untuk perjanjian pindah milik bagi transaksi pembelian hartanah.

Perjanjian ini bertujuan untuk melindungi hak penjual dan pembeli hartanah sebelum melakukan proses pindah milik. 

Cara Pengiraan Stamp Duty

Jom kami kongsikan cara pengiraan stamp duty yang boleh anda gunakan bagi perumahan dan juga perjanjian pinjaman.

cara pengiraan stamp duty lhdn
Imej via [123rf]

1. Pengiraan Stamp Duty LHDN Perumahan

Terdapat beberapa peringkat dalam pengiraan stamp duty lhdn cukai perumahan. Setiap peringkat mengandungi peratusan masing-masing. Pengiraan stamp duty lhdn adalah seperti berikut:

  • 1% caj dikenakan untuk RM100,000 yang pertama
  • 2% caj dikenakan untuk RM100,001 sehingga RM500,000
  • 3% caj dikenakan untuk RM500,001 sehingga RM1 juta
  • 4% caj dikenakan untuk semua yang lebih daripada RM1 juta

Kalau rumah yang dibeli itu berharga RM550,000 maknanya, pada tiga peringkat pertama stamp duty tersebut memang akan dikenakan caj. Jadi macam mana pula caj yang dikenakan bagi setiap peringkat? Cara pengiraan stamp duty lhdn adalah seperti ini: 

Pengiraan Stamp Duty Bagi Harga Rumah Bernilai RM 550,000

Harga rumah berjumlah RM550,000 kan? Jadi caj yang dikenakan adalah 1% untuk RM100,000, 2% untuk RM400,000, dan 3% untuk RM50,000. Jadi berapakah jumlah stamp duty yang perlu dibayar? Jom kita perhatikan satu persatu:

  • RM1,000 stamp duty yang dikenakan untuk RM100,000 yang pertama (1%)
  • RM8,000 stamp duty yang dikenakan untuk RM400,000 seterusnya (2%)
  • RM1,500 stamp duty yang dikenakan untuk RM50,00 terakhir (3%)

Jadi apabila dihimpunkan jumlah tersebut, maka stamp duty yang perlu dibayar adalah berjumlah RM10,500.

pengiraan stamp duty lhdn
Imej via [gohartanah]

2. Pengiraan Stamp Duty LHDN Perjanjian Pinjaman

Sangat penting untuk anda mengira stamp duty yang dikenakan kepada mana-mana perjanjian pinjaman termasuklah dalam pembelian rumah.

Hal ini kerana perjanjian pinjaman ini dikira sebagai dokuman undang-undang yang penting, jadi sememangnya ia akan dikenakan bayaran cukai stamp duty. Pastikan anda tidak terlepas pandang ya!

Pengiraan Bagi Pinjaman Rumah RM 500,000 Bagi Harga Rumah RM 550,000

Kadar stamp duty untuk perjanjian pinjaman memang ditetapkan 0.5% dan dikenakan pada seluruh harga pinjaman tu. Maknanya jika anda sudah mengambil pinjaman RM500,000 untuk cover harga rumah daripada contoh di atas, stamp duty akan menjadi RM2,500.

Jom kita tengok langkah pengiraan yang betul. Untuk rumah yang harganya RM550,000, jumlah stamp duty akan dihitung seperti berikut :

[(RM100,000 Pertama x 1%) + (RM400,000 Seterusnya x 2%) + (RM50,000 Baki Selebihnya x 3%)] + 0.5% daripada jumlah pinjaman (RM500,000)

= (RM1,000 + RM8,000 + RM1,500) + 0.5% X (RM500,000)

= RM10,500 + RM2,500

Jadi jumlah keseluruhannya adalah berjumlah RM13,000.

Perubahan Stamp Duty pada tahun 2019

pengiraan stamp duty lhdn
Imej via [finposts]

Jika terdapat perubahan pada pasaran hartanah negara, yuran stamp duty untuk perjanjian kontrak pun boleh berubah juga tau. Sebagai contoh, kempen Pemilikan Rumah Kebangsaan 2019 (HOC 2019) yang telah memperkenalkan insentif baru untuk pasaran hartanah negara.

Mana-mana hartanah yang layak mengikuti skim tersebut akan mendapat pengecualian stamp duty sehingga 31 Disember 2019 ini sahaja.

Jika mahu dapatkan pengecualian semasa kempen tersebut, anda perlu pastikan bahawa hartanah tersebut dibeli daripada pemaju yang berdaftar dengan badan-badan seperti berikut:

  • Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA)
  • Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA)
  • Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA)

Selain itu, harga rumah pula telah diberi diskaun sekurang-kurangnya 10% daripada harga jualan asal. Di bawah kempen ini, pembeli rumah pertama pada harga antara RM300,000 dan RM2.5 juta daripada pemaju tertentu akan layak untuk mendapatkan pengecualian stamp duty atas keseluruhan perjanjian pinjaman tersebut.

Perubahan Stamp Duty Untuk Tahun 2020

pengiraan stamp duty lhdn
Imej via [hiparion]

Oleh kerana kempen Pemilikan Rumah Kebangsaab 2019 sudah tamat, hanya ada dua perkara perlu anda ambil perhatian untuk tahun 2020 ini :

  1. Bagi skim Rent-To-Own-Own (RTO), di mana rakyat Malaysia dibenarkan untuk menyewa rumah dahulu dengan pilihan untuk membelinya di kemudian hari. Stamp duty untuk instrumen pertukaran hak milik akan dikecualikan.
  1. Untuk pengecualian 50% stamp duty untuk instrumen pertukaran hak milik antara ibu bapa dan anak-anak, ia hanya boleh diguna pakai sekiranya penerima itu adalah warganegara Malaysia. Ini berkuatkuasa untuk pemindahan hartanah yang dilaksanakan pada 1 Januari 2020.

Kesimpulannya, semoga panduan yang kami kongsikan ini dapat membantu anda memahami cara pengiraan stamp duty LHDN. Cara pengiraan stamp duty lhdn ini tidaklah sukar jika tahu caranya.

Jom baca juga cara simpan duit untuk pelajar, bisnes online shopee dan cara simpan duit gaji 2,000.

 Rujukan

  1. Tiada lagi kekeliruan tentang duti setem dengan panduan ini. https://www.propertyguru.com.my/property-guides/panduan-tentang-duti-setem-13631
  2. Cara kira kos setem duti pembelian rumah yang terkini. https://gilahartanah.com/cara-kira-kos-setem-duti/
  3. Duti setem perjanjian sewa di Malaysia. https://speedhome.com/blog/duti-setem-perjanjian-sewa-di-malaysia/

Penulis: rinazul

rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.