Ulam-ulaman. Pastinya membuatkan selera makan anda bertambah. Sama ada ulam segar atau yang dicelur, dalam tak sedar sudah bertambah nasi dalam pinggan. Belum lagi kalau dilawankan dengan sambal belacan atau budu.  Hari ini kami akan kongsikan khasiat ulam ulaman yang murah dan paling penting baik untuk kesihatan.

1. Ulam raja

Sumber: Impiana

Ulam raja atau nama saintifiknya Cosmos Caudatus adalah ulam yang sangat berkhasiat dan baik untuk kesihatan. Di antara manfaat ulam raja ialah:

  • Antioksidan
  • Antidiabetes
  • Antihipertensi
  • Antikeradangan
  • Antimikrob
  • Antikulat
  • Mengurangkan risiko osteoporosis.

2. Pegaga

Anda suka makan ulam pegaga? Pegaga atau nama saintifiknya Cantella Asiatica merupakan tumbuhan yang sering dikaitkan dengan rahsia keremajaan dan awet muda. Malah pegaga juga telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjana kecerdasan berfikir bagi golongan kanak-kanak dan dalam masa yang sama membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit. Selain itu, pegaga juga mampu untuk:

  • Menyepatkan proses luka untuk sembuh
  • Memberikan tenaga
  • Melawam tekanan atau stress
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Meningkatkan kekuatan mental
  • Melambatkan proses penuaan
  • Membantu mengatasi masalah susah tidur malam
  • Merawat kerengsaan kulit

3. Sambung nyawa

Sambung nyawaatau dalam bahasa saintifiknya Gynura Procumbens adalah ulam yang sangat enak dimakan begitu sahaja dengan nasi. Kajian menunjukkan bahawa ulam ini bukan sahaja lazat malah kaya dengan 1001 khasiat yang baik untuk tubuh badan manusia. Kajian mendapati bahawa ulam sambung nyawa membantu:

  • Mengawal tekanan darah
  • Mengawal  kandungan gula dalam darah
  • Meningkatkan kesubura
  • Antikanser
  • Antimikrob
  • Antioksidan
  • Antikeradangan. Menariknya, kajian dalam haiwan menunjukkan tumbuhan ini hanya mempunyai kesan menurunkan gula dalam darah pada haiwan yang diabetes, dan tidak pada haiwan yang normal.
  • Ulam sambung nyawa digunakan dalam perubatan tradisional Cina untuk rawatan kanser rahim, cervical spondylosis dan ulser kulit yang kronik.

 4. Kangkung

Kangkung sangat sedap dijadikan sebagai ulam jika dicelur. Cicah dengan sambal belacan atau budu, anda tak perlukan lauk lain. Ulam yang murah dan lazat ini dikatakan mampu mengatasi masalah buasir, sakit kepala dan boleh digunakan untuk melebatkan rambut. Untuk melebatkan rambut, anda cuma perlu  ramas kangkung didalam sebaldi air dan gunakan air tersebut untuk membasuh rambut. Pastikan seluruh kulit kepala anda basah dengan air ramasan kangkung tadi. Biarkan seketika dan bilas sehingga bersih. Amalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali, anda pasti akan tersenyum apabila melihat rambut anda lebat kembali.

5. Daun selom

Sumber: Wikipedia

Daun selom atau nama saintifiknya Oenanthe javanica bukan sahaja sedap dimakan dengan nasi malah ia juga boleh dimasukkan ke dalam laksa. Kajian menunjukkan daun selom mempunyai kesanberikut kepada tubuh badan manusia:

  • Antidiabetik
  • Antioksidan
  • Antiradang
  • Meningkatkan memori
  • Menjaga kesihatan hati

6. Jering

Walau pun baunya kuat namun jering adalah ulam yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Kajian yang dijalankan ke atas jering membuktikan bahawa ulam yang enak ini kaya dengan pelbagai zat seperti protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosforus, vitamin A, B dan C. Jering juga dikatakan boleh dijadikan sebagai penawar kencing manis.

7. Cekur

Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia Galanga Linn juga dikenali sebagai kencur. Mungkin ramai yang mengenali cekur sebagai herba untuk kesihatan dalaman wanita namun yang sebenarnya cekur juga mempunyai khasiat yang lain seperti:

  • Antiradang
  • Ubat ahan sakit
  • Anticacing
  • Antioksidan
  • Antimikrob
  • Antihipertensi
  • Merawat bengkak
  • Menghilangkan pening kepala
  • Mengatasi sakit perut
  • Menghilangkan sakit gigi
  • Mengatasi reumatisme iaitu radang dan sakit pada otot dan sendi

8. Daun kaduk

Daun kaduk atau nama saintifiknya Piper Sarmentosum mempunyai rupa seperti daun sireh. Sekali pandang mungkin kita akan menyangka bahawa ia adalah daun sireh. Sejak zaman dulu lagi daun kaduk digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, sakit gigi, demam malaria, lemah dan sakit-sakit dalam tulang.

9.  Petai

Anda suka makan petai? Petai boleh dimakan mentah begitu sahaja atau boleh juga dijadikan sebagai jeruk dan juga dibakar. Dah puas dijadikan sebagai ulam, petai juga boleh dimasukkan kedalam masakan. Kajian menunjukkan bahawa petai  mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi selain karbohidrat, air, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C. Di antara khasiat petai ialah:

  • Antidiabetes
  • Antimikrob
  • Antioksidan
  • Antihipertensi
  • Menurunkan kandungan gula dalam darah
  • Dalam perubatan tradisional melayu, petai dipercayai berkesan dalam merawat penyakit jantung, kencing manis dan membersihkan buah pinggang.

10. Bendi

Sumber: Sukasuka

Bendi enak dijadikan ulam begitu sahaja atau boleh juga dicelur. Di antara khasiat bendi adalah seperti berikut:

  • Menguatkan ingatan dan kecergasan memori
  • Mengatasi masalah sembelit
  • Merawat ulser
  • Mengurangkan darah haid berlebihan
  • Meningkatkan kesuburan
  • Melegakan bengkak dan radang

Air rendaman bendi juga mampu membuanb toksin dari badan. Caranya ialah rendam bendi dalam air kosong dan biarkan selama 8 hingga 12 jam sebelum diminum airnya. Amalkan selalu.

Itulah dia info  tentang 10 khasiat ulam ulaman yang berkhasiat, murah dan paling penting baik untuk kesihatanyang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang makanan viral di Malaysia

Rujukan:

1. UKM

2. Hellodoktor

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.