Amboi rancak borak pasal tabung kerajaan. Tabung untuk diri sendiri sudah ada kah?
Menyimpan perlukan usaha yang berterusan dan disiplin yang tinggi serta teknik yang betul agar cepat memenuhkan tabung simpanan anda. Menabung sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
Setiap tabung simpanan perlu ada matlamat dan tujuannya supaya simpanan tersebut boleh disimpan dan digunakan sebaik mungkin. Jika kita ada matlamat, kita tahu kemana wang kita akan pergi dan tabung simpanan akan lebih jelas.
Setiap orang mempunyai matlamat dan jumlah simpanan yang berbeza-beza bergantung kepada jumlah pendapatan dan komitmen tersendiri. Semakin besar tanggungjawab, semakin banyak tabung simpanan yang kita perlu ada.
Berikut adalah jenis-jenis tabung anak muda yang boleh di lakukan di tahun ini, mulakan sekarang.
1. Tabung Kecemasan
Tabung paling utama yang anda perlu ada ialah tabung kecemasan. Paling minimum, jumlah simpanan perlu ada di tabung ini adalah 3 bulan pendapatan. Jika sudah naik gaji, penuhkan kepada 6 bulan pendapatan. Simpan 10% daripada pendapatan ke tabung kecemasan ini.
Tabung kecemasan ini sangat penting jika ada perkara yang tidak diingini berlaku contohnya kereta rosak atau dibuang kerja. Boleh simpan di Tabung Haji, ASB, ASB 2 ataupun di Amanah Hartanah Bumiputera (AHB).
2. Tabung Perubatan
Tabung wajib yang perlu anda miliki adalah tabung perubatan. Biar keluarga anda ada Perlindungan Takaful. Anda pula seharusnya memiliki pelan perlindungan antara 5% sehingga 10% daripada gaji. Pelan perlindungan perubatan ini penting agar anda tidak terbeban dengan kos perubatan sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangka. Anda juga perlu bijak dalam memilih pelan perlindungan takaful anda.
3. Tabung Pelaburan
Buatlah tabung pelaburan sebanyak 20-30% daripada simpanan anda bagi menjana pendapatan yang lebih. Mulakan melabur daripada usia muda. Banyak instrumen pelaburan yang diyakini dan patuh syariah. Jika pendapatan kecil, mulakan melabur dengan ASNB yang produk unit amanah berunit tetap seperti ASB, ASB2, AS1M, ASW dan ASD.
4. Tabung Perbelanjaan Tetap
Tabung ini adalah tabung perbelanjaan bulanan anda. Anda kena pastikan jumlahnya sama dengan perbelanjaan bulanan anda. Jika gaji anda lambat masuk, segala berbelanjaan, hutang komitmen dengan bank mampu korang selesaikan tanpa terlewat bayar.
5. Tabung Rumah Pertama
Bina satu tabung sebagai deposit rumah untuk tempoh 2 hingga 5 tahun. Mulakan menyimpan di usia muda. Jika anda tiada banyak komitmen, simpanlah dengan lebih banyak di dalam tabung ini.
6. Tabung Pendidikan Anak-Anak
Buka satu akaun Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera ataupun SSPN untuk menyimpan dana pendidikan anak-anak. Jika anda mula menyimpan masa anak-anak di usia satu tahun kelak nanti jika mereka melanjutkan di universiti, mereka tidak perlu membuat hutang pendidikan lagi.
7. Tabung Persaraan
Jika anda sudah masuk umur 35 tahun ke atas, tabung ini wajib dicipta. Simpanan ini boleh dijadikan sebagai tambahan kepada simpanan KWSP anda. Boleh simpan 10%-20% daripada pendapatan. Anda juga boleh melabur di unit amanah yang diyakini.
8. Tabung Deposit Kereta
Cuba tingkatkan deposit kereta 20% daripada harga kereta. Ansuran kereta anda akan lebih rendah dan tempoh pembiayaan kereta akan lebih singkat.
9. Tabung Perkahwinan
Mulakan menyimpan untuk belanja kahwin anda. Simpan bersama bakal isteri akan lebih menyeronokkan. Jangan buat pembiayaan peribadi untuk kahwin.
10. Tabung Emas
Simpan untuk membeli satu gram emas setiap bulan. Boleh juga bulan ini beli, bulan depan rehat. Ikut kesesuaian dan kewangan sendiri. Ataupun beli masa harga emas menurun.
11. Tabung Bercuti
Jika anda kaki bercuti ataupun selalu berjalan-jalan, sediakan satu tabung untuk menampung kos perbelanjaan pergi melancong tersebut. Barulah lepas balik bercuti anda tak pokai.
13. Tabung Umrah & Haji
Simpanan wang di dalam akaun Tabung Haji dan jadikan sebagai perbelanjaan haji atau umrah. Kumpul wang untuk pergi umrah jika giliran pergi haji kita masih lambat lagi.
14. Tabung Kos Kereta / Kenderaan
Tabung ini bertujuan menyimpan wang untuk servis kereta, kos minyak, menukar tayar atau membaiki kereta rosak. Buat simpanan setiap bulan bagi mengelakkan anda terbeban pada hujung tahun. Insuran kereta pun perlu bayar juga. Simpan RM100 sebulan pun okay.
15. Tabung Kebajikan
Boleh digunakan untuk membantuk golongan yang kurang bernasib baik, untuk menderma ataupun menolong kawan-kawan yang mengalami musibah.
16. Tabung Keriangan
Tabung ini adalah untuk bersuka ria dan berseronok bersama keluarga dan rakan-rakan. Boleh dijadikan sebagai tabung simpanan untuk membeli sesuatu. Contohnya jam baru, kamera DSLR, Go Pro ataupun telefon bimbit baru. Simpan 10% dari wang pendapatan untuk tabung ini. Ia boleh dihabiskan pada bulan tersebut, atau dikumpul untuk tujuan melancong pada masa akan datang.
17. Tabung Berwarna
Simpan si Hijau (RM5) ataupun si Oren (RM20). Akhir tahun anda kira. Mesti anda akan gembira tengok tabung berwarna semakin penuh.
18. Tabung Ilmu
Simpan sebanyak 5%-10% daripada gaji untuk tabung pendidikan ini. Ia bertujuan membantu kita meningkatan ilmu pengetahuan dan kemahiran diri. Bagi yang minat untuk melabur hartanah, bolehlah menyertai seminar, program dan membeli buku, ebook yang berkaitan untuk mendalami lagi ilmu tentang hartanah.
19. Tabung Syiling
Ada syiling duk atas meja, bawah meja kutip dan simpan dalam tabung syiling. Mana tahu dalam setahun dapat simpan seratus dua ke. Lepas buat bayar tol balik kampung.
20. Tabung Cahaya Mata
Jika anak korang bakal lahir, cuba simpan sedikit untuk kos perbelanjaan pakaian, pampers, susu si kecil.
21. Tabung Ibadah Korban
Jika korang berhajat buat ibadah korban tahun, anda boleh mula menyimpan mulai sekarang. Jika ambil satu bahagian, boleh menyimpan RM100-RM300 sebulan
22. Tabung Masjid
Jika masuk masjid cuba biasakan masukkan duit dalam tabung masjid. Ia dapat melatih anda supaya tidak kedekut. Tabung ini dibiarkan di masjid ya. Jangan angkut bawa balik pula.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Tag kawan-kawan supaya ramai lagi dapat input sedikit sebanyak untuk merangka bajet nanti.