Teh merupakan minuman berkafein dan dihasilkan daripada daun teh ataupun nama saintifiknya camellia sinensis atau camellia thea. Biasanya teh diminum secara panas ataupun sejuk.

Cara pemprosesan teh melibatkan pengoksidaan, pemanasan dan pengeringan. Di samping itu, untuk memberikan rasa yang berbeza dan peningkatan kualiti, teh biasanya telah dicampurkan dengan pelbagai jenis herba, rempah, bunga-bungaan dan juga perisa buah-buahan.

Sedapnya kalau dapat teh ais sejuk kan? Terdapat banyak jenis air teh ais boleh anda cuba. Teh ais telah dihasilkan dengan pelbagai jenis perisa, rasa dan warna. Jom lihat 7 resipi air teh ais sedap dan tricks untuk cuba pastinya jimat dan padu.

1. Teh Ais Kaw-kaw

air teh ais
Imej via [gramho]

Air teh ais Kaw-kaw adalah salah satu bentuk teh sejuk yang disajikan dengan ais yang rasanya amat manis dan pekat. Bagi anda yang belum tahu cara pembuatan air teh ais kaw-kaw, bolehlah mengikuti resipi ini.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat air teh ais kaw-kaw ini adalah 3 sudu besar teh wangi atau teh serbuk, 3 sudu besar susu pekat, 2 sudu besar susu cair dan sesudu besar madu asli.

Baiklah, jom kita lihat cara hasilkannya pula. Pertama sekali, pastikan air tersebut mendidih dengan panas dan ianya menggelegak. Kedua, rendamkan serbuk teh tersebut selama 15 minit.

Kemudian, tapis serbuk teh tersebut dan ambil airnya. Selepas itu campurkan bahan-bahan tadi sehingga warnanya menjadi kekuningan. Jadi, air teh ais kaw-kaw dah siap. Hanya perlu masukkan ais dan ianya sedia untuk di minum.

2. Teh Ais Thai

air teh ais
Imej via [thevocket]

Air teh ais Thai pada asalnya datang dari nama serbuk teh yang dibuat oleh kilang di Thailand. Lama kelamaan ianya dipanggil teh ais Thai. Rasanya amat sedap dan dikatakan boleh menjadi sebagai minuman untuk kuruskan badan.

Bahan yang diperlukan untuk membuat teh ini adalah satu uncang teh Thai, air panas, susu sejat, ais, gula pasir, kayu manis dan juga bunga lawang.

Cara untuk sediakannya adalah dengan memasukkan satu uncang teh Thai dan juga gula ke dalam gelas. Kemudian, masukkan air panas sebanyak ¾ gelas dan biarkan selama 30 minit.

Selepas itu, masukkan susu hingga penuh gelas. Selepas itu, anda boleh masukkan kayu manis dan bunga lawang. Akhir sekali, letakkan ais dan air teh ais Thai sedia untuk diminum.

3. Teh Ais Laici

air teh ais
Imej via [facebook]

Cara untuk membuat air teh ais laici amatlah senang. Rasanya pula amat sedap dan digemari oleh para peminat teh ini. Teh laici juga sesuai dijadikan minuman penyejuk badan dan sebagainya.

Bahan yang diperlukan untuk membuat air teh ais laici adalah uncang teh, laici, gula dan ais. Cara untuk membuatnya adalah dengan masukkan laici kedalam gelas.

Kemudian, masukkan uncang teh dan tuangkan air panas. Biarkan selama 5 minit dan masukkan ais. Jadi, teh laici kita sudah siap dan sedia untuk diminum.

4. Teh Beng Vanilla

air teh ais
Imej via [encikshino]

Air teh ais Vanilla ataupun dikenali dengan Teh Beng Vanilla mempunyai bau yang amat wangi dan rasanya amat sedap. Teh Beng Vanilla juga pernah viral dan banyak dijual di tepi jalan. Sekali anda minum, pasti nak lagi!

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat teh ini adalah 5 uncang tah lipton, ½ penutup esen vanilla, 4 cawan air masak, ¾ susu cair, 6 sudu susu pekat, 1 sudu gula, ais krim vanilla, agar-agar dan 1 sudu perisa jagung.

Cara membuatnya adalah dengan memanaskan air sehingga mendidih dan kemudiannya masukkan uncang teh tersebut. Kemudian, biarkan ia sehingga warnanya menjadi pekat.

Selepas warnanya menjadi pekat, masukkan susu cair bersama susu pekat. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan gula. Masukkan sedikit ais dan ianya sudah sedia untuk diminum.

5. Teh Ais Cincau Kaw & Piaw

air teh ais
Imej via [twitter]

Air teh ais Cincau Kaw & Piaw adalah air teh ais yang sedikit terkenal setakat ini berbanding dengan air teh ais yang lain. Ia boleh dikatakan agak unik kerana menggunakan cincau dalam resipinya.

Rasa macam ais kacang pula kan, sebab ada cincau yang menyelerakan. Baiklah, bagi anda yang ingin mencuba teh ais cincau kaw & piaw, ini adalah resepinya.

Bahan-bahannya adalah teh serbuk, susu full cream, gula, cengkih, kayu manis, buah pelaga dan cincau. Cara-cara membuatnya adalah dengan memanaskan air di dalam periuk terlebih dahulu dan masukkan kesemua bahan-bahan tersebut.

Apabila warna teh sudah naik, anda bolehlah tutup api. Kemudian, letakkan teh tersebut dengan ais dan cincau. Jadi, teh ais cincau kaw & piaw telah siap dan sedia untuk dihidangkan.

6. Teh Ais Dhaka

air teh ais
Imej via [arisanya]

Air teh ais ini lebih kurang sahaja dengan Teh Ais Cincau tadi. Apa yang uniknya, dikatakan teh ini amat popular di Dhaka, Bangladesh. Jadi, sebab itulah namanya teh ais Dhaka.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk penyediaan teh ini adalah serbuk teh, susu full cream, gula, 2 biji buah pelaga, kau manis, cengkih dan cincau. Cara pembuatannya pun sama seperti teh ais Cincau Kaw & Piaw tadi.

7. Teh Ais Lemon

air teh ais
Imej via [nakita]

Air teh ais Lemon bukan sahaja membuatkan kita rasa akan kesedapannya, tetapi campuran teh dengan lemon juga agak menyegarkan. Ramuan yang diperlukan untuk membuatnya adalah 2 sudu besar perahan lemon, 1 sudu madu, 1 cawan teh, ais dan juga 3 hirisan lemon.

Untuk menyajikannya, ambil secawan teh dan campurkan dengan kesemua bahan-bahan tersebut. Apabila ianya sudah sebati, masukkan ais dan ianya siap untuk dihidangkan.

air teh ais
Imej via [says]

Kesimpulannya, resipi air teh ais di atas amat sesuai untuk diminum pada setiap waktu. Ia juga dapat menyejukkan badan dan melegakan kehausan. Namun, jangan minum dengan kerap kerana khuatir mendatangkan penyakit kencing manis pula nanti.

Jom baca juga skim cepat kaya, Tengku Amir Shah, ikan jerung megalodon danBiodata Dr sheikh Muszaphar Shukor.

Rujukan

  1. Resepi teh ais cincau kaw & piaw https://www.tengkubutang.com/2018/05/resepi-teh-ais-cincau-kaw-piaw.html
  2. Ini cara-cara nak buat teh ais dhaka yang tengah viral! https://gegar.my/viral/trending/teh-ais
  3. Ice Lemon Tea https://cookpad.com/my/recipes/11684468-ice-lemon-tea?via=search&search_term=teh%20o%20ais%20lemon
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.