Langkau ke kandungan
iLabur
Menu

Kenali Lakshmi Mittal, Jutawan Besi Dunia

Lakshmi Mittal (1950) merupakan pengerusi dan CEO AncelorMittal dan merupakan salah seorang daripada jutawan terkaya di dunia. Beliau telah membantu…

EkonomiKemas kini terakhir: 6 Februari 2022oleh safwanrazaliDisemak oleh Sidang Pengarang iLabur
Gambar Lakshmi Mittal, pengerusi dan CEO AncelorMittal serta jutawan keluli dunia.

Fakta Ringkas

Nama Penuh
Lakshmi Mittal
Peranan
Pengerusi dan CEO AncelorMittal
Dikenali Kerana
Salah seorang jutawan terkaya di dunia dan pelopor model perniagaan industri keluli global
Tarikh Lahir
1950 · India
Tahun Lahir
1950
Jawatan
Pengerusi dan CEO AncelorMittal
Syarikat Ditubuhkan
Mittal Steel Company (1976)
Ahli Lembaga Goldman Sachs
Sejak 2008
Penguasaan Pasaran Keluli di Amerika
Hampir 40%

Pencapaian

  • Menubuhkan Mittal Steel Company pada tahun 1976
  • Menggabungkan Ispat International dan LNM Holdings pada tahun 2004
  • Mendapatkan International Steel Group di Ohio untuk mewujudkan Mittal Steel Company N.V.
  • Menjadikan Mittal Steel Company N.V. kilang pembuat keluli terbesar di dunia
  • Menggabungkan syarikat dengan Ancelor pada 2006 untuk membentuk AncelorMittal
  • Mendapatkan syarikat Steel Karmet di Kazakhstan dengan harga $400 juta
  • Mengembangkan perniagaan ke Kanada, Jerman dan Kazakhstan

Lakshmi Mittal (1950) merupakan pengerusi dan CEO AncelorMittal dan merupakan salah seorang daripada jutawan terkaya di dunia. Beliau telah membantu menjadikan model perniagaan industri keluli sesuatu yang global.

Latar Belakang Laksjmi Mittal

Lakshmi Mittal dilahirkan dalam golongan keluarga yang sederhana. Kerjaya beliau bermula dengan bekerja untuk ayah beliau dalam perniagaan pembuatan keluli keluarga beliau di India, tempat di mana beliau memperoleh pengetahuan dan pengalaman dalam perniagaan keluli dan yang berkaitan dengannya.

Pada tahun 1976, beliau menubuhkan Mittal Steel Company, yang kemudiannya bergabung dengan pembuat keluli dari Perancis, Ancelor pada tahun 2006 lalu membentuk AncelorMittal. Selain daripada kerjaya beliau bersama industri keluli, beliau juga merupakan seorang dermawan dan ahli kepada pelbagai lembaga dan unit amanah. Beliau juga telah memegang jawatan di lembaga Goldman Sachs sejak 2008.

Mittal membuka dan menjalankan kilang keluli beliau sendiri dengan berjaya. Selepas itu, beliau mula mendapatkan dan menguruskan semula kilang-kilang yang gagal, kebanyakannya yang dikendalikan oleh kerajaan di seluruh dunia. Model pertumpuhan beliau dijadikan contoh oleh industri-industri global yang lain seperti pengeluar kereta dan syarikat-syarikat besi dan arang batu. Sebagai salah satu langkah dalam usaha beliau menjadikan syarikat beliau syarikat global, beliau mendapatkan syarikat-syarikat di Kanada, Jerman dan Kazakhstan.

Perkembangan Perniagaan Lakshmi Mittal

Pada tahun 2004, Mittal menggabungkan dua buah syarikat beliau iaitu Ispat International dan LNM Holdings. Kemudian beliau mendapatkan International Steel Group di Ohio, yang mewujudkan TMittal Steel Company N.V., yang seterusnya menjadi kilang pembuat keluli yang terbesar di dunia. Pada tahun 2006, syarikat itu telah bergabung semula dengan Anceleor untuk membentuk AncelorMittal. AncelorMittal merupakan pengeluar keluli terbesar di dunia yang bernilai lebih daripada $100 bilion.

Mittal mendapatkan syarikat Steel Karmet di Temirtau, Kazakhstan, dengan harga $400 juta. Pada masa tersebut, bekas anggota republik Soviet itu berada dalam kegawatan ekonomi dan di ambang muflis. Langkah Mittal itu ternyata memberikan manfaat , oleh kerana Kazakhstan berkongsi sempadan dengan China di mana permintaan keluli amat tinggi. Pengambil alihan tersebut merupakan satu langkah yang bijak oleh Mittal, meletakkan beliau di tempat tertinggi dalam penghasilan keluli.

Selain itu, Mittal juga memberi tumpuan khusus kepada penyatuan industri keluli, yang mana dalam kebanyakan kes telah berpecah-belah. Syarikat-syarikat keluli keci tidak mampu untuk membuat urus niaga yang kompetitif dengan pelanggan-pelanggan yang besar seperti pembuat kereta walaupun permintaan keluli yang tinggi. Syarikat Mittal berada dalam kedudukan yang baik untuk menawarkan harga yang baik kepada syarikat-syarikat sedemikian kerana ia menguasai hampir 40% daripada pasaran keluli di Amerika.

Jemput juga baca artikel tentang:

Rujukan

Rujukan

Maklumat dalam artikel ini disediakan berdasarkan sumber yang boleh dipercayai. Pengguna digalakkan merujuk sumber asal untuk kepastian lanjut.