Bilik tidur yang cantik akan membuatkan emosi dan mood kita sering gembira. Jika bilik tidur tidak kemas, pasti mood tidak menentu apatah lagi jika anda meluangkan masa dalam bilik tidur untuk menyiapkan kerja.

Bagi memastikan deko bilik tidur kita berjaya di siapkan, pastinya hiasan bilik tidur yang simple dan murah sesuai untuk anda gunakan.

Sebelum itu, mari kita lihat antara perabot yang diletakkan dalam bilik dan merupakan satu keperluan. Ia adalah kegunaan anda setiap hari.

  • Katil
  • Meja belajar (jika ada)
  • Meja solek
  • Almari baju
  • Penyangkut baju dan beg
  • Cermin
  • Lampu Tidur
deko bilik tidur
Imej via [tuneartworks]

1. Jam Dinding Atau Jam Loceng

Jam merupakan salah satu hiasan bilik tidur yang ringkas dan murah boleh anda masukkan dalam senarai hiasan bilik tidur. Jam loceng penting untuk anda menjalani rutin harian dengan lebih efektif.

Deko bilik tidur tidak perlulah letakkan jam yang terlalu besar, cukuplah jam yang ringkas, cantik dan bersesuaian dengan tema bilik anda.

2. Cermin

Cermin sangat penting untuk diletakkan dalam bilik tidur. Sebagai salah satu hiasan bilik tidur simple dan murah boleh anda dapati, ia akan menjadi benda yang sering anda gunakan dalam bilik kelak.

Deko bilik tidur anda akan lebih cantik jika anda gunakan cermin yang mempunyai corak menarik.

3. Pasu Dan Bunga

Letaklah pasu dan bunga di atas meja bilik anda untuk menyerikan lagi bilik. Ada yang letak bunga hidup dan ada juga yang gunakan bunga hiasan, mana satu pun tiada masalah. Pastikan saiz pasu dan bunga bersesuaian dengan saiz bilik dan posisi yang ingin anda letakkannya.

deko bilik tidur
Imej via [invaber]

4. Tidur

Siapa kata bilik tak perlukan lampu tidur? Sebenarnya ia sangat penting untuk memudahkan urusan malam dan pagi anda. Banyak jenis lampu tidur yang boleh anda pilih, reka bentuk yang unik dan terlalu kreatif pun boleh anda temui.

5. Frame Gambar

Deko bilik tidur juga akan lengkap dengan adanya frame gambar yang cantik dengan gambar pilihan anda. Ia boleh diletakkan di atas meja lampu tidur bersebelahan katil anda atau di atas rak almari buku anda.

Selain itu, gantung frame gambar di dinding pun boleh sekiranya ia menjimatkan ruang bilik anda.

6. Cadar Katil

Pilihan warna cadar yang tepat sesuai dengan konsep yang anda inginkan akan menjadikan bilik tidur anda cantik dan menarik. Pilihan cadar corak abstrak, plain dan lain-lain lagi dalam pasaran kini boleh anda pilih.

deko bilik tidur
Imej via [expertolux]

7. Sudut Aksesori

Sama ada wanita atau lelaki, pastinya anda mempunyai aksesori yang cukup banyak. Bina satu sudut untuk anda simpan semua aksesori yang sering anda gunakan. Boleh jadi sudut tersebut adalah tempat gantung aksesori ataupun sebuah laci kecil atau lain-lain lagi.

8. Karpet

Karpet dalam bilik akan membuatkan deko bilik tidur anda sempurna dan lengkap. Deko bilik tidur yang pertama sekali harus dibuat adalah pasang karpet pada sudut yang sepatutnya. Kemudian, barulah bawa masuk perabot atau baran-barang lain.

9. Hiasan Fabrik

Anda boleh deko bilik tidur dengan hiasan fabrik seperti kain langsir lembut, tapestries ataupun shawl di satu sudut. Pilihlah mana-mana corak yang cantik dan berwarna-warni yang sesuai yang pasti akan memeriahkan bilik anda lagi.

deko bilik tidur
Imej via [interior-design]

10. Wallpaper

Jika anda bosan dengan dinding yang kosong, gunalah wallpaper yang menarik untuk bilik tidur anda. Deko bilik tidur yang cantik juga memerlukan hiasan wallpaper pada ruang dinding bilik anda.

Percayalah, dengan adanya wallpaper, ia akan membangkitkan emosi yang ceria bagi anda. Namun awas, ia bergantung kepada warna dan corak wallpaper pilihan anda juga.

11. Motif Corak Abstrak

Jika anda berjiwa seni dan sukakan corak, buatlah corak abstrak atau sudut cat yang ada lukisan corak. Sama ada anda lukisnya sendiri jika anda pakar ataupun upah orang untuk melukisnya.

Namun, terdapat juga wallpaper yang bercorak ala-ala abstrak boleh anda pasangkan sahaja. Zaman sekarang, semuanya mudah, nak apa sahaja pasti ada.

12. Tiang Beg

Tiang beg atau penyangkut beg perlu ada dalam bilik tidur anda. Walaupun ia adalah kategori perabut, tetapi jika anda kreatif menghias tiang tersebut, ia umpama hiasan deko bilik tidur yang cantik boleh anda dapatkan.

Bukan itu sahaja, murah pula tu. Carilah penyangkut beg dan baju iaitu tiang satu fungsi yang boleh anda gunakan untuk sangkut apapun. Hiaslah di bahagian hujung penyangkut tersebut ataupun pada tiang utama kayu tersebut.

deko bilik tidur
Imej via [shopee]

13. Poster Kata Semangat Atau Qoutes

Tahukah anda, poster atau kata-kata semangat juga amat sesuai dijadikan deko bilik tidur anda. Pastinya setiap hari anda akan membaca kata-kata yang positif dari bilik anda sebelum memulakan hari tersebut di tempat kerja.

Deko bilik tidur sebegini akan menjadikan kehidupan anda lebih positif dan bertambah baik. Oleh itu, pentingnya hiasan kata-kata semangat di dinding bilik anda. Pilih sudut terbaik untuk letakkannya.

14. Kayu Letak Barang Multifunction

Ya, pernah lihat kayu yang kita gunakan untuk lekatkan ke dinding dan letak barang atasnya? Itulah bahan yang kita gunakan untuk menjimatkan ruang bilik tidur.

Tak perlu letak meja buku tetapi susunlah buku di atas kayu-kayu letak barang tersebut. Kayu letak barang ini boleh anda beli di kedai DIY atau shopee dan juga lazada.

deko bilik tidur
Imej via [hias]

Itulah dia idea deko bilik tidur yang cantik dan murah boleh buat. Tak perlu keluarkan wang yang banyak, tapi kalau kena dengan gaya dan teknik deko, pasti cantik sekali jadinya!

Jom baca juga deko ruang tamu, renovate bilik tidur, halau lipas dalam kereta dan renovate bilik air.

Rujukan:

  1. Korang teringin kamar tidur tampak luas eksklusif https://ohbulan.com/korang-teringin-kamar-tidur-tampak-luas-eksklusif-jom-baca-tips-dekor-bilik-tidur-ni
  2. Perubahan bilik tidur tongkang pecah lelaki bujang http://hias.my/perubahan-bilik-tidur-tongkang-pecah-lelaki-bujang/
  3. Cara hias bilik tidur kecil simple https://siraplimau.com/cara-hias-bilik-tidur-kecil-simple/
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.