Biodata P. Ramlee: 15 Perkara Tentang Tan Sri P. Ramlee
Hari ini kami akan kongsikan info menarik tentang biodata P. Ramlee: 15 perkara tentang Tan Sri P. Ramlee.

Fakta Ringkas
- Nama Penuh
- Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh
- Nama Lain
- Tan Sri P. Ramlee, P. Ramlee
- Peranan
- Pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu
- Dikenali Kerana
- Seniman Agung Negara dan sumbangan besar dalam industri hiburan
- Tarikh Lahir
- 22 Mac 1929 · Pulau Pinang
- Tarikh Meninggal
- 29 Mei 1973 · Kuala Lumpur
- Nama sebenar
- Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh
- Bapa
- Teuku Nyak Puteh
- Ibu
- Che Mah Hussein
- Isteri
- Junaidah Daeng Harris, Noorizan Mohd. Noor, Saloma
- Anak
- Dua orang anak kandung dan 8 orang anak angkat serta anak tiri
- Tempat perkuburan
- Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur
- Karya
- 401 buah lagu dan 66 buah filem
- Usia meninggal
- 44 tahun
Pencapaian
- Juara nyanyian Radio Pulau Pinang (1947)
- Bintang Penyanyi Utama Malaya (1947)
- Best Male Lead Role (Festival Filem Asia Ke-4, Tokyo)
- Most Versatile Talent (Festival Filem Asia Ke-10, Tokyo)
- Pingat Kebesaran Ahli Mangku Negara (A.M.N.)
- Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota (1990)
- Penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan (2005)
- Google Doodle (22 Mac 2017)
Siapa tak kenal P. Ramlee. Dari golongan kanak-kanak sehingga warga emas pastinya P. Ramlee sangat dekat dihati kita. Telatahnya yang lucu dan bersahaja tak pernah gagal untuk mencuit hati kita. Jom lihat info menarik tentang biodata P. Ramlee ini.

Sumber: Hype.my
1. Siapa P. Ramlee?
Tan Sri P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh adalah seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis laguyang sangat berbakat. Beliau terkenal bukan sahaja di Malaysia dan Singapura, malah namanya turut disebut-sebut di Indonesia dan Brunei.
2. Dari mana asal P. Ramlee?
P. Ramlee telah dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929 pada pagi Hari Raya Aidil Fitri. Bapanya Teuku Nyak Puteh yang berasal dari Aceh, Indonesia telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth.
3. Di mana P. Ramlee bersekolah?
P. Ramlee menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa. Selepas itu beliau menyambung pelajaran di Sekolah Francis Light dan Penang Free School. Apabila perang dunia kedua meletus di seluruh dunia, beliau tidak lagi bersekolah.
4. Sifat sebenar P. Ramlee di kalangan guru dan pelajar
P. Ramlee sangat disenangi di sekolah dan terkenal sebagai pelajar yang kemas dari segi tulisan dan mempunyai bahasa yang puitis.
5. Perjalanan P. Ramlee dalam dunia seni
P. Ramlee mula bermain ukele dan kemudiannya beliau bermain gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin brass band di Penang Free School. P. Ramlee pernah menyertai Orkes Teruna Sekampung dan Sinaran Bintang Sore. Pada tahun 1947 P. Ramlee menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Di sinilah beliau mula menggunakan nama P. Ramlee dan nama tersebut kekal menjadi identity beliau.
6. Apakah filem pertama lakonan P. Ramlee?
Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah CHINTA pada tahun 1948 di mana beliau memegang watak sebagai penjahat dan penyanyi latar.
7. Gelaran Seniman Agung
P. Ramlee mendapat gelaran Seniman Agung Negara kerana jasanya yang amat besar dalam industri hiburan negara.
8. Apakah pengiktirafan antarabangsa yang beliau perolehi?
P. Ramlee pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa berikut:
- Best Male Lead Role (Festival Filem Asia Ke-4, Tokyo)
- Most Versatile Talent (Festival Filem Asia Ke-10, Tokyo)

