Siapa tak kenal P. Ramlee. Dari golongan kanak-kanak sehingga warga emas pastinya P. Ramlee sangat dekat dihati kita. Telatahnya yang lucu dan bersahaja tak pernah gagal untuk mencuit hati kita. Jom lihat info menarik tentang biodata P. Ramlee ini.
Tan Sri P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh adalah seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis laguyang sangat berbakat. Beliau terkenal bukan sahaja di Malaysia dan Singapura, malah namanya turut disebut-sebut di Indonesia dan Brunei.
P. Ramlee telah dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929 pada pagi Hari Raya Aidil Fitri. Bapanya Teuku Nyak Puteh yang berasal dari Aceh, Indonesia telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth.
P. Ramlee menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa. Selepas itu beliau menyambung pelajaran di Sekolah Francis Light dan Penang Free School. Apabila perang dunia kedua meletus di seluruh dunia, beliau tidak lagi bersekolah.
P. Ramlee sangat disenangi di sekolah dan terkenal sebagai pelajar yang kemas dari segi tulisan dan mempunyai bahasa yang puitis.
P. Ramlee mula bermain ukele dan kemudiannya beliau bermain gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin brass band di Penang Free School. P. Ramlee pernah menyertai Orkes Teruna Sekampung dan Sinaran Bintang Sore. Pada tahun 1947 P. Ramlee menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Di sinilah beliau mula menggunakan nama P. Ramlee dan nama tersebut kekal menjadi identity beliau.
Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah CHINTA pada tahun 1948 di mana beliau memegang watak sebagai penjahat dan penyanyi latar.
P. Ramlee mendapat gelaran Seniman Agung Negara kerana jasanya yang amat besar dalam industri hiburan negara.
P. Ramlee pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa berikut:
P. Ramlee pernah berkahwin sebanyak tiga kali iaitu:
P. Ramlee mempunyai dua orang anak kandung dan 8 orang anak angkat serta anak tiri:
Sepanjang hidupnya P. Ramlee telah menghasilkan sebanyak 401 buah lagu dan 66 buah filem seperti:
P. Ramlee menerima Pingat Kebesaran Ahli Mangku Negara(A.M.N.) daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ketiga dan juga Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 6 Jun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri.
P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun akibat sakit jantung. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur
Sebagai memperingati jasa beliau:
Pada 22 Mac 2017, sempena ulangtahun kelahirannya ke-88 Google Malaysia memberikan penghargaan kepada P. Ramlee dengan mengabadikan beliau dalam imej doodle yang dipaparkan di bahagian hadapan enjin carian Google.
Itulah dia info tentang biodata P. Ramlee: 15 perkara tentang Tan Sri P. Ramlee yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang biodata Syed Saddiq dan latar belakang Vivy Yusuf.
2. Wikipedia