Jaminan bank atau “bank guarantee (BG)” merupakan satu jaminan yang dikeluarkan oleh institusi atau pihak pemberi pinjaman dalam memastikan liabiliti penghutang akan dipenuhi. Dalam erti kata lain, sekiranya pihak penghutang gagal untuk melangsaikan hutangnya, pihak bank akan membantu menyelesaikannya. Jaminan bank atau BG membolehkan pelanggan atau penghutang membeli barangan, peralatan atau membuat pinjaman dan dengan itu dapat memperluaskan lagi skop perniagaan.

Selain itu, jaminan bank adalah apabila institusi pemberi pinjaman berjanji untuk menanggung kerugian sekiranya peminjam gagal menyelesaikan pinjaman. Jaminan ini membolehkan syarikat mendapatkan apa yang biasanya tidak dapat diperolehi tanpa jaminan, membantu pertumbuhan perniagaan dan mempromosikan aktiviti keusahawanan.

Terdapat pelbagai jenis jaminan bank termasuklah jaminan lansung dan tidak lansung. Kebiasaannya, bank akan menggunakan jaminan lansung dalam perniagaan asing atau domestik, yang mana dikeluarkan secara lansung kepada benefisiari. Jaminan lansung digunakan apabila bank sekuriti tidak bergantung kepada kewujudan, kesahihan dan kewajipan syarat-syarat utama. Kebiasaannya, individu lebih memilih jaminan lansung dalam urus niaga antarabangsa dan rentas sempadan. Ini kerana ia boleh lebih mudah disesuaikan dengan sistem dan amalan undang-undang asing.

Jaminan tidak lansung pula sering digunakan dalam perniagaan eksport, terutama apabila agensi kerajaan atau entiti awam adalah penerima jaminan. Kebanyakan negara tidak menerima bank dan penjamin asing kerana isu undang-undang. Dengan jaminan tidak lansung, seseorang  atau sesebuah syarikat menggunakan bank kedua sebagai jaminan bank mereka.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.