Sebut sahaja angkasawan, pasti kita terkenangkan Neil Armstrong dan Edwin Aldrin. Mana tidaknya, kedua-duanya adalah angkasawan yang pertama dan kedua-duanya pernah menjejakkan kaki di bulan pada tahun 1969.

Bagi orang Rusia, siapa yang tidak mengenali Yuri Gagarin? Beliau adalah orang pertama di angkasa selepas kapal angkasa Vostoknya berjaya mengorbit bumi pada 12 April 1961. 

Kita juga seharusnya berbangga kerana mempunyai angkasawan pertama negara iaitu Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Dr Sheikh Muszaphar Shukor adalah anak kelahiran Kuala Lumpur yang berdarah Arab-Melayu dan dilahirkan pada 27 Julai 1972.

biodata sheikh muszaphar shukor
Imej via [article]

Biodata Angkasawan Malaysia: Pendidikan Dan Kerjaya

Beliau bersekolah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Muar dan pernah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Kasturba Medical College, Manipal, India. 

Sebelum dikenali sebagai angkasawan pertama di negara ini, Dr Sheikh Muszaphar Shukor adalah pakar bedah ortopedik dan pernah bertugas di beberapa buah hospital.

Beliau juga dikatakan pernah menjadi model sambilan. Untuk mengetahui bagaimana Dr Sheikh Muszaphar berpeluang menjadi angkasawan nasional, kita harus melihat balik sejarah Program Angkasawan Negara. 

Status Dan Kekeluargaan

Dr. Sheikh Muszaphar Shukor telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2010 yang lalu dengan Dr. Halina Mohd. Yunos. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang puteri yang sangat comel, iaitu Sophea Natasha dan Sophea Isabella.

Dari latar Belakang adik beradik pula, beliau merupakan anak ketiga daripada lima orang adik beradik.

angkasawan
Imej via [thestar]

Bagaimana Terlibat Menjadi Angkasawan Negara

Program Angkasawan ini diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri ke 4 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai sebahagian daripada program bersama dengan Rusia.

Projek ini adalah projek pemerintah ke kerajaan atau dipanggil G2G yang dihasilkan melalui pembelian jet pejuang Sukhoi Su-30MK untuk digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Melalui perjanjian ini, Moscow bersedia menanggung kos melatih dua orang rakyat Malaysia untuk perjalanan ke angkasa dan calon yang dipilih akan dihantar ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada bulan Oktober 2007 selepas itu.

Pemilihan angkasawan ini menyaksikan ramai yang mendaftar dalam program ini dan peserta adalah dari pelbagai latar belakang. Tetapi setelah melalui pelbagai peringkat saringan yang ketat, hanya empat peserta sahaja yang terpilih. Keempat-empat finalis itu terpilih untuk merebut dua slot individu yang akan berlatih di Star City selama 18 bulan. 

Mencipta Sejarah: Dipilih Sebagai Angkasawan Negara Muslim Pertama

Selain Dr Sheikh Muszaphar Shukor, senarai itu juga merangkumi Dr Faiz Khaleed, Mohammad Faiz Kamaluddin dan Siva Vanajah. Setelah berbincang oleh pihak jawatankuasa, dua nama dipilih, iaitu Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Faiz.

Star City menjadi rumah kedua mereka selama 18 bulan untuk memperkuat persiapan mereka sebagai angkasawan ke angkasa lepas.

Pada 10 Oktober 2007, Dr Sheikh Muszaphar Shukor bersama Yuri Malenchenko (Rusia), Peggy Whitson (AS) dan Yi So-yeon (Korea Selatan) berlepas ke angkasa lepas dalam misi Soyuz TMA-11.

angkasawan negara
Imej via [see.news]

Semasa berada di ISS selama 10 hari, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor melakukan pelbagai eksperimen seperti mengkaji ciri-ciri dan pertumbuhan sel barah dan leukemia. Beliau juga mengkaji proses penghabluran pelbagai jenis protein dan mikroba. 

Oleh kerana Dr. Sheikh Muszaphar Shukor adalah angkasawan Muslim dan waktu yang dipilih secara kebetulan pada akhir bulan Ramadan, Majlis Fatwa Kebangsaan juga menghasilkan buku panduan untuk angkasawan Muslim ketika berada di angkasa.

Buku panduan yang bertajuk Panduan Cara Beribadah di Stesen Angkasa Antarabangsa, menjelaskan perkara-perkara seperti cara berdoa dalam keadaan mikrograviti, cara mengesan arah kiblat dari ISS dan isu puasa di ISS.

Kenangan Yang Tidak Boleh Dilupakan

Dr Sheikh Muszaphar Shukor meraikan Aidilfitri bersama kru ISS dan berkongsi beberapa biskut, sate dan kuih raya pada 13 Oktober 2007.

Setelah berada di ISS selama 10 hari, dia meninggalkan ISS dengan Soyuz TMA-10 bersama Yuri Kotov (Rusia), Fyodor Yurchikin (Rusia) dan Charles Simonyi (AS).

TMA-10 berlepas dari ISS pada 21 Oktober tetapi menghadapi beberapa masalah ketika cuba memasuki atmosfera bumi. Dari kejadian itu, mereka terpaksa mendarat di sebelah barat Arkalyk, 340 kilometer di barat daya tempat pendaratan sebenar Kazakhstan. 

Sejak pulang dari angkasa, Dr Sheikh Muszaphar Shukor dianggap sebagai selebriti. Bagi beliau, status itu sama sekali tidak mempengaruhi dirinya. Ini kerana menurutnya, perginya beliau ke angkasa lepas bertujuan untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia, terutama dalam bidang angkasa lepas.

angkasawan negara
Imej via [malaymail]

Beliau telah dijemput banyak kali untuk memberi kuliah dan berkongsi pengalamannya semasa berada di angkasa bukan sahaja di dalam negeri tetapi juga di luar negara seperti Amerika Syarikat, Belanda dan Brunei.

Minatnya terhadap dunia angkasa masih membara walaupun sudah 12 tahun misi ke ISS berlalu. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor juga menyeru kepada pemerintah untuk meneruskan program angkasawan kedua negara.

Harapan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

Beliau berharap jika dapat diteruskan, seorang teman lamanya dari Star City, Dr Faiz, akan dipertimbangkan semula untuk program tersebut. 

Tahun lalu, setelah mendengar tentang rencana Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang merancang untuk menghantar angkasawan nasional ke angkasa menjelang 2030, Dr Sheikh Muszaphar Shukor meminta kerajaan untuk bekerjasama dengan China.

Beliau juga berharap agar angkasawan kedua negara nanti adalah dari kaum wanita pula jika diizinkan.

Itulah dia kisah angkasawan negara dan biodata Sheikh Muzaffar Syukor yang menjadi inspirasi kepada belia-belia Malaysia. Sememangnya beliau harus dijadikan contoh dan model kejayaan kepada ramai orang.

Jom baca juga Skim Cepat Kaya, halau lipas dalam kereta, renovate bilik air dan renovate bilik tidur.

Rujukan

  1. Dr Sheikh Muszaphar angkasawan malaysia pertama https://brilliantcrewlegacy.blogspot.com/2017/02/tokoh_26.html
  2. Biodata Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor https://sheilawa.wordpress.com/2010/10/10/biodata-datuk-dr-sheikh-muszaphar-shukor/
  3. Dr Sheikh Muszaphar Shukor – Angkasawan Pertama Negara https://www.thepatriots.asia/dr-sheikh-muszaphar-shukor-angkasawan-pertama-negara/
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.