Zaman sekarang susah untuk mendapatkan rumah yang cantik, keadaan fizikal yang baik dan harga yang berpatutan. Harga rumah semakin tahun semakin naik kerana rumah adalah salah satu aset tetap. Ia juga merupakan aset yang semua orang perlu ada. Mudahkan cerita, jika ada rumah kehidupan kita akan menjadi senang.
Namun, bukan semua orang dapat memiliki sebuah rumah. Jika kewangan tidak diuruskan dengan baik, maka impian untuk memiliki sebuah rumah hangus begitu sehaja. Oleh sebab itu, wajib untuk kita tahu bagaimana menguruskan kewangan.
Selepas berjaya menstabilkan kewangan diri dan mengumpul duit untuk membeli rumah, baru lah boleh membeli rumah dengan senang dan tenang. Tetapi ada satu kesilapan yang selalu orang lakukan iaitu membuat keputusan membeli rumah dengan terburu-buru tanpa memeriksa dengan terperinci.
Kesilapan ini selalu dilakukan oleh pembeli kerana terlalu terburu-buru dan percaya bulat-bulat dengan apa yang dikatakan oleh pemaju rumah. Sebelum kita membeli rumah, kita perlu tahu teknik-teknik yang digunakan oleh pemaju untuk menjual rumah.
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 6 teknik iklan pemaju guna jual rumah. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.
Arkitek atau jurureka dalaman akan sediakan gambar sangat real. Sampai kita susah nak pastikan, ini foto atau ilustrasi sahaja. Lawat kawasan tersebut, jangan sesekali percaya dengan gambar saja. Lepas siap, langsung tak sama. Padan muka kita.
Kita bila sebut dapat kabinet percuma, snp percuma, tv lcd percuma, pagar percuma dah berebut nak beli. Hakikatnya, kebanyakkan pemaju masukkan semua benda ini dalam harga sedia ada.
“Kita dah habis stok percuma, laku keras nie”.
Jangan mudah kagum dengan semua anugerah yang pemaju dapat. Seperti gelaran dato juga. Takkan tak boleh faham juga. Ada pemaju menang anugerah, pintu rumah senget pun ada.
Ilustrasi asal dan pelan rumah skala adakalanya berbeza. Dalam ilustrasi katil dikecilkan agar ruang bilik nampak luas. Pelan asal, memang tidak disertakan atau sengaja dilupakan. Sejak 2014 semua pemaju wajib sertakan pelan asal dalam perjanjian.
“Jalan kaki ke KLIA seminit sahaja”.
“Pejabat Putrayaja 2 minit saja kalau melangkah longlai”. Dalam iklan semua dekat belaka. Lawat dan rasakan bila jem, berapa lama sampai rumah.
“Unit nie dah last, lepas nie tak ada lagi”.
Hakikatnya fasa baru ada 3888 unit lagi dalam pembinaan. Jangan gelojoh dan gopoh buat keputusan hutang 35 tahun hidup kita.
*Ingat, jangan mudah tertipu dengan iklan atau ayat-ayat manis pemaju. Kadang-kadang, mereka mengambil kesempatan atas kedesakkan kita untuk membeli rumah. Bukan semua pemaju adalah seorang penipu, cuma kita perlu berhati-hati dan lebih banyakkan buat kaji selidik tentang rumah yang hendak dibeli. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.