Pernahkah anda mendengar tentang PIDM? PIDM atau nama panjangnya ialah Perbadanan Insurans Deposit Malaysia merupakan satu badan kelolalaan kerajaan yang melindungi anda secara insurans ke atas nilai deposit dan insurans anda.
Ringkasnya, jika anda ragu-ragu dengan simpanan di bank atau caruman insurans anda, jangan paranoid, kerana PIDM ada untuk pastikan hak anda biarpun institusi tempat yang anda labur/simpan itu jatuh muflis dan sebagainya,
Untuk lebih mengenali pasal PIDM ini, jom baca artikel ini.
Pengenalan
PIDM telah ditubuhkan pada tahun 2005 di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia. PIDM ditadbir oleh ahli Lembaga Pengarah daripada sektor awam dan swasta yang dilantik oleh Menteri Kewangan. Lembaga Pengarah bertanggungjawab ke atas urusan dan hal ehwal PIDM.
PIDM menguruskan Sistem Insurans Deposit dan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans untuk melindungi pendeposit dan pemilik sijil takaful dan polisi insurans sekiranya sesebuah institusi ahli mengalami kegagalan.
PIDM juga menyediakan insentif bagi pengurusan risiko dalam sistem kewangan, serta menggalak dan menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan negara. Di samping itu, PIDM memberi keyakinan dengan menjadi pihak berkuasa perlindungan pengguna kewangan dan resolusi dengan amalan yang terbaik dan diakui di seluruh dunia. Hebat, bukan?
Apakah perlindungan yang disediakan oleh PIDM?
Mentadbir sistem insurans deposit dan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans
Menyediakan perlindungan terhadap kehilangan deposit dalam bank ahli dan menyediakan perlindungan terhadap kehilangan manfaat takaful dan insurans bagi ahli penginsurans
Menyediakan insentif bagi pengurusan risiko wajar dalam sistem kewangan
Menggalak atau menyumbang kepada kestabilan kewangan sistem
Objektif Korporat PIDM
Pemegang kepentingan yang terdidik dan bermaklumat
Perkongsian efektif
Organisasi yang ditadbir dan diurus dengan baik
Keupayaan penilaian dan pemantauan risiko, intervensi serta resolusi yang kukuh
Amalan urusan dan kewangan yang mantap
Tenaga kerja yang cekap dan berpengetahuan
Persekitaran korporat yang kondusif
Pengoperasian PIDM
Operasi PIDM dibiayai oleh premium tahunan dan levi yang diterima daripada institusi ahli, dengan 6 kumpulan dana yang berasingan dan berbeza seperti berikut:
Kumpulan Dana Insurans Deposit Islam
Kumpulan Dana Insurans Deposit Konvensional
Kumpulan Dana Perlindungan Takaful Keluarga
Kumpulan Dana Perlindungan Takaful Am
Kumpulan Dana Perlindungan Insurans Hayat
Kumpulan Dana Perlindungan Insurans Am
Sistem Perlindungan
Sistem ini ditubuhkan oleh Kerajaan bagi melindungi pemilik sijil takaful dan polisi insurans terhadap kehilangan manfaat takaful atau insurans yang layak sekiranya sesebuah ahli penginsuran mengalami kegagalan dan ahli penginsurans tersebut tidak dapat memenuhi tuntutan manfaat takaful atau insurans yang layak. Pengendali takaful dan syarikat insurans yang merupakan institusi ahli PIDM juga dikenali sebagai ‘ahli penginsurans’.
Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans mula berkuat kuasa pada 31 Disember 2010 dan ditadbir oleh (PIDM).
Oleh sebab PIDM menyediakan perlindungan bagi kedua-dua manfaat takaful dan insurans, PIDM mengurus dan mentadbir empat kumpulan dana berasingan:
Kumpulan Dana Perlindungan Takaful Keluarga
Semua premium yang diterima oleh PIDM daripada ahli penginsurans yang menjalankan perniagaan takaful keluarga dan pulangan diperoleh, ditolak kos langsung dalam menguruskan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans.
Kumpulan Dana Perlindungan Takaful Am
Semua premium yang diterima oleh PIDM daripada ahli penginsurans yang menjalankan perniagaan takaful am dan pulangan diperoleh, ditolak kos langsung dalam menguruskan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans.
Kumpulan Dana Perlindungan Insurans Hayat
Semua premium yang diterima oleh PIDM daripada ahli penginsurans yang menjalankan perniagaan insurans hayat dan faedah diperoleh, ditolak kos langsung dalam menguruskan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans.
Kumpulan Dana Perlindungan Insurans Am
Semua premium yang diterima oleh PIDM daripada ahli penginsurans yang menjalankan perniagaan insurans am dan faedah diperoleh, ditolak kos langsung dalam menguruskan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans.
Sistem Insurans Deposit
Memandangkan PIDM menyediakan perlindungan bagi kedua-dua deposit konvensional dan Islam, PIDM mengurus dan mentadbir 2 kumpulan dana berasingan:
Kumpulan Dana Insurans Deposit Konvensional
Semua premium yang diterima oleh PIDM daripada bank-bank ahli yang menyediakan perkhidmatan perbankan konvensional dan faedah diperoleh, ditolak kos langsung dalam menguruskan Sistem Insurans Deposit konvensional.
