Ingin membuat wang secara atas talian (online)? Menjadi YouTuber ialah antara caranya. Ayuh baca artikel ini untuk ketahui cara-caranya dan tips berguna yang boleh diamalkan. Cara buat duit dengan Youtube.

Pengenalan

YouTube mempunyai lebih daripada 1 bilion pengguna pada setiap bulan yang mencatatkan jumlah penonton yang sangat besar! Dah ramai yang menggunakan kesempatan ini untuk membuat wang melalui YouTube.

Tahukah anda, dengan setiap 1,000 jumlah tontonan, anda akan memperoleh pulangan kira-kira $2- $ 4.

Nilainya mungkin nampak kecil, tetapi cuba bayangkan jika anda ada 100 video dengan 5k paparan bagi setiap video, nilai yang anda boleh jana boleh mencecah $ 1,000- $ 2,000.

Mudah kan cara buat duit!

Walau bagaimanapun, YouTube telah set satu peraturan baru iaitu YouTuber tidak akan dibayar sehinggalah video tontonan mencecah 10k tontonan. Jangan risau, Youtube masih boleh dijadikan platform untuk jana pendapatan dengan banyak cara lain lagi, bukan semata-mata melalui tontonan video.

Jana Pendapatan Melalui Youtube

 Imej via iLabur

Berikut adalah beberapa cara untuk mendapatkan duit di YouTube:

#1 Gunakan YouTube untuk mendapatkan trafik ke laman web dan blog anda.

Sekiranya anda mempunyai laman web atau blog yang membawa pendapatan, anda memerlukan trafik.

Anda boleh menggunakan YouTube untuk menaikkan trafik laman web atau blog anda apabila anda mengiklankannya di YouTube.

#2 Buat produk dan promosikannya di YouTube

Jika anda mencipta produk anda sendiri, YouTube merupakan platform yang terbaik untuk mengiklankannya kerana tidak mengehadkan tempoh pengiklanan dan boleh diakses pada setiap masa.

Antara produk yang boleh dibuat termasuklah ebook, aplikasi, karya seni, dan muzik.

Tambah pautan link ke produk anda dalam keterangan video anda, supaya penonton boleh membelinya dengan mudah.

#3 Menjual produk orang lain sebagai pemasar afiliasi

“Pemasaran afiliasi” bermaksud menjual produk dan dapatkan komisen. Banyak syarikat menawarkan tawaran menarik kepada mereka yang mempromosikan produk mereka, termasuk syarikat besar, seperti Amazon dan eBay, sehinggalah syarikat yang lebih kecil dan perniagaan sendiri.

Di samping itu, terdapat banyak rangkaian affiliate yang boleh anda sertai. Rangkaian ini termasuk ClickBank, Lazada, Shopee dan ShareASale.com.

Untuk mendapatkan wang dari YouTube sebagai pemasar afiliasi, semak produk afiliasi anda di video, atau buat tutorial “cara menggunakan produk ini”. Jangan lupa untuk link ke produk anda di huraian YouTube untuk mendapatkan kredit untuk setiap jualan.

#4 Buat siri TV Web

Imej via iLabur

Anda suka bercerita? YouTube membolehkan anda membuat rancangan TV Web anda sendiri. Anda hanya dibatasi oleh imaginasi anda dan anggaran anda. Anda boleh membuat siri komedi, siri drama, atau rancangan ceramah anda sendiri.

Anda boleh bekerjasama dengan kawan-kawan atau mereka yang tahu selok belok penerbitan seperti editor, penulis dan jurukamera.

Mana tahu, jika mendapat sambutan, anda telah membuka peluang kerjaya baru untuk menjadi selebriti?

#5  Menjadi personaliti YouTube

Bintang YouTube boleh membuat banyak wang tanpa perlukan pekerjaan makan gaji. Contohnya, PewDiePie, walaupun telah kehilangan iklan utama baru-baru ini akibat beberapa kontroversi, salurannya masih kekal sebagai nombor 1 di YouTube yang dibayar dengan kadar paling tinggi dengan $ 15 juta pada tahun 2016. Dianggarkan bahawa dia boleh menerima lebih daripada $ 13,000 hanya untuk satu minggu penerbitan.

Jika anda mempunyai idea yang unik, atau hobi yang menarik, buatlah saluran YouTube anda. Anda tidak pernah tahu, anda mungkin bintang YouTube seterusnya.

#6 Sertai Program YouTube Partner

Selepas anda membuat beberapa video, sudah tiba masanya untuk menyertai Program YouTube Partner. Apa yang anda perlu lakukan ialah membolehkan saluran anda untuk monetization, dan anda akan menerima bahagian pendapatan anda dari pengiklanan di YouTube.

