Siapa yang tidak kenal dengan Vivy Yusof. Seorang ikon dalam bisnes fesyen yang mempunyai empayar perniagaan sendiri. Untuk artikel ini, kita akan kenal latar belakang Vivy Yusof yang juga pemilik FashionValet.

Kisah kejayaannya pernah dijadikan ‘case study‘ dalam soalan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Latar Belakang Vivy Yusof

latar belakang Vivy Yusof

Imej via Instagram

Namanya memang sedap disebut malah secantik wajah yang dimiliki. Vivy Sofinas Yusof, wanita berusia 30 tahun ini bertubuh kecil molek namun berjiwa sungguh besar. Dia memiliki suara ceria dan tutur kata yang lemah lembut dalam perwatakan serba riang.

Latar belakang Vivy Yusof memang mampu menjadi inspirasi ekpada ramai orang di luar sana. Anak jati Kuala Lumpur ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara. Sebelum meneruskan pengajian di Sekolah Seri Puteri dan Sekolah Sri Cempaka.

Sebelum menamatkan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), Vivy mengambil keputusan untuk serentak melanjutkan pelajaran A-Levels di UK (United Kingdom). Oleh kerana pengambilan dalam bulan September, beliau tidak mahu membuang masa jadi terus ke sana dan meninggalkan kelas Tingkatan 5 di sini.

Pada bulan November, Vivy pulang ke tanah air untuk mengambil SPM dan terus terbang semula untuk mengambil peperiksaan A-Level. Pengalaman mengambil dua peperiksaan besar amat sukar dilupakan. Namun terus terang beliau mengakui tidak akan melakukannya lagi. Vivy tidak mencadangkan kepada sesiapapun untuk melakukannya kerana kesukaran yang akan ditanggung.

Bagaimanapun segala kesusahan itu terbalas dan Vivy amat lega apabila memperoleh A bagi semua mata pelajaran bagi kedua-dua peperiksaan.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari London School of Economics (LSE), Vivy rancak mengatur strategi perniagaan. Mula dikenali dengan FashionValet diikuti dengan label hijab Duck Scarves, Vivy terus mencipta nama melalui rancangan realitinya sendiri bertajuk “Love, Vivy”.

Vivy Yusof Ikon Bisnes Fesyen

Bermula dengan blog proudduck.com, Vivy mencipta pengikutnya yang bertambah dari sehari ke sehari. Melalui blognya juga Vivy banyak berkongsi tentang kisah dan prinsip hidup bersama pembaca.

Bukan itu sahaja, sisi peribadi yang ada pada diri Vivy menjadi satu kelebihan selain melontarkan aura positif. Ledakan media sosial yang menjadi medium utama masyarakat moden hari ini digunakan sepenuhnya untuk mencari peluang pemasaran yang lebih kukuh. Buktinya, pengikut di Instagram Vivy kini sudah mencecah angka lebih 1.6 juta pengikut.

Minat  Vivy Yusof dalam bidang perniagaan menzahirkan bahawa beliau gemar mencabar keupayaan diri. Selain sentiasa mencari peluang-peluang baharu dalam usaha untuk memajukan perniagaannya.

Kini FashionValet sudah pun mempunyai lebih 150 orang tenaga pekerja. Buat masa ini, memiliki lebih kurang 500 jenama bernaung di bawah payung FashionValet.

Jika dahulunya, bermula dengan berbekalkan hanya tiga orang pekerja dengan 10 jenama tempatan sahaja. Namun kini semakin ramai yang telah menanamkan kepercayaan untuk bernaung di bawah FashionValet.

Boleh dikatakan produk-produk FashionValet bersifat eksklusif kerana melibatkan nama-nama besar pereka fesyen di samping berkualiti tinggi. Demi memastikan FashionValet sentiasa segar dengan idea dan projek menarik, pihaknya turut mengadakan kolaborasi bersama barisan pereka fesyen.

Disebalik sisi kehidupan Vivy Yusof, sebagai seorang isteri dan juga ibu, Vivy perlu sentiasa bergerak pantas menguruskan tanggungjawab yang terpikul di bahunya. Tiada yang mustahil buat wanita bernama Vivy Yusof.

Daripada Online Kepada Offline

Kebiasannya kita melihat kedai-kedai atau pelbagai perniagaan beralih untuk membuka perniagaan dalam talian mereka. Namun ia berlaku sebaliknya untuk Fashion Valet di mana mereka beralih untuk membuka kedai-kedai cawangan sebagai tindak balas terhadap penambahan pelanggan. FV kini telah mempunyai cawangan di Kuala Lumpur dan sepanjang Orchard Road di Singapura dan banyak lagi cawangan di beberapa tempat di sekitar Kuala Lumpur.

Bemula dari itu juga, beliau memilih untuk berinovasi dengan jenama beliau dalam memanfaatkan peningkatan pelanggan-pelanggan wanita yang berhijab. Melalui FV, beliau menghasilkan satu jenama gaya hidup moden untuk kaum muslimah yang diberi nama dUck, yang menawarkan tudung dan juga beberapa barangan rumah dan alat tulis. Nama jenama tersebut berasal daripada blog beliau sendiri dan turut mempunyai cawangan sendiri di beberapa pusat membeli-belah di Kuala Lumpur. Selain daripada itu, idea ini juga timbul selepas beliau mula memakai hijab dan mendapati sukar untuk mencari kedai yang menjual semua warna tudung dalam fabrik yang berbeza. Oleh itu, beliau datang dengan idea untuk menubuhkan satu kedai yang menyediakan kesemuanya dan sentiasa mempunyai stok.

Namun begitu, tudung jenama dUck beliau sering kehabisan stok pada warna-warna tertentu. Perkara ini jelas menjadi satu kekecewaan kepada beliau. Ini kerana, menurut beliau, kehabisan stok tidak semestinya memberikan maksud yang baik. Bagi beliau, kehabisan stok membawa maksud mereka boleh menjual dengan lebih banyak namun tidak mempunyai bekalan yang mencukupi. Oleh itu, dUck sentiasa cuba untuk menyusun dan menyesuaikan stok-stok mereka.

Rahsia Kejayaannya Menguruskan Perniagaan

Perkara yang paling utama ialah minat dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Dengan adanya minat maka ia dapat memotivasikan diri seseorang itu untuk bekerja  lebih keras dalam apa jua bidang yang diceburi.

Jika dilihat latar belakang Vivy Yusof, tiada yang mustahil bagi beliau untuk memacu terus perniagaannya ke tahap lebih tinggi.

Tidak kira apa jua bidang pekerjaan yang diceburi, cabaran itu tetap ada. Berkecimpung dalam dunia bisnes yang berlatarkan fesyen memerlukan saya sentiasa mengejar trend terkini kerana dunia fesyen ‘bergerak pantas’. Bukan itu sahaja, persaingan dalam bisnes ini juga sentiasa ada kerana dunia bisnes sangat kompetitif.

Rujukan

*Artikel ini telah dikemaskini oleh Safwan pada April 2020

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.