Berkerja di new zealand cara halal sambil melancong. Kedengaran seronok! Tahukah anda bahawa New Zealand telah membuka permohonan untuk working holiday visa kepada rakyat Malaysia bermula pada 23 Januari 2020 pada jam 10 pagi waktu New Zealand atau 5 pagi waktu Malaysia. Dengan adanya visa ini, kini kita boleh bekerja atau belajar sepanjang melancong di New Zealand.

Sumber: Thevocket

Syarat-syarat permohonan Malaysia Working Holiday Visa

Untuk bekerja secara halal sambil melancong di New Zealand, anda memerlukan Malaysia Working Holiday Visa. Terdapat beberapa syarat dan kriteria yang perlu anda penuhi sebelum memohon visa ini. Di antaranya adalah:

  • Anda perlu berumur di antara 18 hingga 30 tahun
  • Tempoh tinggal di New Zealand ialah selama 6 bulan sahaja
  • Dalam tempoh 6 bulan tersebut anda boleh bekerja atau belajar
  • Kuota ialah sebanyak 1150 visa sahaja untuk setahun
  • Anda tidak dibenarkan mencari pekerjaan tetap sepanjang tempoh berada di sana
  • Bagi anda yang sudah berkeluarga, anda tidak dibenarkan untuk membawa ahli keluarga termasuk anak dan pasangan. Jika mahu bawa pasangan dan anak, mereka perlu membuat visa secara berasingan.
  • Permohonan visa  boleh dilakukan secara dalam talian dengan bayaran sebanyak NZ$208  atau lebih kurang RM860 dengan  kad kredit atau kad debit.
  • Memiliki wang sekurang-kurangnya NZ2,250 untuk digunakan sepanjang berada di New Zealand.
  • Permohonan adalah secara online sahaja
  • Anda perlu datang ke New Zealand dalam tempoh 12 bulan anda mendapat visa atau ia akan terbatal
  • Setelah anda memasuki New Zealand dengan visa tersebut, anda boleh masuk dan keluar negara sebanyak mana yang anda mahu tanpa had, sehingga visa anda tamat tempoh.
  • Tarikh anda memasuki New Zealand, dikira pada hari anda tiba di New Zealand sekiranya anda berada di luar New Zealand semasa membuat permohonan visa.
  • Tarikh visa anda diberikan, adalah tarikh anda mendapat visa jika anda sudah berada di New Zealand semasa anda membuat permohonan visa.
  • Kebenaran untuk memasuki negara adalah diperlukan jika anda memohon semasa berada di luar New Zealand. Anda boleh memohon kebenaran untuk memasuki negara dengan mengisi borang ketibaan atau kad ketibaan yang akan diberikan semasa berada di dalam kapal terbang dalam perjalanan ke New Zealand.

Malaysia Working Holiday Visa diperkenalkan oleh kerajaan New Zealand dengan hasrat untuk membantu orang muda dari Malaysia untuk datang ke New Zealand. Walau bagaimana pun, permohonan untuk visa ini telah ditutup disebabkan oleh pandemic Covid-19 dan akan dibuka semula pada tahun 2021.

Tidak dibenarkan untuk memasuki New Zealand

Adalah dimaklumkan bahawa walau pun anda sudah mempunyai visa, sama ada visa biasa atau Malaysia Working Holiday Visa, anda masih boleh dihalang dari memasuki New Zealand sekiranya anda:

  • Tidak memenuhi keperluan atau syarat karakter yang ditetapkan
  • Keadaan anda berubah atau berbeza daripada semasa permohonan visa dibuat
  • Anda tidak bekerjasama untuk membenarkan gambar dan cap jari anda diambil, atau melakukan scan retina apabila diminta.
  • Anda gagal untuk menunjukkan bukti cadangan perjalanan atau plan percutian atau tidak mempunyai duit yang mencukupi seperti yang diperlukan dalam syarat pengeluaran visa.

Syarat untuk bercuti di New Zealand

Jika anda memohon visa untuk bercuti di New Zealand, dan juga Malaysia Working Holiday Visa, anda perlu memenuhi syarat berikut:

  • Tiket penerbangan untuk masuk ke New Zealand
  • Duit yang mencukupi untuk membeli tiket keluar dari New Zealand dan perbelanjaan sepanjang berada di sana iaitu sekurang-kurangnya NZ2,250. Semasa ketibaan, anda mungkin akan diminta untuk menunjukkan bukti bahawa anda mempunyai jumlah wang yang mencukupi semasa tiba di sana.
  • Mampu untuk menunjukkan plan percutian atau rancangan perjalanan jika diminta di pintu masuk negara New Zealand

Bekerja di New Zealand

Anda dibenarkan untuk bekerja di New Zealand dengan Malaysia Working Holiday Visa asalkan anda memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Bekerja untuk sementara sahaja, tidak memohon untuk kerja tetap
  • Membuat kerja yang sah dari segi undang-undang
  • Tidak menawarkan khidmat seks secara komersial
  • Tidak menjalankan atau melaburkan duit dalam perniagaan yang menawarkan khidmat seks secara komersial

Sepanjang berkerja di New Zealand, anda perlu membayar cukai pendapatan untuk gaji yang anda perolehi. anda perlu membuka akaun bank di New Zealand dan perlu mempunyai nombor IRD untuk memuat bayaran cukai pendapatan. Anda boleh memohon nombor IRD secara online melalui Jabatan Hasil Dalam Negeri New Zealand. Syarat untuk memohon nombor IRD ialah, anda perlu bekerja di New Zealand dan:

  • Sambil belajar
  • Sambil berkursus
  • Sambil melancong
  • Mesti meninggalkan New Zealand sebelum visa tamat tempoh

Malaysia Working Holiday Visa adalah salah satu peluang keemasan yang perlu kita rebut sekiranya teringin untuk memiliki pengalaman bekerja di New Zealand. Kini kita berpeluang untuk bekerja di sana secara sah. Apa yang penting patuhi semua syarat yang ditetapkan dan keluar dari sana sebelum tamat tempoh visa.

Sumber: Amazingnara

Itulah dia info  tentang panduan kerja di new zealand cara halal (sambil melancong) yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang kerja part time yang lumayan dan tips mengurangkan stress bekerja

Rujukan:

1. The Vocket

2. Immigration New Zealand

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.