Seperti yang dilakukan oleh bintang YouTube yang lain, anda akan dibayar dengan kadar tertentu untuk setiap 1k tontonan video anda.

#7 Berkongsi pengetahuan anda dengan tutorial

Video tutorial sangat mendapat sambutan di YouTube. Jika anda tahu bagaimana melakukan sesuatu, anda boleh mengajar orang lain melalui Youtube dan membuat wang dari video anda.

Video kecantikan ialah antara video carian tutorial yang popular. Michelle Phan, misalnya mempunyai lebih daripada 1.3 juta tontonan.

#8 Uji pasaran produk anda

YouTube adalah sumber yang luar biasa untuk anda lakukan penyelidikan pasaran – untuk menerokai sambutan awal produk anda.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai idea untuk produk, tetapi memerlukan dana, buat beberapa video sebelum anda membuat memasarkannya dengan lebih serius.

Pandangan dan ulasan pada video anda akan memberitahu anda sama ada idea anda berdaya maju dalam bentuknya sekarang. Penonton YouTube dapat membantu anda untuk menjadikannya lebih diterima dan mesra pengguna. Sementara itu, anda boleh kumpul dana secukupnya.

#9 Bina jenama anda menggunakan YouTube

Sebagai pakar pemasaran, Tom Peters ada menyatakan bahawa, anda ialah jenama, dan anda mempunyai kuasa.YouTube hanya membantu anda menguatkan JENAMA ANDA.

Apa sahaja yang anda lakukan, dan apa jua pekerjaan anda, YouTube boleh membantu anda untuk menjadikan anda terkenal dengan kekuatan anda, dan dari situ anda boleh buat duit. Walaupun anda tidak mempunyai idea jelas tentang cara anda boleh menghasilkan wang di YouTube, mulakan membuat video tentang minat atau hobi anda terlebih dahulu.

#10 ‘Gunakan’ anak atau haiwan anda ke sebagai bahan video

Dua ekor kucing, Lil Bub dan Cat Grumpy, bermula di YouTube, dan telah menjadi bintang paling popular di seluruh dunia.

Oleh itu, pastikan anda sentiasa bersedia dengan kamera anda. Jika anda melihat sesuatu yang comel, rakam video itu, dan muat naik video tersebut.

Anda tidak akan pernah tahu siapa atau apa yang akan menjadi sensasi video tular yang seterusnya. Cipta sensasi itu, dan anda akan menghasilkan wang.

#11 Video berjadual

Akan lebih mudah bagi penonton untuk mengikuti kandungan video anda jika anda menerbitkannya dalam jangka masa tertentu secara teratur. Ia juga boleh menjadikan mereka lebih cenderung untuk mengikuti saluran anda, iaitu untuk melanggan saluran anda.

Tontonan yang konsisten ini dapat memastikan bilangan pandangan anda untuk setiap video turut mendapat sambutan. Ini juga memastikan pendapatan yang stabil.

#12 Dapatkan tajaan

Banyak syarikat hari ini menyediakan penajaan kepada saluran YouTube untuk iklan secara langsung.  Perkara yang baik ialah anda dapat menerima jumlah yang ditaja secara terus.

Untuk mencapai penajaan, anda mungkin perlu membuat cadangan terperinci mengenai hal-hal yang dapat anda berikan. Pastikan anda mengetahui dengan baik tentang penonton anda dan jenama yang menaja anda.

Atau anda boleh mulakan dengan membuat review secara percuma sementara anda mengumpul kelompok pengikut anda sendiri.

Tip Bonus!

Ukur matlamat pendapatan anda

Adalah penting untuk menyemak perkembangan anda secara teratur untuk mengetahui sama ada anda masih berada di landasan yang betul dari segi kewangan.

Menetapkan matlamat dan semak kualiti boleh menjadi isyarat untuk anda melakukan beberapa perubahan, jika diperlukan supaya kandungan video anda sentiasa mendapat sambutan.

Jadilah kreatif

Kandungan yang berkualiti sentiasa menjadi kunci untuk menarik penonton.  Ingat, selera pengguna internet sentiasa berubah-ubah.

Jadilah kreatif dengan penggunaan sumber sedia ada anda. Sentiasa teroka cara dan idea baru untuk video dan anda mungkin mempunyai pulangan yang tidak diduga. Semoga anda menyukai artikel cara buat duit dengan Youtube ini.

Penulis: Jefri Yusof

Avatar

Berminat dengan kajian Malaysia. Rajin mengupas isu semasa.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.