Siapa yang tak kenal dengan Tengku Amir Shah, pasti kita akan teringatkan wajahnya yang tampan dan seorang yang manis senyumannya. Baginda juga aktif di instagram serta merupakan kerabat di raja yang popular.

Jom kami sajikan anda dengan biodata Tengku Amir Shah. Mengenali beliau pasti akan membuatkan anda teruja!

Latar Belakang Tengku Amir Shah

tengku amir shah
Imej via [bharian]

Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah telah diputerakan pada 12 Disember 1990 di hospital Pacific Presbyterian, San Francisco, Amerika Syarikat.

Baginda merupakan satu-satunya putera dan anakanda bongsu kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Idris Shah Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Yang Amat Berbahagia Cik Puan Nur Lisa Idris.

Rupanya tampan persis lelaki Eropah adalah kerana Yang Amat Berbahagia Cik Puan Nur Lisa merupakan wanita yang berasal daripada Amerika Syarikat.

Tengku Amir Shah merupakan anakanda bongsu daripada 3 beradik. Baginda mempunyai dua orang kakanda sebapa yang cantik dan manis iaitu, Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah.

Pendidikan Tengku Amir Shah

tengku amir shah
Imej via [straitstimes]

Tengku Amir Shah telah mendapatkan pendidikan yang terbaik di sekolah rendah dan sekolah menengah di Alice Smith School, Kuala Lumpur.

Selepas menamatkan pendidikan rendah dan menengah di Alice Smith School, baginda melanjutkan pelajaran di Wellington College, Amerika Syarikat pada tahun 2004.

Pengajiannya di Wellington College, Amerika Syarikat sehingga peringkat A-Level dan telah menamatkan pengajian pada tahun 2009. Tengku Amir Shah seterusnya telah menyambung pengajiannya di Leeds University, United Kingdom.

Di sana, baginda memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ecology and Environmental Biology pada tahun 2014.

Masihkah anda ingat bahawa Tengku Amir Shah telah dilantik sebagai Raja Muda Selangor pada 3 Mei 2002 yang lalu ketika berusia 12 tahun? Namun, baginda akan ditabalkan sebagai Raja Muda Selangor apabila usia baginda mencecah 21 tahun.

Sebab itulah pada 8 Oktober 2016 yang lalu ketika baginda berusia 26 tahun, baginda telah ditabalkan sebagai Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor yang ke-9.

Tengku Amir Shah: Kelayakan Dan Bidang Yang Diceburi

Tengku Amir Shah juga amat meminati dalam bidang ketenteraan. Baginda telah mengikuti kursus persediaan ketenteraan di Kem Port Dickson. Selepas itu, Tengku Amir Shah telah menyambung latihan di Royal Military Academy di Sandhurst, United Kingdom dan menamatkan latihan pada bulan April 2016 yang lepas.

Pada 19 Julai 2016 yang lalu, baginda Tengku Amir Shah telah mendapat Watikah Tauliah Pegawai Muda Tentera Darat Tauliah Luar Negara. 

Baginda juga telah menerima pangkat Leftenan Muda di PARAWOOD Ke-8 Rejimen Renjer DiRaja (RRD) di Kem Terendak di Melaka. Sebagai seorang Raja Muda Selangor yang masih di usia belia, baginda amat prihatin dengan pembangunan belia terutamanya di negeri Selangor.

Bermula pada tahun 2014, baginda telah terlibat dalam persatuan belia di sekitar Shah Alam.

tengku amir shah
Imej via [inikanbola]

Tengku Amir Shah: Cenderung, Minat Dan Hobi

Tahukah anda, Tengku Amir Shah ini merupakan Penaung DiRaja Selangor Youth Community (SAY). Apa yang menariknya mengenai Tengku Amir Shah, baginda juga amat mengambil berat dengan alam sekitar. Jadi, sebab itulah berbasikal merupakan sukan kegemaran Tengku Amir Shah. 

Selain itu, Tengku Amir Shah juga Penaung DiRaja penyokong bola sepak negeri Selangor, Penaung pertubuhan amal seperti Cheshire Home. Yayasan Raja Muda Selangor juga Tengku Amir Shah merupakan penaungnya semenjak tahun 2003 yang lalu.

Hobi Tengku Amir Shah pula adalah bermain golf, menonton perlawanan bola sepak dan juga meminati sukan lasak.

Program Kebajikan

Dalam hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan masyarakat Selangor pula, baginda juga merupakan Penaung Diraja bagi Pertubuhan Kebajikan Selangor dan Make A Wish Malaysia.

Tengku Amir Shah sering menyertai program-program kesedaran kesihatan kepada masyarakat seperti tentang bahayanya penyalahgunaan dadah.

Tengku Amir Shah juga aktif menghadiri majlis-majlis keagamaan yang telah dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Majlis yang sering dihadirinya adalah seperti majlis berbuka puasa dan majlis perasmian masjid.

Gelaran Yang Pernah Di Sandang

Sebagai pewaris takhta utama negeri Selangor, Tengku Amir Shah telah dianugerahi dengan Darjah Kerabat Yang Amat DiHormati (D.K.) Selangor pada 11 Disember 2016 yang lalu selepas ditabalkan sebagai Raja Muda Selangor.

Tengku Amir Shah juga merupakan penyandang Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran Dato’ Seri serta Darjah Seri Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) yang membawa gelaran Dato’ Setia.

Disebabkan keakraban diantara keluarga diraja Selangor dan Kelantan, baginda telah dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan (S.P.M.K.) oleh KDYMM Sultan Muhammad ke 5 pada tahun 2011.

Tengku Amir Shah Berjiwa Rakyat

Bagi rakyat Selangor pula, satu keuntungan buat mereka kerana mendapat Raja Muda yang berjiwa rakyat. Tengku Amir Shah sering berjumpa dengan rakyat Selangor semasa bulan Ramadhan sewaktu membeli di Bazaar Ramadhan.

Ada juga yang mengatakan baginda hanya mengenakan pakaian macam rakyat biasa pakai semasa membeli di Bazaar Ramadhan tersebut.

tengku amir shah
Imej via [freemalaysiatoday]

Peribadinya yang mudah mesra serta bersahaja disenangi oleh setiap lapisan masyarakat di negeri Selangor. Tengku Amir Shah juga merupakan seorang yang suka berjenaka dan pandai mengambil hati sesiapa sahaja. Lantaran itu, rakyat Selangor tidak berasa kekok apabila berjumpa dengan baginda.

Layanan yang diberikan oleh Tengku Amir Shah juga telah membuatkannya digelar ‘Raja Muda Berjiwa Rakyat’ oleh masyarakat Selangor yang dikatakan sama seperti nendanya, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Nendanya juga disayangi oleh setiap lapisan rakyat Selangor. Sebab itulah, orang lama yang melihat atau berjumpa dengan Tengku Amir Shah, akan mengatakan perwatakan baginda sama seperti nendanya.

Jom baca juga skim cepat kaya, halau lipas dalam kereta, dr sheikh muszaphar shukor dan ikan jerung megalodon.

Rujukan

  1. Humble and down to earth https://www.thestar.com.my/news/nation/2016/12/11/humble-and-down-to-earth
  2. Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah https://ms.wikipedia.org/wiki/Tengku_Amir_Shah_ibni_Sultan_Sharafuddin_Idris_Shah
  3. PEWARIS : DYTM Tengku Amir Shah http://warisanpermaisuri.blogspot.com/2017/07/pewaris-dytm-tengku-amir-shah.html
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.