Kerja di Dubai kedengaran seperti menarik. Mungkin anda tertarik untuk bekerja di sana bila mendengar tentang gaji besar yang boleh diperolehi semasa bekerja di sana. Tambahan pula hakikat bahawa anda berpeluang untuk bekrja di tempat yang menarik pastinya membuatkan anda berasa teruja.

Sebelum anda membuat keputusan untuk bekerja di Dubai, apa kata anda baca dulu perkongsian kami tentang kerja di Dubai: tips, pengalaman, penipuan anda kena tahu sebelum ke sana.

Sumber: Midleeastonline

Tips bekerja di Dubai

Berikut adalah beberapa tips bekerja di Dubai yang ingin kami kongsikan kepada anda. Adalah sangat penting untuk anda mengetahui dan mengamalkan tips berikut bagi memudahkan urusan anda semasa bekerja di sana nanti.

1. Kuasai bahasa inggeris

Ini kerana walau pun ia berada dalam negara arab, namun 90% daripada penduduk di Dubai adalah dari golongan expat iaitu penduduk luar negara yang berhijrah dan tinggal di sana. Maka bahasa yang digunakan seharian dan dalam urusan rasmi ialah bahasa inggeris. Tak perlu risau kalau anda tak pandai berbahasa arab namun jika anda fasih dalam bahasa arab ia aman menjadi satu bonus. Apa yang paling penting pastikan anda mengusai bahasa inggeris dengan baik.

2. Cuaca di Dubai

Mungkin disebabkan Dubai adalah sebuah negara arab maka anda menjangkakan ia adalah sebuah negara padang pasir yang panas dan tandus sepanjang masa. Anda silap. Yang sebenarnya Dubai adalah sebuah kawasan bermusim yang mempunyai musim sejuk dan musim panas. Semasa musim panas, Dubai adalah sangat panas manakala semasa musim sejuk, Dubai akan menjadi terlalu sejuk.

Semasa musim sejuk, suhu di Dubai boleh mencecah sehingga 7 darjah celcius manakala semasa musim panas di dubai suhu boleh mencecah 50 darjah celcius. Boleh anda bayangkan betapa sejuka dan betapa panas cuaca di sana? Cuaca di Dubai boleh dikatakan sebagai ekstrem maka tak hairan kalau anda akan jatuh sakit semasa baru sampai di sana dan berada dalam proses untuk menyesuaikan diri. Dengan cuaca dan persekitaran.

3. Dubai bukan bandar yang mahal

Ramai bernaggapan bahawa Dubai adalah sebuah tempat yang mahal untuk didiami. Yang sebenarnya Dubai adalah destinasi yang mahal sekiranya anda memilih untuk hidup dengan cara yang mewah. Jika anda berhijrah dan bekerja di sana, anda akan mula mengenali selok-belok bandar tersebut dan akan mula menyedari bahawa kos hidup Dubai tidaklah semahal yang disangka.

Jika anda tak percaya, jom kami senaraikan 10 bandar paling mahal di dunia di mana nama Dubai tidak tersenarai di dalamnya:

1. Singapura

2. Paris

3. Hong Kong

4. Zurich

5. Geneva

6. Osaka

7. Seoul

8. Copenhagen

9. New York

10. Los Angeles

4. Bukan semua penduduk di Dubai adalah kaya

Seperti yang kami nyatakan tadi, 90% daripada penduduk Dubai adalah warga asing yang berhijrah ke sana untuk mencari rezeki. Sama seperti anda. Di kalangan mereka yang bekerja di Dubai, mereka terbahagi kepada golongan yang bergaji besar, sederhana dan kecil. Sama seperti mana-mana bandar di dunia. Oleh itu anda tidak perlu takut untuk berhijrah ke sana.

Sumber: constructionweekonline

Pengalaman dan penipuan tentang bekerja di Dubai

Menurut mereka yang pernah bekerja di Dubai, perkara yang paling sukar pada awalnya ialah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran, cuaca, dan masa di Dubai. Sebaik sahaja tiba di Dubai, anda akan mengalami perubahan masa iaitu 4 jam lewat berbanding di Malaysia. Katakan anda berlepas dari KLIA pada pukul 10.30, selepas 7 jam perjalanan, anda akan tiba di Dubai pada pukul 1.30 petang waktu Dubai. sedangkan waktu sebenar di Kuala Lumpur ialah 5.30 petang. Anda pastinya akan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan masa yang baru.

Selain itu anda juga perlu menyesuaikan diri dengan cuaca ekstrem di Dubai. Semasa musim panas Dubai akan menjadi sangat panas seperti anda berada di dalam ketuhar oven. Namun jangan bimbang, kebanyakan premis di sana lengkap dengan penghawa dingin. Cuma anda akan mengalami kepanasan yang melampau semasa berada di luar bangunan. Manakala semasa musim sejuk anda akan kesejukan yang melampau. Lama-kelamaan anda pasti akan dapat membiasakan diri dengan cuaca di sana.

Namun jika ada yang menawarkan anda bekerja di Dubai dengan gaji yang lumayan dan janji yang terlalu indah, anda harus berhati-hati kerana pada hari ini tidak mudah untuk masuk bekerja di Dubai. Dengan keadaan ekonomi yang terjejas teruk dan berterusan merudum disebabkan kejatuhan harga minyak dunia dan ditambah lagi dengan perang di Yaman yang memakan banyak belanja, kini Dubai memilih untuk mengutamakan rakyat mereka sendiri untuk bekerja.

Hari ini ramai pekerja asing di Dubai telah dihentikan kerja dan terpaksa pulang ke negara sendiri.kerja yang sedia ada akan diisi oleh penduduk Arab Saudi. Malah peluang pekerja yang baru juga tidak lagi dibuka kepada warga asing kerana keutamaan akan diberikan kepada rakyat mereka sendiri. Oleh itu berhati-hati apabila ditawarkan bekerja di Dubai kerana dikhuatiri anda akan ditipu.

Sumber: Incridibleplanet

Itulah dia info tentang kerja di Dubai: tips, pengalaman, penipuan anda kena tahu sebelum ke sana yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang tips menulis novel dan tips tukaran wang asing.

Rujukan:

1. UTM

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.