Muflis atau kebankrapan merupakan satu pelaksanaan undang-undang yang dimulakan oleh seseorang atau sesebuah perniagaan yang tidak dapat menyelesaikan hutang-hutang tertunggaknya. Kebiasaannya, proses muflis atau kebankrapan bermula dengan petisyen yang dikeluarkan oleh pihak penghutang, namun kadang-kala ia juga bermula dengan petisyen daripada pihak pemiutang.

Semua aset-aset penghutang akan dihitung dan dinilai, dan selepas itu aset-aset tersebut akan digunakan untuk membayar sebahagian daripada hutang-hutang tertunggak. Apabila penghutang berjaya menyelesaikan pelaksanaan muflis, penghutang dibebaskan daripada kewajipan membayar hutang yang dilakukan sebelum mengeluarkan petisyen muflis.

Dalam erti kata lain, muflis atau kebankrapan menawarkan peluang kedua kepada individu atau perniagaan untuk memulakan permulaan baru dengan melangsaikan hutang-hutang yang tidak mampu dijelaskan sementara menawarkan peluang kepada pemiutang untuk mendapatkan beberapa jenis pembayaran balik berdasarkan aset yang tersedia. Secara teori, muflis memberi manfaat kepada ekonomi secara keseluruhan dengan memberikan peluang kedua kepada seseorang atau sesebuah syarikat dan menyediakan pemiutang dengan kaedah pembayaran balik hutang.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.