Tanjung Rambutan sinonim dengan hospital sakit jiwa. Rata-rata mengetahui di Tanjung Rambutan terdapat Hospital Bahagia yang menempatkan pesakit yang gila atau mengalami masalah mental. Namun tak ramai yang tahu sejarah pembinaan hospital yang ikonik ini. Hari ini kami akan kongsikan sejarah dan kisah pembinaan Tanjung rambutan yang tak ramai orang tahu.
Hospital Bahagia yang terletak di Tanjung Rambutan adalah hospital yang mengkhususkan kepada penjagaan mental. Ia adalah hospital mental yang paling tua di Malaysia. Ia juga merupakan hospital sakit jiwa yang paling popular. Yang sebenarnya terdapat beberapa versi tentang sejarah awal pembukaan Tanjung Rambutan.
Kisah pertama menyatakan bahawa Tanjung Rambutan dibuka pada tahun 1800 oleh pendatang dari Indonesia yang berketurunan Rawa. Kisah ini berkemungkinan adalah benar memnadangkan pada masa tersebut terdapat sebatang anak sungai bernama Jugoh yang merupakan perkataan dalam bahasa Rawa yang bermaksud “Tertegak”.
Kisah kedua menceritakan bahawa Tanjung rambutan dibuka oleh sekumpulan pendatang Indonesia berketurunan Mendeleng. Mereka membuka penempatan baru di hulu Sungai Kinta. Ia dinamakan sebagai Tanjung Rambutan kerana terdapat sebuag tanjung di situ dan juga sebatang pokok rambutan sebesar satu pemeluk orang dewasa. Pokok rambutan besar itu dikatakan berada berhampiran Stesyen Keretapi Tanjung Rambutan.
Apabila Tanah Melayu dijajah oleh British, Pekan Tanjung Rambutan terus berkembang pesat. Pada tahun 1911 sebuah Hospital sakit jiwa telah dibina di sana dengan nama “Federal Lunatic Asylum”.
Federal Lunatic Asylum dibina sebagai sebuah yayasan psikiatri yang kecil dengan 3 buah wad lelaki dan sebuah wad perempuan. Pada tahun 1928, nama Federal Lunatic Asylum telah ditukar kepada Central Mental Hospital. Pada tahun 1971, sekali lagi namanya ditukar iaitu menjadi Hospital Bahagia, Ulu Kinta.
Keluasan asal Hospital Bahagia Ulu Kinta ialah 544 ekar. 300 ekar digunakan untuk mendirikan bangunan dan bakinya digunakan untuk aktiviti–aktiviti pemulihan pesakit seperti aktiviti pertanian, penternakan dan perikanan. Pad tahun 2007 sebanyak 41 ekar telah diserahkan untuk pembinaan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta. Maka saiz Hospital Bahagia pada hari ini adalah lebih kecil daripada yang asal.
Pastinya anda ingin tahu apakah fungsi Hospital Bahagia yang terletak di Tanjung Rambutan ini. Apa yang kita tahu, hospital ini merawat mereka yang mengalami masalah jiwa. Namun yang sebenarnya, ia berfungsi untuk:
Pesakit yang tidak dapat dikawal akan ditempatkan di kawasan khas dengan pemerhatian yang serius. Bagi pesakit yang boleh dikawal dan tidak merbahaya, merek akan diberikan latihan sebagai salah satu terapi rawatan. Terdapat aktiviti pertanian, penternakan dan perikanan untuk pesakit lelaki. Manakal pesakit wanita dilatih dengan aktiviti kraf tangan seperti menjahit.
Hasil kraftangan dan pertanian daripada penghuni di sini dijual kepada orang ramai dengan harga lelong. Orang ramai boleh datang ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan untuk melihat hasil tangan mereka dan jika ada yang berkenan bolehlah dibawa pulang sebagai kenang-kenangan.
Pada hari ini Hospital Bahagia Tanjung Rambutan adalah yayasan psikiatri terbesar di Malaysia. Hari ini ia telah berusia 119 tahun dah masih menawarkan rawatan dan penjagaan bagi pesakit yang mengalami masalah jiwa. Pesakit disini akan dirawat sehingga betul-betul sihat sebelum disahkah mendapat pengesahan doktor untuk dibenarkan pulang ke rumah. Apabila dibenarkan pulang, pesakit akan menjalani kehidupan seperti manusia lain yang normal. Namun ada juga yang masih perlu meneruskan pengambilan ubat-ubatan.
Dari semasa ke semasa ada pesakit yang perlu datang semula untuk menjalani pemeriksaan untuk dinilai tahap kesihatan mentalnya, dan juga bagi memastikan ubat yang dibekalkan dimakan dengan teratur mengikut jadual. Piagam Pelanggan Hospital Bahagia Tanjung Rambutan adalah seperti berikut:
1. Setiap pesakit akan diberi rawatan, penjagaan dan pemulihan yang berkualiti di hospital ini.
2. Setiap pesakit yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk ke hospital lain yang sesuai.
3. Setiap pelanggan akan di layan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat-menghormati, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
4. Setiap pesakit diberi jaminan bahawa sifat-sifat kemuliaannya akan dipelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang.
5. Setiap pesakit atau warisnya akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.
6. Setiap pelanggan akan diberi latihan berkualiti dan praktikal bagi memahami kehendak dan keperluan peribadi serta mengikuti kokurikulum / jadual
Tahukah anda bahawa yang sebenarnya terdapat banyak daya tarikan di Tanjung Rambutan yang menjadikannya pusat perlancongan cuti-cuti Malaysia. Di antaranya ialah:
Itulah dia info tentang sejarah dan kisah Tanjung Rambutan tempat orang gila yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang sejarah Mimaland , Mahsuri dan biodata ringkas dan sejarah hidup Tun Mahathir
1. Profil Mukim. PPMKTR
2. Sejarah Hospital Tanjung Rambutan. Orangperak
3. MOH