Sumber: Juiceonline
9. Siapakah isteri P. Ramlee?
P. Ramlee pernah berkahwin sebanyak tiga kali iaitu:
- Junaidah Daeng Harris pada 17 September 1947
- Noorizan Mohd. Noor pada 6 Februari 1955
- Saloma pada 21 November 1961
10. Siapakah anak-anak P. Ramlee?
P. Ramlee mempunyai dua orang anak kandung dan 8 orang anak angkat serta anak tiri:
- Mohd Nasir: Anak kandung bersama Junaidah
- Arfan: Anak kandung bersama Junaidah
- Sazali
- Abdul Rahman
- Norma
- Armali
- Betty
- Zakiah
- Sabaruddin
- Dian P. Ramlee
11. Senarai filem P. Ramlee
Sepanjang hidupnya P. Ramlee telah menghasilkan sebanyak 401 buah lagu dan 66 buah filem seperti:
- Abu Hassan Penchuri
- Ahmad Albab
- Ali Baba Bujang Lapok
- Aloha
- Anak Bapak
- Anak-ku Sazali
- Anjoran Nasib
- Antara Dua Darjat
- Antara Senyum Dan Tangis
- Bakti
- Bujang Lapok
- Bukan Salah Ibu Mengandung
- Chinta
- Dajal Suchi
- Di Belakang Tabir
- Do Re Mi
- Doktor Rushdi
- Enam Jahanam
- Gelora
- Gerimis
- Hang Tuah
- Hujan Panas
- Ibu
- Ibu Mertua Ku
- Jangan Tinggal Daku
- Juwita
- Kanchan Tirana
- Keluarga 69
- Labu Dan Labi
- Laksemana Do Re Mi
- Love Parade
- Madu Tiga
- Masam Masam Manis
- Melanchong Ke Tokyo
- Merana
- Miskin
- Musang Berjanggut
- Nasib
- Nasib Do Re Mi
- Nasib Si Labu Labi
- Nilam
- Noor Asmara
- Nujum Pak Belalang
- Pancha Delima
- Panggilan Pulau
- Patah Hati
- Penarek Becha
- Pendekar Bujang Lapok
- Penghidupan
- Perjodohan
- Putus Harapan
- Putus Sudah Kaseh Sayang
- Rachun Dunia
- Ragam P Ramlee & Damaq
- Sabarudin Tukang Kasut
- Se Merah Padi
- Sedarah
- Sejoli Seniman Bujang Lapok
- Sarjan Hassan
- Sesudah Suboh
- Siapa Salah
- Sitora Harimau Jadian
- Sumpah Orang Minyak
- Takdir Illahi
- Tiga Abdul
12. Apakah darjah kebesaran yang diperolehi oleh P. Ramlee?
P. Ramlee menerima Pingat Kebesaran Ahli Mangku Negara(A.M.N.) daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ketiga dan juga Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 6 Jun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri.
13. Kepulangan P. Ramlee ke pangkuan ilahi
P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun akibat sakit jantung. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur
14. Legasi P. Ramlee
Sebagai memperingati jasa beliau:
- Rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai Pustaka Peringatan P Ramlee
- Jalam Parry ditukar kepada Jalan P. Ramlee pada tahun 1982. Di Kuching juga terdapat sebatang jalan yg dinamakan Jalan P. Ramlee.
- P. Ramlee turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran “doktor”.
15. P. Ramlee dan Google Malaysia
Pada 22 Mac 2017, sempena ulangtahun kelahirannya ke-88 Google Malaysia memberikan penghargaan kepada P. Ramlee dengan mengabadikan beliau dalam imej doodle yang dipaparkan di bahagian hadapan enjin carian Google.

Sumber: Slideshare
Itulah dia info tentang biodata P. Ramlee: 15 perkara tentang Tan Sri P. Ramlee yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang biodata Syed Saddiq dan latar belakang Vivy Yusuf.
Rujukan:
2. Wikipedia
Rujukan
Maklumat dalam artikel ini disediakan berdasarkan sumber yang boleh dipercayai. Pengguna digalakkan merujuk sumber asal untuk kepastian lanjut.