Kumpulan Dana Insurans Deposit Islam
Semua premium yang diterima oleh PIDM daripada bank-bank ahli Islam atau bank-bank ahli perdagangan yang menyediakan perkhidmatan perbankan Islam dan pulangan diperoleh, ditolak kos langsung dalam menguruskan Sistem Insurans Deposit Islam.
Semua jenis pendeposit, sama ada individu atau entiti perniagaan adalah dilindungi.
Had perlindungan maksimum ialah RM250k bagi setiap pendeposit di setiap bank ahli. Ini termasuk amaun prinsipal deposit dan faedah atau pulangan.
Dengan had RM250,000 ini, 97% pendeposit dilindungi sepenuhnya.
Kelayakan Perlindungan
Untuk layak mendapat perlindungan di bawah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans, sijil takaful atau polisi insurans mesti dikeluarkan di Malaysia oleh ahli penginsurans dalam mata wang Ringgit Malaysia.
Sebarang tuntutan oleh pemilik sijil atau polisi adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan had perlindungan yang ditetapkan dalam kontrak takaful atau polisi mereka.
Deposit yang Layak untuk Perlindungan
Akaun simpanan
Akaun semasa
Deposit tetap
Deposit mata wang asing
Akaun deposit Islam
Draf bank, cek, arahan atau instrumen pembayaran lain yang dibuat terhadap akaun deposit
PIDM boleh meluluskan mana-mana instrumen kewangan lain untuk turut layak mendapat perlindungan insurans deposit.
Produk Kewangan yang Tidak Layak untuk Perlindungan
Produk berstruktur
Deposit yang tidak boleh dibayar di Malaysia
Peletakan Deposit pasaran wang antara bank
Instrumen deposit boleh niaga (NIDs) dan deposit pembawa lain
Perjanjian pembelian semula
Unit amanah dan saham
Produk pelaburan atau akaun berkaitan emas
Sijil takaful dan polisi insurans dalam mata wang asing
Kehilangan keuntungan, kerugian kewangan yang ditanggung akibat tindakan yang tidak jujur oleh kakitangan dan kerosakan yang perlu dibayar kerana kecuaian professional
Bahagian pelaburan bagi sijil takaful atau polisi insurans yang berkaitan perlaburan
Walau bagaimanapun, had perlindungan insurans deposit yang berasingan sehingga RM250k juga disediakan untuk pendeposit yang mempunyai akaun deposit di bawah kategori berikut
Akaun deposit konvensional dan Islam.
Akaun bersama – Akaun bersama mendapat perlindungan insurans deposit berasingan asalkan rekod bank ahli mengemukakan nama pemegang-pemegang akaun bersama tersebut.
Akaun amanah – Benefisiari boleh mendapat perlindungan berasingan sekiranya pemegang amanah mengemukakan kepentingan setiap benefisiari dan amaun yang tertakluk kepada setiap benefisiari akaun amanah pada rekod bank ahli. Setiap benefisiari dilindungi sehingga RM250,000 secara berasingan daripada deposit diinsuranskan lain yang dipegang atas nama benefisiari tersebut.
Akaun perniagaan milikan tunggal, perkongsian, praktik profesional dan syarikat.
Manfaat Perlindungan PIDM
PIDM melindungi deposit bank anda dan akan membayar balik dengan segera deposit yang diinsuranskan sekiranya berlaku kegagalan bank ahli.
Perlindungan ini disediakan oleh PIDM secara automatik – tiada permohonan diperlukan untuk perlindungan ini.
Manfaat kepada Sistem Kewangan
PIDM memupuk keyakinan awam dalam sistem kewangan Malaysia dengan melindungi pendeposit daripada kehilangan deposit mereka.
PIDM memperkukuh dan melengkapi rangka kerja pengawalseliaan yang sedia ada dengan menyediakan insentif bagi pengurusan risiko yang wajar dalam sistem kewangan.
PIDM meminimumkan kos kepada sistem kewangan dengan mengenal pasti penyelesaian kos terendah bagi mengurus institusi ahli yang tidak berdaya maju.
PIDM menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan dengan mengurus kegagalan institusi ahli dengan cepat dan membuat pembayaran balik kepada pendeposit dengan segera.
Pelaburan PIDM
PIDM akan mengurus dan melabur Kumpulan Dana ini secara berhemat untuk menjana pulangan yang berpatutan kepada PIDM serta memastikan Kumpulan Dana ini sedia ada untuk menampung kos operasi dan membuat pembayaran kepada pendeposit serta pemilik sijil takaful dan polisi insurans sekiranya berlaku kegagalan sesebuah institusi ahli.
PIDM kini melabur dana-dananya hanya dalam instrumen yang selamat dan mudah tunai seperti sekuriti dalam denominasi Ringgit Malaysia yang dikeluarkan atau dijamin oleh Kerajaan atau Bank Negara Malaysia.
Kumpulan Dana Insurans Deposit Islam dan Kumpulan Dana Perlindungan Takaful diurus dan ditadbir mengikut prinsip-prinsip Syariah.
Copy
Kongsikan Artikel ini
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.