Australia adalah salah satu negara yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia yang ingin melancong ke luar negara. Namun tahukah anda bahawa Australia adalah salah satu negara yang mempunyai pintu masuk negara yang ketat. Terdapat beberapa perkara yang anda perlu patuhi agar mendapat kebenaran untuk memasuki negara tersebut. Jom kami kongsikan 10 perkara perlu tahu sebelum melancong ke Australia yang anda wajib tahu.

Sumber: Drifttravel

1. Pelan perjalanan termasuk tiket kapal terbang balik ke Malaysia

Jika anda pergi ke Australia, pastikan anda mempunyai pelan perjalanan semasa di sana beserta tiket kapal terbang untuk balik ke Malaysia. Ini kerana semasa ketibaan anda di lapangan terbang, pihak imigresen Australia berhak untuk membuat pemeriksaan ke atas anda termasuk meminta untuk melihat pelan perjalanan dan tiket penerbangan pulang anda.

Ini adalah kerana terlalu ramai rakyat Malaysia yang bekerja secara haram sebagai pemetik buah di Australia dan ada yang tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan sehingga menyebabkan rakyat Malaysia dipandang agak serong di Australia dan akan diperhatikan dengan lebih ketat semasa tiba di sana. Jika kedatangan anda ke Australia diragui, anda mungkin tidak dibenarkan untuk masuk ke sana dan diminta untuk pulang semula ke Malaysia.

Oleh itu, sebelum terbang ke Australia pastikan anda menyediakan perkara berikut:

  • Tiket penerbangan pulang ke Malaysia
  • Tempahan hotel
  • Tempahan kenderaan jika ada
  • Pelan perjalanan dengan menulis dengan terperinci negeri yang akan anda lawati serta tempoh lawatan

2. Membuat pengakuan semua barang yang anda bawa

Oleh kerana Australia mempunyai pintu masuk negara yang ketat, anda juga perlu membuat pengakuan semua barangan yang anda bawa, terutamanya makanan. Tandakan “yes” pada ruangan yang berkaitan dengan makanan yang anda bawa. Sebagai contoh, jika anda membawa sardin dalam tin pastikan anda tandakan “yes” pada ruangan seafood.

Malahan jika anda membawa sambal ikan bilis dalam tin, anda juga perlu tandakan “yes” pada ruangan plant memandangkan terdapat cili dalam sambal yang dibawa. Begitulah ketatnya imigresen di Australia. Jika nak selamat, tandakan saja “yes” pada semua ruangan yang mana merupakan bahan dalam masakan yang anda bawa.

Jika anda gagal untuk membuat pengakuan dan anda ditangkap memiliki bahan tersebut, anda boleh dikenakan hukuman malah boleh dipenjarakan. Ianya bukanlah sesuatu yang remah dan boleh diambil mudah.

3. Produk berasaskan tenusu dan daging dilarang dibawa masuk ke Australia

Australia sangat tegas dalam menapis makanan yang dibawa masuk ke dalam negaranya. Untuk pengetahuan anda, makanan yang berasaskan daging dan tenusu tidak dibenarkan dibawa masuk ke sana dan jika anda tertangkap berbuat demikian, bukan sahaja barang anda akan dirampas, malah anda juga akan didenda sebanyak $300. Ia bukanlah jumlah yang kecil bila ditukar kepada Ringgit Malaysia.

4. Pastikan anda bawa duit secukupnya

Semasa melancong ke Australia, anda perlu membawa sekurang-kurangnya $1000 jika anda merancang untuk tinggal lama di sana dan $400 jika anda bercuti di sana kurang dari satu minggu. Ada masanya pihak imigresen akan meminta untuk melihat berapa jumlah wang yang anda bawa bagi menapis mereka yang datang untuk bekerja secara haram di sana.

5. Soket Elektrik

Australia menggunakan soket 2 pin iaitu berbeza daripada soket yang kita gunakan di Malaysia. Oleh itu pastikan anda membawa travel adapter atau soket antarabangsa semasa bercuti di sana.

Sumber: Visatravelm

6. Lesen antarabangsa

Jika anda merancang untuk memandu sendiri semasa berada di Australia, anda memerlukan lesen antarabangsa untuk berbuat demikian kecuali semasa berada di Perth. Di Perth, lesen memandu Malaysia boleh digunakan.

7. Makanan halal mudah didapati

Makanan halal mudah didapati di Australia jadi anda tidak perlu risau tentang makanan semasa bercuti di sana. Terdapat pelbagai pilihan makanan halal untuk anda, di antaranya ialah:

  • Makanan arab
  • Makanan Malaysia
  • Makanan Indonesia
  • KFC

8. Hampir semua pasaraya ditutup pada pukul 5 petang

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan pusat membeli-belah, pasaraya dan mall di Australia akan ditutup pada pukul 5 petang. Dan pada hujung minggu dan cuti umum, ia akan dibuka lewat iaitu sekitar 10 pagi. Oleh itu jangan pula anda terkejut. Rancang dengan baik jika anda merancang untuk membeli-belah semasa di sana.

9. Patuhi Undang-undang semasa berada di sana

Patuhi undang-undang semasa berada di Australia memandangkan terdapat banyak cctv di sana. Anda pastinya tidak mahu tertangkap semasa melakukan jenayah di sana. Pastikan juga anda mematuhi undang-undang lalu-lintas dan jalan raya jika memandu sepanjang bercuti.

10. Pengangkutan awam yang efisien

Australi mempunyai sistem pengangkutan awam yang efisyen. Bas dan kereta api mempunyai jadual perjalanan tepat dan terdapat juga bas percuma di Perth yang membolehkan pelancong bersiar-siar di sekitar bandar. Tram percuma disediakan di Melbourne. Jadi, anda tidak perlu risau tentang pengangkutan semasa bercuti di sana.

Sumber: Exoticca

Itulah dia info  tentang 10 perkara perlu tahu sebelum melancong ke Australia yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang travel ke Jepun ,insurans perlindungan pelancong dan kerja di New Zealand.

Rujukan:

1. Mynameistraveller

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.